Facebook medium pemasaran hebat

Bila sebut saje facebook ramai di kalangan korang yang dah tau apa itu facebook.Ada yang ketagih bila layan laman sosial ni sampai yang tidak tido malam pun ada.hehe.Kenapa ye sebabnya facebook adalah sebuah laman web sosial atau ruang untuk meluaskan kenalan dan juga bertujuan berkongsi maklumat.Dengan membina persahabatan di internet melalui laman sosial ini mereka dapat berkongsi sesuatu yang di inginkan seperti berkongsi gambar menarik,video,berkongsi idea, cari pasangan dan sebagainya.Ada juga sebahagian mereka yang menggunakan facebook ini untuk hilangkan boring dengan layan game la apa-apa aplikasi yang disediakan oleh facebook ni untuk hilangkan boring diorang.Itu sebenarnya tidak salah selagi mana kita menggunakannya dengan cara yang elok.
Walaubagaimanapun ada golongan pintar yang cuba mengekploitasikan kemudahan di facebook ini sebagai contohnya ada di antara mereka yang cuba menggunakan laman sosial ni sebagai medium pemasaran untuk perniagaan mereka sendiri.Itu sebenarnya topik perbincangan kali ini.Ini yang nak di bincangkan untuk post kali ini.Saya yakin bukan semua yang sedar tentang hal ni dan korang tau tak setakat ini facebook adalah medium pemasaran perniagaan yang terbaik jika pandai menggunakannya.Sedar atau tidak itu lah hakikatnya yang ramai orang tak tau atau buat-buat tak tau.
Bagi mereka yang nampak peluang ini,mereka akan gunakan facebook sebagai salah satu lubang untuk mereka buat duit. Serius…facebook memang betul-betul boleh buat duit bagi mereka yang menjalankan apa-apa aktiviti jana pendapatan di internet dan boleh jana pendapatan lumayan.Tapi biarlah lakukan promosi secara beretika dan jangan sesekali melakukan spam untuk mendapatkan keuntungan yang cepat.
Kalau korang cuba buka mata,korang intai-intai la apa budak-budak bisnes buat dekat facebook dorang?orang macam ni tak akan buang masa dengan hanya mengomen status atau layan game atau apa pun.Memang benar facebook adalah ruang untuk bersosial tapi apa salahnya selain suka-suka dalam facebook tu sambil-sambil kita buat duit kan.Jadi golongan mana sebenarnya yang lebih pintar dan untung?Fikirkan-fikirkanlah..jadilah golongan seperti ini.hehe
Bagi mereka yang menjalankan apa apa pun bisnes sudah semestinya facebook adalah tempat untuk melakukan pengiklanan pertama yang akan di lakukan.Mana tidaknya,dengan kemudahan yang ada seperti ruangan status,message,note dan ruangan chat akan memudahkan lagi urusan untuk melebarkan lagi empayar perniagaan.Kepada mereka yang tidak tahu lagi,sekarang korang boleh cuba celikkan mata dan lihat peluang yang ada depan mata hanya tinggal untuk digunakan saje.Jadi gunakan facebook ini sebagai medium pemasaran yang terbaik selain kita bersosial di dalam facebook ini.Betul tak?
Apa-apa pun gunakanlah laman sosial ni dengan cara yang elok. Semuanya mampu di perolehi di sini kalau kita mahukannya.Ingat! gunakan untuk perkara yang baik saje.hehe..Ok la saya rasa itu je kot yang ingin dikongsikan bersama.Bukan apa, biar sama-sama celik dengan perkara-perkara semacam ni dan bukan hanya sekadar menjadikan facebook sebagai ruang untuk bersembang kosong saje.Sebaiknya jadikan facebook sebagai istilah “sambil menyelam sambil minum air“.

1 comment February 24th, 2010