Posts with the tag 'promosi perniagaan'

Cara simple tarik trafik ke blog anda

Salam semua…lama rasanya tak di update blog ini disebabkan masa yang amat suntuk. Jadi hari ni saya cuba adakan masa untuk update blog. Tajuk artikal kali ni ialah tentang bagaimana caranya kita boleh tarik trafik ke blog. Disebabkan ramai yang bertanya caranya untuk mendapatkan trafik yang seimbang so inilah tujuan artikal ini ditulis.Boleh kita sama-sama manfaatkan ilmu yang tak seberapa ni. Saya bukanlah pakar cuma kongsikan apa yang saya tau kepada mereka yang inginkan cara simple yang saya gunakan sendiri.(saya belajar dan pratikkan)

Banyak faedahnya kalau blog kita dikunjungi ramai pengunjung.Lebih-lebih lagi jika kita menggunakan platform blog sebagai medium mempromosikan perniagaan.Tak perlu berhabis banyak duit untuk iklan sana-sana sekurang-kurang menggunakan blog kita sendiri dapat menjimatkan kos perniagaan.betul kan?

Jika kita menjalankan perniagaan dengan menggunakan medium blog untuk promosi lebih berkesan jadi apa yang harus kita ada ialah trafik yang ramai untuk menukarkan pelawat kepada duit atau wang. Bagaimana caranya? Jawapan ini mungkin tiada bagi orang yang baru memulakan perniagaan.

Antara cara (bukan teknik/rahsia) yang saya gunakan sendiri ialah :

  • Facebook – apabila kita update artikal di blog kita jangan lupa untuk di “share” kan di facebook. Kita boleh link kan url blog kita dengan facebook menggunakan satu aplikasi NetworkedBlog.Apabila kita update blog secara automatik artikal kita akan di publishkan di facebook.Simple kan..
  • Komen blog – Ramai orang tidak perasan cara ini sebenarnnya boleh membawa trafik ke blog kita.Kalau kita membaca maklumat di blog-blog orang lain jangan lupa tinggalkan jejak url blog kita di blog tersebut.Komen lah artikal yang ditulis oleh owner blog itu dengan komen-komen yang bagus kemudian tinggalkan url blog anda di situ (masukkan url blog di tempat yg disediakan).Orang yang datang berkunjung ke situ akan terbaca komen kita dan mungkin ingin ketahui siapa kita sape tau. :) .Secara tak langsung mereka klik nama kita dan mereka akan dibawa ke blog kita pula.Nah inilah cara tarik trafik dari blog org lain ke blog kita… :)
  • Chatbox – Ramai pemilik blog yang menyediakan ruangan untuk sembang-sembang jadi ini peluang untuk kita tinggalkan jejak blog kita.Komen di ruangan yang disediakan dan jangan spam!! Komenlah dengan cara yang lebih beretika.
  • Berkongsi maklumat – Ini salah satu cara saya rasa cara yang lebih bagus yang patut digunakan iaitu kongsikan maklumat yang bermanfaat dan boleh membantu masalah orang ramai. Kiranya menjadikan blog kita ni sebagai penyelesai masalah.Blog informasi.. Bukan sekadar menjadikan blog kita sebagai tempat mempromosi sahaja tapi menyediakan maklumat yang berguna kepada para pengunjung yang singgah ke blog kita.Saya yakin mereka yang datang buat kali pertama akan datang sekali lagi dan mungkin berterusan untuk mendapatkan maklumat di blog kita.Sediakan maklumat yang boleh di manfaatkan bersama.Secara tak langsung mereka akan selalu berkunjung ke blog kita.

Ok inilah cara biasa dan asas yang saya gunakan makna kata cara tarik trafik secara zahir (manual) dan sebenarnya ada lagi cara tersirat atau batin :) (cara halus utk pikat google) mungkin saya akan cuba kongsikan teknik (bukan cara) di masa yang lain pula.Orang panggil teknik SEO di mana  artikal kita mudah disenaraikan di enjin carian google..yeah ini wajib belajar kalau nak artikal blog kita ada di first,second @ third ranking di google..Dengan ketahui cara ini maka berpusu-pusu la trafik yang akan datang ke blog kita hanya dari carian google dengan menggunakan keyword yang ‘HOT’.

Walaupun cara yang saya sebutkan di atas nampak biasa, sebenarnya kalau kita rajin amalkannya kita akan di pandang tinggi oleh google (kerana meninggalkan banyak backlink) dan mereka dengan murah hatinya meletakkan rangking blog kita di kedudukan yang baik.Bahasa mudahnya apabila orang taip sahaja keyword di search engine google dengan mudahnya blog kita pantas tersenarai di first ranking.contoh salah satu artikal saya yang tersenarai ranking pertama google

Tau teknik ni google bagi free-free jer trafik kat kita :)

Nantilah di lain masa saya kan cuba kongsikan teknik seo ini..Yang penting amalkan dulu 4 cara di atas.Bila dah expert barulah ke step yang seterusnya pula.Belajar seeloknya ikut step-stepnya jangan gopoh.Perlahan-lahan kayuh..Saya harap dengan perkongsian ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Di lain masa kita jumpa lagi di artikal yang seterusnya.Selamat maju jaya……

p/s: boleh subscribe blog ini untuk mendapatkan artikal terkini di email masing-masing..(di sidebar blog)

p/s: Mahu berkawan dengan saya di facebook? KLIK SINI

p/s: Personal Coaching secara online bermula May ini.Berminat boleh ke sini KLIK SINI

Share

46 comments April 30th, 2010

Pentingnya ilmu sebelum menjalankan perniagaan

Salam dan selamat sejahtera kepada pengunjung yang datang ke blog ini.Baru sahaja saya jalan-jalan ke blog mereka yang menjalankan perniagaan untuk mendapatkan sedikit info atau ilmu.Apabila terbaca komen-komen di ruangan blog tersebut timbul rasa kesian pun ada.Mana tidaknya,ramai yang hanyut atau senang kata teraba-raba dalam perniagaan yang mereka jalankan.Saya tidak mahu menyebut bisnes mana yang saya maksudkan cuma sesiapa yang terbaca artikal ini diharap ambil iktibar dan dengar apa yang ingin saya perkatakan ini.Teruskan pembacaan..

Saya bukanlah pakar dalam hal-hal berkaitan perniagaan ini tapi sedikit sebanyak sudah memiliki ilmu asas yang sewajibnya ada pada setiap usahawan atau penggiat perniaggaan.Saya sudah ada asasnya walau sedikit dan cukupla walaupun kita tidak semestinya menjadi pakar dalam sesuatu perkara.Cukup kita tahu tentang bidang yang kita lakukan dan selalu menambah ilmu dari masa ke semasa.Pengalaman di dalam perniagaan networking yang saya jalankan sebelum ni selama 3,4 tahun cukup mengajar saya dalam erti perniagaan.Mengapa saya beberapa kali gagal dalam bisnes yang dijalankan mungkin disebabkan beberapa faktor.Terus kepada tajuk sebenar yang ingin dibincangkan ye.hehe.faktor mengapa saya gagal juga ada berkaitan dengan artikal ini.

Jadi bagaimana hendak bermula melakukan perniagaan?Tidak kira apapun bisnes yang ingin anda jalankan anda perlu ada ilmu ini.Saya akan cuba sampaikan setakat mana yang boleh berdasarkan pengalaman sendiri dalam bidang ini.Insyaallah.Bila sebut sahaja bisnes apa yang perlu anda miliki sebenarnya?Anda jangan sesekali ingin mencuba lakukan bisnes sekiranya anda tidak tahu bagaimana mahu menjalankannya.Jangan mudah terpengaruh dengan pujuk rayu dari mereka yang cuba jadikan anda sebagai mangsa perniagaan kecuali mereka menjanjikan sesuautu yang terbaik untuk anda seperti bimbingan dan bantuan itu tidak mengapa sekiranya anda ingin melakukannya terus.

Jadi perkara penting sebelum anda menjalankan sesuatu perniagaan tidak kira apa pun perniagaan yang ingin anda jalankan ialah anda perlu ada ilmu pengetahuan yang cukup tentang perniagaan yang anda jalankan.Jangan main belasah saja masuk.Kalau gagal melakukannya siapa yang harus dipersalahkan?sudah tentu diri sendiri bukan.Jadi perkara terbaik sebelum anda menjalankan sebarang bentuk pernigaan online mahupun offline anda perlu belajar dan belajar.Penuhkan ilmu di dada terlebih dahulu kalau anda tidak mahu dikecewakan atau pun gagal.Sebagai contohnya anda ingin menjalankan perniagaan ebook,ilmu berkaitan dengan perniagaan ebook seharusnya anda miliki contohnya bagaimana ilmu asas membina minisite,bagaimana mahu menulis surat jualan,bagaimana mahu jalankan promosi dan sebagainya.Ilmu dalam bidang yang berkaitan seharusnya cukup supaya perjalanan anda nanti di dalam perniagaan itu tidak lari dari landasan sebenar ataupun gagal.

Kalau anda mahu jalankan perniagaan networking sebagai contohnya anda perlu ada ilmu berkaitannya.Anda perlu tau bagaimana cara menarik prospek,bagaimana anda perlu menawarkan bonus atau bantuan dan juga melakukan promosi berkesan.Kalau anda tidak ada sebarang ilmu anda jangan bercakap soal perniagaan kerana ia sudah tentunya akan gagal sebaliknya perlengkapkan diri terlebih dahulu dengan ilmu sebelum buat bisnes.Pengalaman saya dalam perniagaan sebelum ini seperti inilah mudah terpengaruh dengan pujuk rayu mereka yang menawarkan sesuatu peluang tanpa ada sebarang ilmu yang akhirnya menemui jalan kegagalan.Jadikan pengalaman saya untuk dijadikan pengajaran untuk anda ye.Biarpun sebenarnya saya masih belum bergelar seorang yang berjaya tetapi saya yakin satu masa nanti kejayaan pasti akan datang juga.Saya yakin Allah tidak akan mengecewakan hambanya yang sentiasa berusaha mencari kejayaan.Saya akan sentiasa berusaha dan anda juga perlu lakukannya.

Saya lihat ramai di antara mereka yang menjalankan perniagaan tanpa ada sebarang ilmu berkaitan.Mungkin mahu cepat dapat duit kot.Buktinya saya terbaca komen dari beberapa buah blog bertujuan mencari maklumat sebenarnya tetapi lain pula yang jumpa hehe.Ada antara mereka sertai program bisnes yang mahal modalnya dan telah pun menjadi paid member iaitu ahli yang berbayar.Ada yang mengadu bagaimana hendak lakukan bisnes ini?bagaimana mahu promosikan bisnes ini?dan bermacam lagi soalan.Anda lihat soalan seperti ini sepatutnya tidak timbul kerana ia adalah perkara asas yang wajib tahu sebelum melakukan sebarang bentuk perniagaan.Kalau tidak ia akan mencacatkan lagi perjalanan bisnes anda kalau ilmu asas sperti ini tidak dipersiapkan.

Cuba kita lihat mereka yang otai diluar sana bagaiamana mudahnya mereka dapatkan jualan atau dapat prospek perniagaan mereka?Kita tidak pernah terpikir?Jawapannya ialah mereka ini adalah orang penuh ilmu di dadanya dan rajin berusaha juga mencari ilmu yang sepatutnya ada tentang apa bisnes yang mahu dijalankan.Faktor inilah yang menjadikan mereka mudah mendapatkan sale atau prospek dengan mudah.Anda lihat perbezaan orang yang berilmu dan tidak tahu apa-apa langsung tentang bisnes.Memang anda boleh belajar sambil-sambil jalankan perniagaan itu tapi sekurang-kurangnya anda perlu ada sedikit ilmu asasnya.

Perkara penting sekiranya anda mahu jalankan perniagaan berbentuk penjualan produk anda perlulah belajar dari mereka yang pakar.Rajin-rajinkan bertanya selain itu boleh juga buat sedikit kajian di search engine google dan sebaliknya.Begitu juga jika anda ingin menjalankan perniagaan berbentuk networking atau berbentuk rangkaian seperti MLM.Nasihat saya anda perlu mencari upline yang benar-benar mahu membantu anda dalam perniagaan bukan mahukan wang anda semata-mata.Ramai juga antara penaja-penaja yang lebih mementingkan wang dari tanggungjawab orang bawahan jadi sila ambil perhatian la ye.Cari upline atau penaja yang benar-benar mahu bantu anda menjana wang bersama-sama bukan meninggalkan anda setelah anda melaburkan modal untuk perniagaan itu.Perlu bijak dalam menilai orang, itu nasihat saya paling penting.Jangan mudah terpengaruh dengan janji pulangan wang lumayan tanpa melihat apakah tanggungjawab yang akan diberikan pada anda nanti.

Selain itu saya juga mahu menekankan dari aspek kemampuan kita sendiri.Jalankan perniagaan yang anda mampu dari segi kewangannya.Jangan disebabkan perniagaan itu memerlukan modal yang terlalu tinggi anda sanggup meminjam sana sini untuk dapatkan modal sebaliknya ikut kemampuan yang ada.Tidak salah kalau anda mahu berkorban sebaliknya biarla pengorbanan kita itu bertempat dan kena caranya.

jadi saya rasa mungkin itu saje maklumat yang ingin dikongsikan sebagai renungan bersama dan diharap ia dapat membantu bagi mereka yang mahu bermula menjalankan perniagaan online mahupun offline.Konsepnya adalah sama saje.Anda memerlukan ilmu pengetahuan sebelum melakukan sesuatu perkara kalau mahu perjalanan perniagaan tanpa ada cacat celanya.Saya hanya bercakap berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui dahulu tetapi ianya bukan bermakna saya sekarang sudah berjaya.Saya juga seperti insan lain yang sentiasa berusaha menempah kejayaan satu masa nanti  insyallah kita buat yang terbaik untuk diri kita.Kejayaan tidak akan datang dengan begitu mudahnya tanpa berusaha dan pengorbanan.Apa yang penting jangan mudah berputus asa dalam melakukan apa juga perkara.Semoga berjaya….

Related Posts with Thumbnails

Share

3 comments February 13th, 2010


Sila masukkan email anda jika anda mahukan segala update di blog ini dipost terus ke email anda:

 

W3Counter

Sponsor

Pages

Categories

Archives

Recent Comments

Recent Posts

Blogroll

FacebookPages

Alexa Ranking