Posts with the tag 'pendapatan blog'

Bagaimana mendapatkan idea menulis blog

Bagaimana mahu mendapatkan idea untuk menulis di blog ? Soalan ini ramai yang di tanya oleh mereka yang baru dalam dunia blogging ini. Sama seperti saya juga ketika masa dulu. Ingat senang nak dapatkan idea menulis terlebih-lebih lagi jika kita orang baru dalam dunia blogging ini. Sebenarnya tidaklah sesukar mana seperti yang disangka jika ketahui teknik dan cara-caranya. Di kala saya menulis artikal ini idea untuk menulis artikal dalam kepala ni terlalu banyak cuma tidak berkesempatan dari segi masa untuk melakukannya. Macam tu pula ya. :) Dulu tiada idea sekarang mencurah-curah. Kenapa? Semua orang akan mengalaminya jika kita sudah lama sikit dalam dunia ini. Idea akan datang mencurah-curah jika kita dah lama menceburi bidang ini..Jadi sabar perlahan-lahan ikut step ya..

Sebelum kita menulis sebarang bentuk artikal di blog, kita haruslah lihat kepada level kita terlebih dahulu dan blog kita tersebut berkaitan dengan bidang apa. Jika blog kita dibina untuk berkongsikan maklumat tentang perniagaan, artikal yang ditulis hendaklah juga berkaitan dengan perniagaan. Jika kita peringkat newbie, artikal yang di tulis hendaklah yang berkaitan dengan perkara-perkara asas dan berkaitan dengan newbie. Tidak sesuai dan janggal jika kita menulis artikal pada tahap pakar sedangkan kita orang baru.Fahamkan..

Saya cuba kongsikan di sini bagaimana kita boleh mendapatkan idea :

  • Facebook – kita boleh bertanyakan soalan-soalan yang lazim menjadi permasalahan orang ramai melalui status yang kita tulis. Di situ kita boleh lihat tajuk sesuai yang boleh diambil sebagai modal untuk menulis di blog kita. Kalau kita mahukan idea tentang perniagaan, kita tanya saja sahabat fb yang menjalankan perniagaan. Dan jika kita mahukan maklumat tentang kesihatan begitu jugalah.lihat contoh di bawah

  • Forum – Kita juga boleh mendapatkan idea menulis blog dengan berkunjung ke forum-forum yang berkaitan dengan niche blog kita. SertaiĀ  perbincangan di sana dengan berbalas post. Dan juga mencari apa yang menjadi permasalahan utama dalam sesuatu yang dilakukan. Katakan ada beberapa orang forumer yang bermasalah tentang tak tahu untuk promosikan affiliate. Jadi di situ anda boleh jadikan modal untuk menulis di blog. Pastikan idea tersebut kita lebih pakar dari mereka. Jangan menulis sesuatu yang kita sendiri kurang arif.
  • Blog – Dengan berkunjung ke blog orang lain juga kita akan dapat idea menulis blog. Cuba kita cari maklumat yang bagus yang boleh dikongsikan di blog kita. Kita boleh pilih tajuk-tajuk yang sesuai dan berkaitan dengan blog kita. Pastikan juga kita tahu dan arif tentang sesuatu artikal yang mahu di tulis. Kemudian ulas dengan ayat kita sendiri.

  • Pengetahuan – Kita juga boleh menulis di blog berdasarkan pengetahuan yang kita ada. Apa ilmu yang kita ada tentang bidang berkaitan maka kita tulis. Jika kita pernah menjual sesuatu produk maka jadikan pengalaman tersebut sebagai idea untuk dikongsikan bersama di blog kita.

Ini adalah cara bagaimana mendapatkan idea menulis di blog. Sebenarnya ianya tidaklah sesukar mana untuk mendapatkan idea. Tulis saja berdasarkan pengetahuan yang kita ada. Jika kita tiada pengalaman dan masih baru boleh la rujuk di mana-mana tempat seperti yang di sarankan di atas. Sedikit tips, kalau boleh elakkan dari terlalu banyak menulis di blog . Ianya bertujuan bagi mengelakkan kita kekeringan idea untuk ditulis kelak. Ye la mana tak kering idea kalau kesemuanya kita sudah tulis di blog kita dan sudah tiada apa lagi yang ingin di kongsikan. Inilah caranya untuk menjaga jangka masa panjang bila kita berblog. Sekian..

p/s: Jika anda ingin belajar mengenai blog boleh rujuk di sini http://bit.ly/9hEoQe

p/s: Dapatkan artikal terkini blog ini terus ke email anda dengan menjadi seubscriber blog ini.

Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark

16 comments May 12th, 2010


Sila masukkan email anda jika anda mahukan segala update di blog ini dipost terus ke email anda:

 

W3Counter

Langgan Percuma

Dapatkan Ebook Asas Perniagaan Internet Percuma Untuk Anda !!!!!

KLIK IMEJ EBOOK DI ATAS NOW!!

Pages

Archives

Recent Comments

Recent Posts

Friend IM & Blogger

My Website

Categories

Autoresponder