Wahai mat rempit

Wahai mat rempit kenapa ko jadi mat rempit?Salam saya nak kongsi cerita cikit pasal mat rempit.Post kali ni bukan nak mengutuk geng-geng mat rempit tapi nak memuji cikit sesetengah golongan ni walaupun ramai yang membenci golongan ini kerana sikap samseng mereka di jalan raya.Itu memang tidak di nafikan saya sendiri pun kurang senang dengan sikap dorang ni bila berada di jalan raya (aku pun mat rempit juga dulu-hehe).
Tapi apa yang nak dikongsikan di sini ialah walaupun dorang ni bergelar mat rempit tapi aku cukup suka dengan satu sikap mulia dorang.Eh-eh mat rempit pun ada sifat mulia ker?Jangan terlalu cepat menghukum mereka ni semuanya jahat dan samseng.Percayalah bukan semua di antara mereka ini jahat (saya tau sebab saya pun dulu penah bergaul dgn mat rempit ni).Betul bukan semuanya jahat!

Apa sifat mulia dorang ni ek? Haa ni nak cite…Korang pernah nampak mat rempit tolong orang yang terlibat dalam kemalangan?(walaupun kemalangan ngeri).Kalau pernah nampak,jadi artikal ni adalah benar mengatakan bahawa mat rempit memang orang yang boleh diminta pertolongan.Buktinya sebelum ini saya pernah saksikan sendiri 4, 5 kes kemalangan dan korang tau tak mat rempit ni la orang pertama yang berhentikan kenderaan dorang tepi jalan dan bagi bantuan.Dorang plak yang sibuk-sibuk tolong angkat mangsa (kecuali mngsa yg hancur) ketepi,telefon ambulans,telefon keluarga mangsa.Nampak kan sifat mulia dorang ni?Ni la sifat yg saya puji dengan dorang ni.
Mana yang bukan mat rempit? Mana Orang biasa yang baik-baik ni?Kebanyakkan dari mereka yang baik-baik ni hanya mampu melihat saje dari dalam kereta masing-masing.Tengok dan berlalu pergi saje tanpa hulur sebarang bantuan walaupun bukan kesemuanya.
Petang tadi ada satu kemalangan berhampiran rumah sewa saya yang melibatkan orang tua.Benar pandangan saya ni, kenapa?Mat rempit juga yang sibuk-sibuk kawal lalulintas di kawasan kemalangan tu.Sanggup berhentikan kenderaan dorang semata-mata mahu beri bantuan.Bagus dorang ni ye walaupun kadang-kadang dorang ni dibenci masyarakat tapi inilah satu sifat yang harus dipuji oleh kita yang bukan mat rempit.Syabas..
Tapi untuk mat rempit ni cuba jugak fikirkan tentang bahayanya pemanduan secara melulu di jalan raya.Kalau nasib tidak menyebelahi dorang pada hari tu mungkin hospital la tempatnya untuk berehat selama berbulan2 lamanya.Sudah-sudahla merempit yang hanya membahayakan diri sendiri saje dan juga orang lain.Saya dulu pun pernah terlibat dengan kegiatan mat rempit ni dan pernah juga terlibat kemalangan yang hampir menghilangkan anggota penting.Saya bernasib baik dan sekarang good bye dunia rempit.Aku takut untuk merempit lagi.
Jadi tul lah sedikit perkongsian yang menceritakan tentang satu sifat baik dan buruk mat rempit ni.Mereka adalah golongan yang prihatin apabila ada kemalangan berlaku dan juga golongan yang tidak disukai di jalan raya.Oleh itu, kepada mat rempit cukup-cukup la tu merempit sebaliknya buat sesuatu yang lebih bermanfaat lagi ye.Buat bisnes ker haha lagi bagus.Ramai juga mat rempit kini sedar dan jadi budak yang sopan di jalan raya malah ada di antara mereka sudah jadi kaya…(lari tajuk plak ni-hehe..) Sekian..
KATAKAN TIDAK UNTUK MEREMPIT LAGI!!
9 comments February 27th, 2010