Salam semua berjumpa lagi pada artikal buat kali ini iaitu mengenai belajar menulis blog. Saya percaya masih ramai diluar sana yang baru melibatkan diri dalam dunia blogging dan tidak tau bagaimanakah caranya kita boleh belajar menulis blog. Sudah semestinya mereka yang baru masih kekurangan idea dan cara yang efektif menghasilkan artikal yang bermutu. Namun saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang ini hanya sekadar perkongsian pengetahuan untuk mereka yang memerlukan dan sudah pasti masih ada kekurangan. Ok tanpa saya berceloteh lebih banyak di sini kita pergi topik perbincangan kita.
Belajar menulis blog…Bagaimanakah caranya? Ok saya kongsikan beberapa panduan yang boleh digunapakai di sini sebelum itu pastikan terlebih dahulu blog kita berkenaan dengan niche apa? Contoh jika niche kita berkenaan dengan kesihatan, maka sesuatu yang hendak ditulis hendaklah juga berkaitan dengan kesihatan. Begitu juga jika niche blog kita adalah berkenaan perniagaan internet, kewangan, motivasi dan sebagainya. Blog kita akan kelihatan profesional dengan niche kita tersendiri.
Yang seterusnya ialah perlu ada pengetahuan mengenai perkara yang ingin ditulis. Sudah semestinya kita memerlukan ilmu pengetahuan sebelum kita menulis sesuatu perkara, betul kan. Bila ada pengetahuan secara tak langsung kita tau apa yang ditulis dan artikal tersebut dapat difahami dengan baik oleh para pembaca. Apa yang paling penting ialah apa yang kita ingin cuba sampaikan itu tersampai kepada pembaca.
Kita juga boleh rujuk tentang artikal yang ingin ditulis tersebut di blog-blog mereka yang benar -benar pakar berkenaan bidang perkaitan kita agar maklumat yang ingin ditulis dan dihidangkan pada pembaca tidak tersalah fakta mahupun maklumat yang tidak betul. Oleh itu jika kita kurang jelas sebaiknya rujuk terlebih dahulu maklumat tersebut di mana-mana tempat, blog, forum dan sebagainya untuk mensahihkannya. Jadi dengan cara ini kita mampu menulis blog dengan lebih berkesan dan terkesan oleh pembaca.
Lagi mengenai cara menulis artikal blog ialah cara penyampaian kita. Maksudnya bagaimana cara penyampaian penulisan artikal yang dihasilkan tersebut adakah ianya mampu memberi manfaat kepada para pembaca. Alah senang cerita diorang mudah boring atau selesa ketika membaca artikal di blog kita itu ataupun tidak. Fahamkan. Jadi di sini kita perlu buat satu strategi dimana para pembaca atau pengunjung yang datang ke blog kita agar dapat sesuatu yang bermanfaat. Bagaimana caranya supaya mereka yang datang ke blog kita tidak boring dan cepat-cepat meninggalkan blog kita? Cara yang saya gunakan ialah :
Artikal yang ditulis itu janganlah terlalu panjang sangat sampai berjela-jela. Secara psikologinya manusia ni tidak suka membaca tentang perkara yang banyak. Cukup hanya perkara penting yang ingin di sampaikan. Boleh menulis panjang lebar asalkan kita pandai mengubah cara penyampaian dengan gaya yang berbeza-beza, menarik dan tidak bosan.
Setiap ayat yang di tulis kalau boleh bina banyak perenggan dan satu perenggan memiliki dalam 4 atau 5 baris ayat sahaja. Jangan panjang-panjang sampai 10 baris ayat tanpa berperenggan. Kenapa? kita mahukan pembaca selesa dengan gaya penyampaian penulisan kita dan seterusnya mendapat manfaat darinya.
Selitkan juga dengan gambar-gambar (satu atau dua) berkaitan dengan artikal kita tersebut. Kenapa gambar? Ya, secara psikologinya manusia lebih suka melihat gambar dari melihat benda lain. Jadi dengan cara kita meletakkan gambar akan membuatkan pembaca lebih bersemangat ingin teruskan membaca (rehatkan minda). Bayangkan jika bentuk penulisan kita tidak ada gaya yang menarik atau berbeza-beza sudah tentu pembaca akan merasa bosan. Jadi matlamat kita menjadi seorang penulis berjaya tidak tercapai
Selain itu juga cara belajar menulis blog berkesan ialah pastikan artikal yang ditulis adalah benar-benar berinformasi dan tip top. Ini kerana jika artikal yang dihasilkan itu benar-benar mampu menyelesaikan masalah orang ramai ataupun berguna sudah tentu mereka akan berpusu-pusu datang ke blog untuk menelaah dan membaca dengan penuh minat. Mereka pasti datang jika artikal kita berkualiti dan mampu memberi manfaat kepada pembaca. Begitulah caranya bagaimana menulis artikal blog yang bagus dan bermutu.
Jadi saya fikir cukuplah sampai di sini tajuk penulisan blog yang saya cuba kupas di sini. Saya harap dengan informasi ini dapat di manfaatkan oleh mereka yang terlibat dalam bidang penulisan blog mahupun penulisan ebook. Ianya sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang mahu menulis terutamanya di blog. Jumpa di artikal yang seterusnya.. Sekian dari khai wan
p/s: Antara artikal yang berkaitan mengenai tajuk “belajar menulis blog” boleh juga dipelajari di url blog sahabat blogger saya di bawah ya…
Kenapa harus pilih ‘perniagaan‘? Dalam hadis Nabi pun ada mengatakan bahawa perniagaan adalah punca rezeki yang baik. 9/10 datangnya rezeki dari perniagaan. Bakinya adalah dari sumber pencarian yang lain. Malah perniagaan merupakan sunnah yang dilakukan oleh baginda sendiri..
Kenapa harus memilih perniagaan? Bila bertanya pada mereka yang menjalankan perniagaan ada yang menjawab ‘aku mahu kaya’ ada juga yang menjawab ‘aku tak nak hidup miskin’ dan bermacam-macam jawapan akan kita perolehi. Bila orang bertanya pula pada saya mengapa saya memilih perniagaan maka jawapan saya adalah kerana saya tidak mahu hidup susah lagi. Saya dari keluarga yang miskin oleh sebab itulah saya memilih perniagaan sebagai jalan penyelesaian hidup ini.Saya miliki matlamat positif dalam minda saya jika saya senang satu masa nanti. Itulah jawapan yang cukup meyakinkan dari saya sendiri. Bukan kaya semata-mata tetapi juga mahukan kekayaan, kesenangan, kebahagiaan, keberkatan yang diperolehi berkat dan diredhai-Nya.
Kesedaran untuk menjadi senang dan kaya ini kebanyakkannya wujud dari kalangan mereka yang pernah hidup susah. Tak percaya? Cuba kita lihat diluar sana orang yang paling berjaya dalam hidupnya kebanyakkannya adalah dari kalangan mereka yang pernah hidup susah. Mereka sedar mereka orang susah oleh itu mereka cuba mengubah nasib mereka dengan melibatkan diri dalam perniagaan. Bila mengatakan seperti ini adakah bermakna orang yang asalnya sudah kaya tidak minat berniaga macam tu ker khai? Oh tidak bukan itu maksud saya. Ada juga dikalangan mereka yang asalnya dari keluarga yang berada yang minat berniaga atas alasan ingin berusaha sendiri dan mahu berdikari tanpa bergantung dengan keluarga. Ya memang ada orang sebegini tetapi jumlahnya adalah sedikit. Mungkin pada pandangan mereka mengapa harus bersusah payah sedangkan mereka sudah senang. Itu jawapan yang logiknya lah.
Jadi apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah kebanyakkannya mereka yang berjaya dan golongan yang memilih perniagaan adalah ramainya dari kalangan mereka yang pernah hidup susah. Itu faktanya yang harus kita terima. Oleh itu jika kita merasakan kita orang yang susah, berusahalah untuk keluar dari kepompong hidup yang susah sebelum ini. Hinanya hidup kita kalau kita orang yang pemalas untuk berusaha keluar dari kemiskinan tersebut. Dah la miskin, malas pula tu. Apa orang akan kata kepada golongan seperti ini? jawapannya ada dalam diri masing-masing…
Bila kita bertanya pada sesetengah mereka mengapa kamu tidak mahu berusaha mengubah hidup kamu ni kalau kamu tau kamu orang susah? kebanyakkannya akan menjawab “biarlah aku hidup macam ni tak kaya pun tak pe janji bahagia”.(bahagia ker kalau nak bagi makan anak bini pun tak cukup?) Sebenarnya bukan itu jawapan yang ikhlas terkeluar dari mulut tetapi kebanyakkannya di kalangan ini adalah malas untuk berusaha. Bila dikaji itulah sebenarnya jawapannya. Ini antara sifat orang kita sendiri iaitu malas berusaha dan tak nak berhadapan dengan perkara yang sukar, susah, penat dan bermacam-macam lagi alasan. Dengan itu jalan yang di ambil adalah berada di tahap pemikiran yang sama.
Ada juga jawapan yang diterima seperti ini “aku tak mahu kaya sebab bila kaya nanti mudah terpesong dan lupa Allah”. Sebenarnya itu bukan alasan yang kukuh untuk dijadikan alasan. Apa yang membuatkan orang kaya menjadi lalai dan sombong adalah kerana dari individu itu sendiri. Mereka yang menjadikan diri sendiri sebegitu. Harta yang diperolehi dihabiskan pada jalan yang tidak betul (tidak berkat) maka hasilnya adalah negatif bukan? Jadi bagaimana pula dengan orang yang kaya tetapi beriman? Tidakkah ini lagi mulia dan disanjung oleh-Nya? Jadi kenapa tidak kita memilih orang yang senang dengan keberkatan seperti ini. Kita yang menentukan dari asalnya. Jadi orang kaya yang lalai dan lupa allah disebabkan pada asalnya kita memilih jalan tersebut.Betul kan?..Alangkah bagusnya jika kita kaya dalam keadaan beriman. Tidak semestinya nak jadi orang beriman perlu duduk masjid sahaja. Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan keredhaannya. Apa-pun ianya bergantung pada niat individu masing-masing. Percayalah kalau niat kita baik maka hasilnya juga adalah baik.
Sekarang cuba kita pejam mata fikir jauh dan cuba imagine apa yang akan kita lakukan jika kita senang dari segi harta dan wang? Nak pergi haji senang ke susah kalau ada duit? Nak sedekahkan wang untuk pembinaan masjid senang ke susah bila berduit? Bila kita meninggal nanti anak, isteri, cucu kita nanti bagaimana kalau kita tinggalkan mereka sehelai sepinggang? Lihat banyak perkara kita boleh rancang bila kita orang senang (beriman).Tak mahukah kita recurring income (pahala berterusan) di akhirat kelak? (dalam bisnes ada istilah recurring income yg mmbawa maksud dpt pendapatan berterusan). Banyaknya harta banyak la kebajikan kita boleh buat. Jadi ini adalah plan yang timbul dalam minda saya. Anda mungkin ada pandangan yang berbeza-beza kan.
Tak salah sebenarnya kalau kita ingin menjadi kaya selagi mana kita tidak melanggar perkara yang di tetapkan. Keinginan setiap individu. Kesimpulannya untuk menjadi kaya jalan yang paling pantas adalah menerusi perniagaan. Buktinya adalah 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan, besar tu..Melakukan perniagaan adalah jalan terbaik untuk keluar dari kepompong hidup susah. Itu pandangan secara peribadi saya. Set kan dalam minda kita dari sekarang mengapa harus kita menjadi kaya dan pastikan matlamat kita adalah jelas bukan sekadar mahukan kekayaan semata-mata tetapi biarlah ia bermatlamat dan disusuli dengan tindakan. Tiada guna jika sekadar angan-angan mat jenin saje…
Dengan hadirnya artikal seperti ini diharap dapat membuka minda mereka yang masih lagi kabur atau kurang jelas atau anti perniagaan kenapa kita harus memilih platform perniagaan untuk merubah hidup. Semoga dapat manfaat dan motivasi dalam diri masing-masing untuk terus berusaha insyaallah..Maaf jika terlajak bicara yang telah menyentuh hati para pembaca. Sama-sama kita berusaha..Sekian dari khai wan…
p/s: Dapatkan artikal terkini terus melalui email anda dengan menjadi subscriber blog ini