Setiap individu memerlukan perancangan kewangan atau bajet bagi menentukan perbelanjaan harian. Oleh itu membuat satu perancangan kewangan yang mudah tetapi berefektif diperlukan oleh setiap individu.
Bajet adalah satu pelan perbelanjaan. Kebanyakkan tidak suka berbelanja tetapi tidak ramai yang dapat mengawal perbelanjaan. Bajet adalah satu cara untuk mengimbangi wang yang anda miliki dengan wang yang dibelanjakan. Membuat satu perancangan dengan membuat pilihan untuk wang perbelanjaan dan wang simpanan.
Pelan tersebut perlu berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan. Pendapatan ialah duit yang masuk ke dalam poket anda. Perbelanjaan pula perkara yang dikeluarkan dari poket anda. Oleh kerana pendapatan setiap orang berbeza, pelan anda perlu padan dengan situasi kewangan anda. Bajet perlu diasaskan kepada matlamat, keperluan dan kehendak.
Namun sering dialami, sukar untuk membezakan antara keperluan dan kehendak. Semakin lama, keperluan asas mungkin berkembang lebih daripada makan dan minum, tempat tinggal dan pakaian. Kereta, telefon dan komputer juga dijadikan antara keperluan asas di zaman IT.
Mesti perlu ada bajet
Setiap individu yang ada pendapatan dan perbelanjaan, memerlukan bajet. Perancangan boleh membantu anda menggunakan duit untuk mencapai matlamat anda. Anda boleh mempelajari dan melatih kemahiran untuk membuat bajet. Pelan kewangan ini akan membantu anda mengawal kewangan.
Untuk memulakan bajet, anda perlu menyenaraikan pendapatan dan perbelanjaan tetap terlebih dahulu iaitu perbelanjaan yang tidak berubah dari bulan ke bulan seperti sewa rumah, ansuran rumah dan kereta atau premium insurans. Perbelanjaan yang lain adalah perbelanjaan yang berubah-ubah dari bulan ke bulan seperti bil air dan elektrik,pakaian atau hiburan.
Anda perlu tahu bagaimana anda membelanjakan wang. Lakukan dengan menulis apa yang dibeli dan berapa yang dibelanjakan. Sememangnya ia mengambil masa. Tetapi ia bermanfaat dengan membantu anda melihat ke mana anda membelanjakan wang.
Untuk 30 hari yang seterusnya, setiap kali anda berbelanja catatkan di dalam buku perancangan berapa yang anda belanja dan kemana anda membelanjakannya. Termasuklah apabila anda membayar bil, mengisi minyak kenderaan, pergi menonton wayang, bersedekah,membayar zakat ataupun membeli nasi lemak kegemaran anda, semuanya perlu dicatat.
Hujung bulan, gunakan kalkulator untuk jumlahkan setiap kolum dibawah carta agar dapat lihat berapa banyak duit yang telah anda belanjakan dalam setiap kolum. Kemudian, jumlahkan semua kolum untuk melihat berapa banyak wang yang anda belanjakan dalam sebulan secara purata.
Urus wang untuk dibelanjakan
Dengan melihat semula carta anda yang sudah siap anda dapat melihat kemana duit anda dibelanjakan. Sebahagian besar duit anda digunakan untuk keperluan asas seperti makanan, rumah dan pakaian. Semua ini adalah keperluan dan anda akan sentiasa membelanjakan wang untuk terus hidup tetapi anda boleh memilih berapa banyak yang perlu dibelanjakan.
Perbelanjaan lain seperti membeli pakaian baru, pinggan mangkuk baru atau permainan baru untuk anak-anak adalah kehendak.
Soalan berikut mungkin dapat membantu anda membuat keputusan tentang perkara yang perlu dilakukan:
Perbelanjaan mana yang tidak boleh dipotong?
Berapa perbelanjaan minimum yang saya perlukan untuk hidup?
Perbelanjaan yang mana satu ialah keperluan dan yang mana satu ialah kehendak?
Apakah yang berlaku jika saya menangguhkan beberapa perbelanjaan?
Bolehkah saya membeli barang pengganti yang lebih murah?
Setelah anda mengkaji carta dan membincangkan soalan, anda sudah bersedia untuk membuat bajet peribadi. Catatkan berapa banyak wang yang anda perlukan untuk setiap jenis perbelanjaan dalam sebulan. Sebagai contoh, RM300 untuk makan minum, RM100 untuk pengangkutan, Rm50 untuk simpanan dan sebagainya.
Cuba tetapkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang. Sebagai contoh untuk matlamat jangka pendek : hadkan duit untuk makan minum kepada RM10 sehari, naik bas/lrt daripada memandu ke tempat kerja dan baca surat khabar untuk mencari hiburan keluarga secara percuma.
Contoh matlamat jangka panjang : Simpan Rm1000 untuk membeli peti sejuk baru, melangsaikan hutang atau mungkin berpindah ke kawasan perumahan baru.
Bagaimana mematuhi bajet
Ianya memerlukan latihan disiplin diri untuk mematuhi bajet. Hanya ada seorang saja yang boleh mematuhi perancangan anda. Ada beberapa cadangan yang boleh membantu untuk mematuhi bajet :
Bayar bil yang diperlukan terlebih dahulu. Jika boleh, cuba aturkan supayabil-bil anda tidak perlu dibayar serentak pada hari yang sama.
Simpan duit setiap bulan dan jadikan ia tabiat anda
Buat satu senarai sebelum anda pergi membeli belah, ingat perbezaan antara keperluan dan kehendak.
Buat perancangan dengan membeli barang ketika jualan murah dikedai diskaun dan pasar lambak.
Jauhi daripada kedai atau tempat yang membazirkan duit.
Pelajari cara-cara menyimpan duit dariada keluarga dan rakan dan patuhi satu pelan.
Rekodkan apa yang anda belanja dan berapa perelanjaan anda.Jadikannya mudah dan senang dibuat (Tips: Mungkin buku kecil 555 amat berguna)
Bandingkan rekod ini dengan perancangan kewangan yang telah anda tulis supaya anda boleh lihat jika anda telah mematuhinya.
Masa untuk ubah bajet
Jangan panik atau kecewa jika anda tidak dapat mengikut bajet anda sepenuhnya. Ianya mengambil masa dan memerlukan latihan untuk mengubah sebarang tingkah laku, lebih-lebih lagi tabiat berbelanja. Anda mungkin perlu mengubah bajet anda mengikut perubahan keperluan dan keluarga. Jika pendapatan anda bertambah atau berkurangan, anda perlu mengubahnya. Yang penting anda mempunyai satu pelan dan anda dapat mengurus kewangan anda.
Salam semua berjumpa lagi pada artikal buat kali ini iaitu mengenai belajar menulis blog. Saya percaya masih ramai diluar sana yang baru melibatkan diri dalam dunia blogging dan tidak tau bagaimanakah caranya kita boleh belajar menulis blog. Sudah semestinya mereka yang baru masih kekurangan idea dan cara yang efektif menghasilkan artikal yang bermutu. Namun saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang ini hanya sekadar perkongsian pengetahuan untuk mereka yang memerlukan dan sudah pasti masih ada kekurangan. Ok tanpa saya berceloteh lebih banyak di sini kita pergi topik perbincangan kita.
Belajar menulis blog…Bagaimanakah caranya? Ok saya kongsikan beberapa panduan yang boleh digunapakai di sini sebelum itu pastikan terlebih dahulu blog kita berkenaan dengan niche apa? Contoh jika niche kita berkenaan dengan kesihatan, maka sesuatu yang hendak ditulis hendaklah juga berkaitan dengan kesihatan. Begitu juga jika niche blog kita adalah berkenaan perniagaan internet, kewangan, motivasi dan sebagainya. Blog kita akan kelihatan profesional dengan niche kita tersendiri.
Yang seterusnya ialah perlu ada pengetahuan mengenai perkara yang ingin ditulis. Sudah semestinya kita memerlukan ilmu pengetahuan sebelum kita menulis sesuatu perkara, betul kan. Bila ada pengetahuan secara tak langsung kita tau apa yang ditulis dan artikal tersebut dapat difahami dengan baik oleh para pembaca. Apa yang paling penting ialah apa yang kita ingin cuba sampaikan itu tersampai kepada pembaca.
Kita juga boleh rujuk tentang artikal yang ingin ditulis tersebut di blog-blog mereka yang benar -benar pakar berkenaan bidang perkaitan kita agar maklumat yang ingin ditulis dan dihidangkan pada pembaca tidak tersalah fakta mahupun maklumat yang tidak betul. Oleh itu jika kita kurang jelas sebaiknya rujuk terlebih dahulu maklumat tersebut di mana-mana tempat, blog, forum dan sebagainya untuk mensahihkannya. Jadi dengan cara ini kita mampu menulis blog dengan lebih berkesan dan terkesan oleh pembaca.
Lagi mengenai cara menulis artikal blog ialah cara penyampaian kita. Maksudnya bagaimana cara penyampaian penulisan artikal yang dihasilkan tersebut adakah ianya mampu memberi manfaat kepada para pembaca. Alah senang cerita diorang mudah boring atau selesa ketika membaca artikal di blog kita itu ataupun tidak. Fahamkan. Jadi di sini kita perlu buat satu strategi dimana para pembaca atau pengunjung yang datang ke blog kita agar dapat sesuatu yang bermanfaat. Bagaimana caranya supaya mereka yang datang ke blog kita tidak boring dan cepat-cepat meninggalkan blog kita? Cara yang saya gunakan ialah :
Artikal yang ditulis itu janganlah terlalu panjang sangat sampai berjela-jela. Secara psikologinya manusia ni tidak suka membaca tentang perkara yang banyak. Cukup hanya perkara penting yang ingin di sampaikan. Boleh menulis panjang lebar asalkan kita pandai mengubah cara penyampaian dengan gaya yang berbeza-beza, menarik dan tidak bosan.
Setiap ayat yang di tulis kalau boleh bina banyak perenggan dan satu perenggan memiliki dalam 4 atau 5 baris ayat sahaja. Jangan panjang-panjang sampai 10 baris ayat tanpa berperenggan. Kenapa? kita mahukan pembaca selesa dengan gaya penyampaian penulisan kita dan seterusnya mendapat manfaat darinya.
Selitkan juga dengan gambar-gambar (satu atau dua) berkaitan dengan artikal kita tersebut. Kenapa gambar? Ya, secara psikologinya manusia lebih suka melihat gambar dari melihat benda lain. Jadi dengan cara kita meletakkan gambar akan membuatkan pembaca lebih bersemangat ingin teruskan membaca (rehatkan minda). Bayangkan jika bentuk penulisan kita tidak ada gaya yang menarik atau berbeza-beza sudah tentu pembaca akan merasa bosan. Jadi matlamat kita menjadi seorang penulis berjaya tidak tercapai
Selain itu juga cara belajar menulis blog berkesan ialah pastikan artikal yang ditulis adalah benar-benar berinformasi dan tip top. Ini kerana jika artikal yang dihasilkan itu benar-benar mampu menyelesaikan masalah orang ramai ataupun berguna sudah tentu mereka akan berpusu-pusu datang ke blog untuk menelaah dan membaca dengan penuh minat. Mereka pasti datang jika artikal kita berkualiti dan mampu memberi manfaat kepada pembaca. Begitulah caranya bagaimana menulis artikal blog yang bagus dan bermutu.
Jadi saya fikir cukuplah sampai di sini tajuk penulisan blog yang saya cuba kupas di sini. Saya harap dengan informasi ini dapat di manfaatkan oleh mereka yang terlibat dalam bidang penulisan blog mahupun penulisan ebook. Ianya sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang mahu menulis terutamanya di blog. Jumpa di artikal yang seterusnya.. Sekian dari khai wan
p/s: Antara artikal yang berkaitan mengenai tajuk “belajar menulis blog” boleh juga dipelajari di url blog sahabat blogger saya di bawah ya…
Sekiranya anda ingin menjadi seorang doktor pakar, anda perlu belajar di Medical School. Sekiranya anda ingin belajar perniagaan, anda perlu belajar di Business School. Tetapi, sekiranya anda ingin menjadi jutawan, anda memerlukan mentor-mentor jutawan!
Adakah anda bersetuju dengan kata-kata ini?
Assalamaualaikum dan salam sejahtera. Siapa di kalangan kita yang mahu menjadi jutawan? Orang kurang waras sahaja akan mengatakan ‘aku tidak berminat jadi jutawan’. Semua orang mahu jadi jutawan bukan?Termasuklah saya sendiri. Tapi tiada gunanya melafazkan kata-kata tersebut jika hanya sekadar berkata-kata di bibir mulut sahaja tanpa melakukan sebarang usaha dan bekerja keras. Tiada kejayaan sebelum kita hadapi sebarang kegagalan terlebih dahulu.Yang penting kita usaha,usaha dan terus berusaha.
Jadi berbalik pada tajuk asal tujuan artikal ini ditulis adalah untuk membuat sedikit pengumuman tentang pelancaran ebook digital mentor jutawan hasil karya jutawan internet Irfan Khairi sendiri. Sebelum tu kamu tau apa itu mentor jutawan?
Mentor jutawan adalah sebuah ebook digital yang dihasilkan oleh Irfan Khairi. Ebook ini adalah hasil dari temubual secara live oleh 7 jutawan dari pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan. Mentor jutawan memuatkan kisah suka dan duka, kisah kegagalan, kisah inspirasi, tips-tips untuk meniti kejayaan, strategi perniagaan dan kewangan dan banyak lagi dalam membantu anda mencapai kecemerlangan dalam bidang kewangan.
Begitulah serba sedikit mengenai mentor jutawan. Kalau mahu berjaya ini adalah rahsianya. Kita sekarang berpeluang untuk mengetahui rahsia-rahsia, strategi, kisah-kisah kejayaan dari jutawan sendiri. Bukan seorang tetapi 8 jutawan yang akan berkongsikan rahsia kejayaan mereka di dalam ebook ini. Macam mana menarik? Apa yang menarik? Ok kamu tau berapa harga untuk menyertai workshop atau seminar yang diadakan oleh para jutawan ini? Owh harganya mungkin golongan yang mampu sahaja boleh menyertainya. Pelajar seperti saya ni tidak mampu untuk berbuat demikian. Harganya menelan belanja dalam RM1000 @ RM2000 dan mungkin lebih mengikut situasi.
Mengapa kita tidak belajar secara direct dari jutawan ini? Sudah pasti mereka ada ilmu yang mereka gunakan sehingga berjaya dalam perniagaan masing-masing.
Kamu dan juga saya mungkin tak mampu dari segi modal untuk sertai bengkel jutawan ini disebabkan harganya. Jadi Irfan Khairi telah menemuramah secara live 7 jutawan melalui radionya kemudian membukukan kesemua ilmu-ilmu dan pendedahan jutawan tersebut ke dalam mentor jutawan. Oleh itu,terhasil lah sebuah buku dan ebook yang berjudul ‘mentor jutawan bersama irfan khairi’. Dalam fikiran kamu bernilai kah ilmu jutawan ini? Bagi pencinta ilmu mereka akan grab ilmu ni secepat mungkin untuk di aplikasikan di dalam perniagaan masing-masing. Ye la mahu berjaya kita perlu ikut mereka yang sudah berjaya.
Kenapa kita perlukan ilmu jutawan ini? Jawapan mudah dari saya sendiri. Kerana saya juga mahu jadi seperti mereka. Dan apa pula rahsianya dan apa yang perlu di lakukan? Jawapannya ada pada mereka. Mereka ada ilmu dan strategi dalam menjalankan perniagaan yang kita tidak tahu. Jadi saya mahukan ilmu tersebut dan mungkin kamu juga memerlukannya. Jadi ilmu ini ada di dalam mentor jutawan yang akan dilancarkan nanti. Bila? [ sila rujuk di bawah]
Kalau kamu orang baru dalam perniagaan samada perniagaan offline mahupun online, ilmu ini kamu wajib dapatkannya sebelum anda menjalankan sebarang perniagaan. Tetapkan matlamat dan penuhkan ilmu di dada sebelum kita terjun dalam bidang yang kita belum pasti samada berjaya mahupun tidak. Jadi dengan adanya ilmu dan sedikit asas , strategi, tips-tips dan panduan berkenaan perniagaan akan lebih memudahkan kita. Jangan terlalu gopoh gapah dengan alasan mahu buat duit segera dan kaya cepat. Akhirnya perniagaan lingkup atau sekerat jalan sahaja. Ilmu adalah segala-galanya. Biarkan mereka dengan cara mereka dan kita dengan cara kita. Biar lambat asalkan selamat.
PELANCARAN MENTOR JUTAWAN
Untuk makluman pelancaran mentor jutawanbakal di lancarkan pada 15 April ini sehingga 15 Mei. Ebook ini akan dijual selama sebulan dan terhad kepada 200 pembeli pertama sahaja. Selepas tarikh berkenaan jualan akan di tutup. Jadi kepada sesiapa yang mahukan ilmu jutawan ini sila dapatkannya pada tarikh berkenaan. Anda hanya perlu lakukan sedikit pelaburan untuk mendapatkan mentor jutawan ini pada harga yang terendah dan semua mampu milikinya.
Tarikh – 15 April sehingga 15 Mei
Harga – RM40 sahaja
Bonus – Bonus kepada pembeli mentor jutawan
Terhad- Terhad kepada 200 pembeli pertama sahaja
PELUANG JANA PENDAPATAN DENGAN MENTOR JUTAWAN
Kami juga buka peluang jana pendapatan sampingan kepada mereka yang berminat. Bagaimana caranya? Anda boleh menyertai affiliate kami. Kami menyediakan sistem affiliate di mana anda yang berminat boleh menyertainya bertujuan anda boleh buat duit sampingan dengan menjadi agen jualan kepada mentor jutawan ini. Kami akan bayar komisyen kepada anda jika jualan terhasil.Matlamat utama affiliate ini adalah supaya mentor jutawan ini dapat disebarkan kepada mereka yang memerlukannya. Makluman : Penyertaan affiliate adalah PERCUMA!
Affiliate : Penyertaan Percuma
Komisyen : RM20 setiap jualan
Bahan Promosi : Banner, email promosi, cara promosi akan di bekalkan.
Dapatkan mentor jutawan pada harga RM40 sahaja pada 15 April ini. Tawaran terhad kepada 200 pembeli pertama sahaja. Juga sampaikan ilmu jutawan ini kepada mereka yang memerlukan dengan sertai affiliate kami.Sekian..