Assalamualaikum sahabat handai semua. Kembali lagi untuk artikal yang seterusnya dan kini saya ingin memberikan anda satu lubang bagaimana anda boleh menjual produk fizikal cara pantas di internet. Tidak kiralah produk apa pun yang anda ingin jual jika anda cuba menjual di web yang saya cadangkan ini pasti laris tambah-tambah lagi jika produk tersebut ada demand tak sampai seminggu pasti dah sold out! believe it!! Mungkin ramai yg sudah mengetahuinya dan mungkin juga ramai yg masih tidak mengetahuinya. Jadi artikal ini untuk orang yang masih tak tahu
Sebelum ini saya telah berjaya menjual bermacam-macam produk di laman ini dan jika di lihat semula dalam tak sedar saya berjaya menjual hampir RM25k. Rekod saya berjaya jual sebuah lori (broker) sederhana RM16K tak sampai sebulan, kereta, motosikal, sparepart dalam masa semingu dan bermacam benda lagi terjual dengan mudah. Saya pernah menjual sebuah motosikal yg harganya 4K dalam masa sehari sahaja (ada teknik yg saya gunakan). Anda lihat dibawah laman ini sentiasa hot dan dipenuhi pengunjung dan pengiklan:
Ok laman pengiklanan paling hot di malaysia yang saya maksudkan adalah mudah.my .Ya inilah website paling popular diinternet untuk menjual pelbagai barangan baru mahupun tepakai. Walaupun web ini popular namun sebenarnya masih ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudannya. Ayuh jangan ketinggalan!
Oleh itu saya mencadangkan jika anda ingin menjual adalah baiknya cuba di laman ini. Jika gagal menjual saya akan dedahkah cara rahsia otak bisnes buat kerja (baca artikal sampai habis). Dan dengan strategi yg akan diberikan saya berani potong jari jika produk anda tidak terjual di sana. hehehe
Jadi saya juga akan tunjukkan tutorial bagaimana cara anda boleh memasukkan iklan di mudah.my .Jom ikuti tuorial ringkas di bawah : di browser anda taip http://www.mudah.my/ maka ini paparannya…
laman mudah.my
insert ad
isikan maklumat anda.pastikan maklumat yang betul
masukkan password dan insert ads
buka email anda untuk buat pengesahan (wajib)
klik link pengesahan tesebut
Ok sekarang selesai iklan anda. anda hanya perlu tunggu sekitar 3,4 jam untuk pihak mudah.my meluluskan iklan anda. Jika diluluskan maka iklan anda akan dipublishkan kepada umum. Jika gagal anda perlu edit semula mungkin ada syarat yang tidak dipatuhi.
hint: jika anda guna cara asas untuk menjual mungkin mengambil masa sekitar seminggu, 2 minggu atau mungkin sebulan. Tetapi jika anda gunakan strategi rahsia di bawah pasti produk anda terjual dlm masa sehari atau dalam masa 3 hari sahaja.psssttttt……
Itu secara asasnya. namun terdapat rahsia dan strategi yang digunakan oleh orang bisnes bertujuan untuk melariskan lagi jualan produk mereka. Jika anda serius ingin buat duit di laman ini dengar apa yang ingin saya perkatakan. Saya sendiri telah melalui pengalaman menjual di mudah.my ini ianya tidak mengecewakan. Malah saya berjaya jual barang dengan harga RM4 ribu dlm masa sehari sahaja. Mudah,kos zero,tanpa website sendiri,web top 1 dimalaysia.
ini adalah contoh produk digital (ebook) yang hanya boleh di baca menerusi laptop dan juga komputer dengan menggunakan format pdf
Bagaimana kita orang biasa dan tiada pengalaman dalam menjual boleh juga menjana pendapatan walaupun tanpa memerlukan produk sendiri(produk digital)?Ya itu yang saya cuba kongsikan di sini.Tanpa produk sendiri kita juga berpeluang menjana wang di internet.Tak percaya?Haa teruskan membaca…
Ok kita lihat bagaimana kita boleh menjual tanpa ada produk sendiri.Bagi mereka yang tidak berkesempatan dari segi masa untuk menghasilkan produk sendiri boleh belajar ilmu yang akan saya sampaikan di sini.Walaupun ramai sebenarnya yang sudah tau tapi saya percaya masih ada lagi yang kurang faham tentang konsep berniaga tanpa perlukan produk sendiri.Lihat antara peluang-peluang yang boleh kita gunakan:
Join program affiliate
Menjual produk RR,MRR dan PLR
Join program affiliate
Affiliate adalah suatu program di mana kita menjadi agen untuk mempromosi produk orang lain dan perolehi komisyen apabila jualan terhasil.Untuk menyertainya adalah percuma.
Kita boleh buat duit dengan sertai program affiliate yang di tawarkan oleh pemilik produk.Sebagai contohnya kita boleh mencari produk digital seperti ebook panduan kuruskan badan ke contohnya la.Dan kebiasaannya di bahagian bawah website ada link yang bertulis affiliate dimana kita boleh register untuk menjadi agen produk tersebut.Apabila dah register sebagai agen kita akan diberikan bahan-bahan promosi,link affiliate dan banner untuk memulakan promosi di blog,forum dan sebagainya.Dan jualan yang terhasil dari aktiviti promosi tersebut kita akan dibayar dengan jumlah komisyen yang tertentu.Kebiasaannya komisyen dalam lingkungan 50% dari harga produk ebook tersebut.
Ok begitulah caranya jika ingin merasa pendapatan di internet dengan menjual tanpa adanya produk sendiri.Tolong menjual produk orang lain dan terima komisyen.Dan penyertaannya adalah percuma.Simple kan bisnes ni.hehe
Menjual produk RR,MRR dan PLR
RR-Resale Right MRR-Master resale Right PLR-Private label right
Ok sekarang bagaimana pula kita boleh buat duit dengan produk RR,MRR dan PLR.Konsepnya adalah sama seperti join affiliate cuma yang berbeza adalah kita perlukan sedikit modal dari pembelian produk ini dan jualnya semula dengan perolehi keuntungan 100%.Jika tadi komisyen hanya 50% sahaja manakala dengan menjual produk ini kita dapat menjana keuntungan 100% lagi bestkan?hehe..
RR-Anda boleh menjual produknya semula pada org lain tanpa mengubah kandungan ebook tersebut
MRR-Anda boleh menjual produknya semula dan orang yang membeli pun akan dapat sama lesen untuk menjual semula tanpa mengubah kandungan ebook tersebut.
PLR-Anda boleh menjual produknya semula dan anda boleh edit serta ubah nama asal kepada nama anda dan jadikan ebook tersebut seperti milik anda sendiri.
p/s: Anda perlu ada domain dan hosting sendiri untuk menjual produk ini.Macam mana nak letak barang kalau tapak kedainya tiada.begitulah contohnya.
Bagaimana caranya? Mudah sahaja kita perlu dapatkan terlebih dahulu produk ini dari mereka yang memiliki lesen ini (RR,MRR,PLR).Setelah kita membeli ebook yang disertakan bersama dengan lesen ini (RR,MRR,PLR) maka proses seterusnya adalah mengedit bahagian akaun iaitu tukarkan maklumat pembayaran asal kepada maklumat kita sendiri.Contohnya di bahagian pembayaran,tukarkan nama kita dan nombor akaun kita sendiri.Setelah semuanya selesai di edit maka kita perlu piindahkannya ke bahagian servernya pula (hosting).Kalau tak pindah macam mana orang nak tengok produk yang kita jual ni di internet kan.Jadi kita perlukan hosting untuk memindahkannnya ke situ.Kalau sudah ada blog ker,kita boleh jer tumpangkan produk tersebut dalam blog kita tu dengan buat subdomain.Tak paham ok ini contohnya saya tumpangkan produk yang saya jual dalam blog saya :
Sekarang paham?Jadi untuk menjual produk yang ada lesen menjual semula ini kita perlu sedikit ilmu teknikal.Korang perlu tahu bagaimana nak edit dan tukar maklumat asal kepada maklumat kita sendiri dan proses pemindahan file ke hosting bertujuan produk dapat di lihat dalam internet.
p/s: Kalau korang nak buat bisnes jenis ni dan raih keuntungan 100% tetapi tak tahu tentang ilmu teknikalnya seperti cara nak pindahkan @ upload file keserver atau nak edit file maklumat jangan risau boleh jer upah saya.hehe..Asalkan korang dah ada hosting atau tempat utk pidahkan file (file produk) ke server.
Kesimpulannya, perbezaan di antara affiliate dan produk RR,MRR,PLR ialah affiliate kita tolong menjual produk orang lain dan dapat komisyen (50%).Manakala Produk berlesen ini kita beli dan jual semula dan raih keuntungan 100%.Paham kan.
Begitulah cara-cara nak buat duit di internet tanpa perlu ada produk sendiri.Bagi yang kesuntukan masa boleh-bolehla mencuba cara ni.Asalkan ada minat nak buat duit.Eh-eh ada jugak ke yang tidak minat?hehe…Dari segi teknikalnya pula jangan risau saya sedia membantu.
Harap apa yang saya kongsikan di sini bermanfaat dan berguna untuk semua.Jom pakat-pakat buat duit di internet sambil-sambil aje!Sekian…