Posts with the tag 'panduan dropship'

Tip-tip perniagaan secara dropship tanpa modal

Tips bisnes dropship

Assalamualaikum kawan-kawan dan pelawat yang berkunjung ke sini. Lama benar saya tidak update blog ini disebabkan kesibukan yang melanda diri diwaktu ini. Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan untuk mengupdate jadi saya cuba luangkan sedikit masa berkongsikan sesuatu yang sangat bermanfaat.

Pada hari ni sedikit tip mengenai bisnes secara dropship. Anda tau apa itu bisnes dropship? ianya amat femes sekarang ni dan tengah meletup-letup.Kenapa? kerana bisnes ini amat mudah untuk dilakukan tambahan lagi anda tidak memerlukan sebarang modal pun untuk melakukannya.Sebab itulah ramai yang cuba melakukan bisnes ini. Oleh itu,hari ni saya ingin berkongsikan beberapa tips tentang bagaimana sebenarnya bisnes ini dijalankan. Saya tak nak anda ketinggalan. Hari ini anda perlu tau rahsia sebenar internet marketer buat duit dengan bisnes dropship.

Dropship adalah satu konsep perniagaan yang mudah dan disarankan untuk mereka yang menceburi perniagaan internet kerana ia tidak memerlukan anda mengeluarkan modal dan menyimpan stok. Anda cuma perlu dapatkan gambar dan maklumat produk dari pembekal/dropshipper. Konsep dropship ni juga boleh dipanggil satu Teknik Jana Wang Tanpa Modal

Untuk dapatkan gambaran yang lebih jelas anda cuba lihat gambar diatas.Itulah cara melakukan bisnes dropship ini.Anda hanya perlukan gambar kemudian promosikannya kepada target prospek anda kemudian customer buat bayaran kpd anda dan anda pula buat order dari pihak kilang (droshipper).Selepas itu pihak kilang akan terus menghantar barang tersebut terus kepada customer anda tadi.Lihat mudah bukan? di sini anda tidak keluarkan modal satu sen pun.Kesemua urusan penghantaran dilakukan oleh pihak kilang. Anda cuma mempromosikannya sahaja. Jadi jika anda seorang yang berminat untuk menjana duit di internet inilah caranya. Kebanyakan bisnes ini dilakukan oleh Usahawan Internet yang menjual produk fizikal di internet.

Jadi antara tip-tip perniagaan secara dropship ini:

1. Kaji pasaran sebelum menjual. Ramai yang tersilap mencari barangan / produk dahulu sebelum tahu permintaan pasaran. Akibatnya barang yang dijual tidak menghasilkan jualan. Anda kena tahu apa permintaan yang tinggi di pasaran pada setiap masa kerana ia akan berubah setiap masa.

2. Cari dropship yang membekalkan barangan yang mempunyai permintaan di pasaran. Terdapat pelbagai perkhidmatan dropship di internet. Ada yang mengenakan bayaran yuran bulanan dan ada yang percuma tidak mengenakan sebarang bayaran. Kebanyakan dropship pula tertumpu pada satu kategori barang. Contohnya ada dropship yang cuma menjual barangan elektronik sahaja, ada yang jual barangan pakaian sahaja. Jadi anda kena bijak memilih dropship yang berkaitan dengan produk yang anda cari.

3. Tentukan berapa peratus keuntungan yang anda sasarkan. Kemudian lihat harga jualan runcit untuk produk yang nak dijual. Jangan lupa lihat juga berapa harga yang dijual oleh pesaing. Kemudian selepas tentukan harga yang nak dijual pastikan ia memberikan keuntungan. Jangan hanya balik modal atau cuma untung sedikit sahaja. Nanti tak berbaloi dengan promosi yang anda lakukan.

4. Gunakan platform jualan untuk mula menghasilkan jualan. Terdapat pelbagai platform yang boleh gunakan untuk membuat jualan. Antaranya website, blog, dan laman lelongan seperti Ebay, Lelong serta Mudah.my. Jika anda sudah ada web E-commerce itu sudah bagus. Cuma tambahkan sahaja rangkaian produk ke dalamnya.

Ok itu lah beberapa tips yang saya kongsikan kepada anda hari ni. Dan jika anda masih baru atau pun sudah melakukannya tetapi sampai sekarang masih tidak berjaya atau masih tidak pernah merasa duit droship ini ataupun tak paham tentang bisnes dropship ini ,saya cadangkan sebuah panduan bervideo tentang bisnes ini yang telah dihasilkan oleh sahabat saya Mohd Najib Assadok. Saya dah lihat sendiri video ini dan saya dapati panduan ini sangat bagus kerna video satu persatu menunjukkan step-step apa yang perlu anda dilakukan.Belajar melalui video amat mudah!

Bisnes dropship tanpa modal

Jangan bazirkan masa anda=> lihat dengan lebih detail penerangannya DI SINI

Mohd Najib juga membongkar beberapa produk paling laris dipasaran antarabangsa. Bukan satu tapi 10 produk!

Pembongkaran Rahsia

Saya bawa anda ke laman ini untuk menjelaskan lagi apa sebenarnya rahsia yang di dedahkan. => Jom ikut saya KLIK SINI

Related Posts with Thumbnails

Share

2 comments April 11th, 2011


Sila masukkan email anda jika anda mahukan segala update di blog ini dipost terus ke email anda:

 

W3Counter

Sponsor

Pages

Categories

Archives

Recent Comments

Recent Posts

Blogroll

FacebookPages

Alexa Ranking