Posts with the tag 'irfan khairi'

Capai kejayaan ikut cara idola

Satu cara untuk kita merangka strategi dan perjalanan hidup kita untuk mencapai kejayaan adalah memiliki seorang atau beberapa idola yang anda kagumi dan mahu di contohi kejayaan itu. Tentulah idola utama anda adalah para Rasul, Nabi Sahabat dan ulama serta Pemimpin Negara.

Daripada perihal kerjaya, kekayaan atau kejayaan pula mungkin anda ada seorang idola yang lain yang benar-benar anda ingin contohi dan mahu menjejak contoh kejayaan beliau itu.

Terdapat ratusan individu yang terkenal di dunia ini seperti usahawan terkenal, pemimpin organisasi dan seumpamanya yang boleh anda pilih.Tidak salah untuk anda meletakkan cita-cita dan berminat untuk mendalami selok belok perjalanan hidup idola itu untuk anda jadikan sebagai panduan dan sempadan.

Mana-mana cerita yang baik elok dicontohi manakala mana-mana yang kurang sesuai dengan adat, budaya dan agama dijadikan sempadan untuk kita.Anda bukannya bertujuan untuk memuja atau mengagungkan idola itu tetapi menjadikan sebagai satu cara pembelajaran yang baik iaitu belajar dari pengalaman hidup orang lain.

Pemilihan idola mestilah sesuai dengan cita-cita anda bukan sekadar impian kosong semata-mata. Ramai orang meletakkan usahawan terkenal sebagai salah seorang daripada idola mereka.

Buat kajian mendalam

Antaranya  Tan Sri Syed Mokhtar, Donald Trump, Tan Sri Lim Goh Tong, Tan Sri Ananda Krishnan dan sebagainya. Dan jika menjalankan perniagaan melalui internet anda juga boleh menjadikan Irfan Khairi sebagai idola.Dunia teknologi kini memudahkan kita mendapatkan bahan-bahan cerita pengalaman hidup mereka daripada internet atau majalah malah banyak buku telah diterbitkan untuk kita mengenali perjalanan hidup mereka dengan lebih dekat dan mendalam lagi.

Satu cara berkesan untuk memilih idola adalah menggunakan teknik kumpulan sama iaitu mencari idola yang berada di dalam kumpulan yang sama dengan kita. Cara ini memudahkan kita untuk menjalani kehidupan yang lebih kurang sama.

Ini kerana anda berada dalam kumpulan yang sama dengan idola anda iaitu kemungkinan sifat, minat, cita-cita, kelakuan, cara dan pendekatannya adalah sama. Pelbagai cara anda boleh lakukan dengan membuat kajian mendalam dan satu cara mudah ialah meneliti dahulu kumpulan itu menggunakan kaedah tarikh lahir.

Ini adalah satu kaedah yang mengumpulkan individu-individu dalam sesuatu kumpulan berdasarkan potensi untuk dikaji fenomena yang dikongsi bersama di dalam kumpulan tersebut. Sebagai contoh usahawan Donald Trump yang terkenal dengan perniagaan hartanah dan kini menjadi mentor kepada peminat dunia perniagaan. Di dalam tarikh lahir beliau mempunyai pola angka 336. Angka ini berkaitan dengan pelaburan yang boleh dikaitkan dengan pelaburan hartanah.

Manakala pola angka 426 iaitu berkaitan dengan pendidikan yang boleh dikaitkan dengan usaha beliau yang kini mendidik melalui program-program tv, buku-buku dan yang terbaru adalah  Trump University. Oleh itu jika anda memiliki pola angka 336 dan 426 maka anda boleh memilih beliau sebagai idola anda. Anda boleh mendalami perjalanan hidup beliau dengan membuat pembacaan daripada sumber internet mahupun buku-buku yang ditulis oleh beliau sendiri.

Ataupun jika anda meminati Donald Trump sebagai seorang idola kejayaan, maka anda lihatlah pendekatan beliau dalam bidang pelaburan dan pendidikan sebagai satu cara untuk anda memiliki  kejayaan yang sama selain berusaha untuk meletakkan diri anda hampir atau setaraf dengan beliau.

Apabila kita mengetahui laluan potensi kita, maka mudahlah kita menggunakannya untuk membuat penambahbaikkan atau pembetulan di dalam kehidupan kita. Sepertimana contoh di atas apabila mengetahui anda dalam kumpulan yang sama iaitu pola angka 336, maka anda boleh memulakan pembelajaran anda di dalam hal pelaburan. Bermulalah daripada tahap yang mudah seperti pelaburan unit  amanah hinggalah ketahap yang lebih besar seperti pelaburan hartanah.

Jika  anda meminati idola tersebut tetapi anda tidak memiliki potensi yang sama, anda mempunyai dua pilihan iaitu menukarkan idola yang lebih sesuai dengan potensi anda atau anda kekalkan dengan idola yang sama tetapi mendalami dan mempelajari potensi-potensi itu untuk menambahkan kebolehan anda.

kredit- Eddy Rosyadie Mohd Samsury, MW

Share

1 comment January 31st, 2011

Pelancaran Mentor jutawan Irfan Khairi

Sekiranya anda ingin menjadi seorang doktor pakar, anda perlu belajar di Medical School. Sekiranya anda ingin belajar perniagaan, anda perlu belajar di Business School. Tetapi, sekiranya anda ingin menjadi jutawan, anda memerlukan mentor-mentor jutawan!

Adakah anda bersetuju dengan kata-kata ini?

Assalamaualaikum dan salam sejahtera. Siapa di kalangan kita yang mahu menjadi jutawan? Orang kurang waras sahaja akan mengatakan ‘aku tidak berminat jadi jutawan’. Semua orang mahu jadi jutawan bukan?Termasuklah saya sendiri. Tapi tiada gunanya melafazkan kata-kata tersebut jika hanya sekadar berkata-kata di bibir mulut sahaja tanpa melakukan sebarang usaha  dan bekerja keras. Tiada kejayaan sebelum kita hadapi sebarang kegagalan terlebih dahulu.Yang penting kita usaha,usaha dan terus berusaha.

Jadi berbalik pada tajuk asal tujuan artikal ini ditulis adalah untuk membuat sedikit pengumuman tentang pelancaran ebook digital mentor jutawan hasil karya jutawan internet Irfan Khairi sendiri. Sebelum tu kamu tau apa itu mentor jutawan?

Mentor jutawan adalah sebuah ebook digital yang dihasilkan oleh Irfan Khairi. Ebook ini adalah hasil dari temubual secara live oleh 7 jutawan dari pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan. Mentor jutawan memuatkan kisah suka dan duka, kisah kegagalan, kisah inspirasi, tips-tips untuk meniti kejayaan, strategi perniagaan dan kewangan dan banyak lagi dalam membantu anda mencapai kecemerlangan dalam bidang kewangan.

Begitulah serba sedikit mengenai mentor jutawan. Kalau mahu berjaya ini adalah rahsianya. Kita sekarang berpeluang untuk mengetahui rahsia-rahsia, strategi, kisah-kisah kejayaan dari jutawan sendiri. Bukan seorang tetapi 8 jutawan yang akan berkongsikan rahsia kejayaan mereka di dalam ebook ini. Macam mana menarik? Apa yang menarik? Ok kamu tau berapa harga untuk menyertai workshop atau seminar yang diadakan  oleh para jutawan ini? Owh harganya mungkin golongan yang mampu sahaja boleh menyertainya. Pelajar seperti saya ni tidak mampu untuk berbuat demikian. Harganya menelan belanja dalam RM1000  @ RM2000 dan mungkin lebih mengikut situasi.

Mengapa kita tidak belajar secara direct dari jutawan ini? Sudah pasti mereka ada ilmu yang mereka gunakan sehingga berjaya dalam perniagaan masing-masing.

Kamu dan juga saya mungkin  tak mampu dari segi modal untuk sertai bengkel jutawan ini disebabkan harganya. Jadi Irfan Khairi telah menemuramah secara live 7 jutawan melalui radionya kemudian membukukan kesemua ilmu-ilmu dan pendedahan jutawan tersebut ke dalam mentor jutawan. Oleh itu,terhasil lah sebuah buku dan ebook yang berjudul ‘mentor jutawan bersama irfan khairi’. Dalam fikiran kamu bernilai kah ilmu jutawan ini? Bagi pencinta ilmu mereka akan grab ilmu ni secepat mungkin untuk di aplikasikan di dalam perniagaan masing-masing. Ye la mahu berjaya kita perlu ikut mereka yang sudah berjaya.

Kenapa kita perlukan  ilmu jutawan ini? Jawapan mudah dari saya sendiri. Kerana saya juga mahu jadi seperti mereka. Dan apa pula rahsianya dan apa yang perlu di lakukan? Jawapannya ada pada mereka. Mereka ada ilmu dan strategi dalam menjalankan perniagaan yang kita tidak tahu. Jadi saya mahukan ilmu tersebut dan mungkin kamu juga memerlukannya. Jadi ilmu ini ada di dalam mentor jutawan yang akan dilancarkan nanti. Bila? [ sila rujuk di bawah]

Kalau kamu orang baru dalam perniagaan samada perniagaan offline mahupun online, ilmu ini kamu wajib dapatkannya sebelum anda menjalankan sebarang perniagaan. Tetapkan matlamat dan penuhkan ilmu di dada sebelum kita terjun dalam bidang yang kita belum pasti samada berjaya  mahupun tidak. Jadi dengan adanya ilmu dan sedikit asas , strategi, tips-tips dan panduan berkenaan perniagaan akan lebih memudahkan kita. Jangan terlalu gopoh gapah dengan alasan mahu buat duit segera dan kaya cepat. Akhirnya perniagaan lingkup atau sekerat jalan sahaja. Ilmu adalah segala-galanya. Biarkan mereka dengan cara mereka dan kita dengan cara kita. Biar lambat asalkan selamat.

PELANCARAN MENTOR JUTAWAN

Untuk makluman pelancaran mentor jutawan bakal di lancarkan pada 15 April ini sehingga 15 Mei. Ebook ini akan dijual selama sebulan dan terhad kepada 200 pembeli pertama sahaja. Selepas tarikh berkenaan jualan akan di tutup. Jadi kepada sesiapa yang mahukan ilmu jutawan ini sila dapatkannya pada tarikh berkenaan. Anda hanya perlu lakukan sedikit pelaburan untuk mendapatkan mentor jutawan ini pada harga yang terendah dan semua mampu milikinya.

  1. Tarikh – 15 April sehingga 15 Mei
  2. Harga  – RM40 sahaja
  3. Bonus  – Bonus kepada pembeli mentor jutawan
  4. Terhad- Terhad kepada 200 pembeli pertama sahaja

PELUANG JANA PENDAPATAN DENGAN MENTOR JUTAWAN

Kami juga buka peluang jana pendapatan sampingan kepada mereka yang berminat. Bagaimana caranya? Anda boleh menyertai affiliate kami. Kami menyediakan sistem affiliate di mana anda yang berminat boleh menyertainya bertujuan anda boleh buat duit sampingan dengan menjadi agen jualan kepada mentor jutawan ini. Kami akan bayar komisyen kepada anda jika jualan terhasil.Matlamat utama affiliate ini adalah supaya mentor jutawan ini dapat disebarkan kepada mereka yang memerlukannya. Makluman : Penyertaan affiliate adalah PERCUMA!

  1. Affiliate     : Penyertaan Percuma
  2. Komisyen : RM20 setiap jualan
  3. Bahan Promosi : Banner, email promosi, cara promosi akan di bekalkan.

Dapatkan mentor jutawan pada harga RM40 sahaja pada 15 April ini. Tawaran terhad kepada 200 pembeli pertama sahaja. Juga sampaikan ilmu jutawan ini kepada mereka yang memerlukan dengan sertai affiliate kami.Sekian..

Tunggu pelancarannya!!!!!!  15 APRIL – 15 Mei

Share

6 comments April 7th, 2010

Siapa Irfan Khairi-Jutawan internet termuda malaysia

Irfan khairi? Siapa irfan khairi ni ye? Nama ini sudah tidak asing lagi ramai yang sudah mengenali beliau dan menjadi bahan bualan ramai tentang kejayaan beliau dalam bidang perniagaan malah bergelar seorang jutawan muda.Irfan khairi berjaya mendapat title sebagai seorang jutawan pada umur yang sangat muda iaitu ketika usianya 25 tahun.Wow hebat dan aku sangat-sangat respect dengan beliau.Jutawan internet ini hanya bergelar seorang jutawan pada usia muda.Aku pun sekarang dah berumur 25 tahun tapi habuk pun tarak.(tu lah main banyak sangat)hehe..

Sebenarnya anak muda ini adalah bekas pelajar Universiti Staffordshire, United Kingdom dalam jurusan Sarjana Muda Rekacipta Multimedia. Beliau berpengalaman luas sebagai pereka sistem multimedia dan juga menjadi perunding internet di salah sebuah syarikat teknologi maklumat di Netmedia (UK).Wow perunding internet di united kingdom hebat!! Teruskan bacaan..

Berikut ialah bagaimana beliau terlibat dengan perniagaan (petikan akhbar berita ):

“Pada asalnya, saya menjalankan perniagaan itu secara sambilan pada 1999 dan lama-kelamaan permintaan semakin bertambah dan mengambil keputusan untuk memberi tumpuan terhadap perniagaan ini.” “Bermodalkan hanya RM500, laptop dan akses internet, saya menubuhkan perniagaan laman web Idea Bubble. Selepas tiga tahun, saya berjaya memperoleh pendapatan bersih sebanyak RM1 juta tanpa pekerja dan peralatan komputer canggih”.

Irfan Khairi mencapai kejayaan adalah kerana berkat kesungguhan dan keyakinan terhadap potensi diri selain juga mendapat support dari keluarganya.Beliau memilih menawarkan perkhidmatan reka bentuk laman web, grafik, e-book, perunding multimedia, e-Niaga, pembelajaran dan bermacam lagi.Selain itu juga irfan khairi memberi pandangan beliau perniagaan internet ini adalah sesuai bagi mereka yang bergelar siswazah yang menganggur kerana para siswazah ini memiliki pelbagai kepakaran dalam bidang perniagaan yang mudah untuk dilakukan melalui internet.

Ini adalah kerana para siswazah ini sudah semestinya celik dalam bidang IT juga memiliki peralatan seperti komputer riba dengan kemudahan internet yang ada. Jadi korang yang ada degree atau diploma tu kalau rasa-rasa dah dapat title menanam anggur tu ada baiknya ikut apa yang di cadangkan oleh jutawan ini.Pasti tidak rugi kerana kita usaha untuk diri kita sendiri bukan orang lain.Kejayaan kita sendiri yang tentukan.Ye tak..

Selain tu juga Ikon jutawan ini tidak lokek untuk berkongsi ilmu beliau pada mereka yang dahagakan ilmunya di samping mengadakan seminar serta workshop bertujuan melatih dan melahirkan seberapa ramai golongan yang mahukan kejayaan.Saya juga pernah mendapatkan ilmu dari jutawan irfan khairi sebelum ini di bengkel yang diadakan olehnya.Kita perlu bangga malaysia mempunyai jutawan melayu termuda di abad ini kerana setidaknya beliau boleh dijadikan sebagai ikon dan menjadi perangsang untuk kita sama-sama menjejaki langkah beliau.

Jadi itulah serba sedikit info mengenai Saudara jutawan kita Irfan Khairi yang cuba aku artikalkannya di dalam blog ni untuk dijadikan bahan bacaan umum dan juga untuk memberi semangat kepada mereka yang juga menjalankan perniagaan yang sama sperti beliau.Semoga kita mengikut jejak langkah  beliau insyallah..

Di bawah aku cuba eksyen cikit kat korang (haha) gambar aku bersama irfan khairi di satu talk beliau yang diadakan  di sebuah hotel terkemuka pada minggu lepas.Semoga aura kejayaan beliau berpindah pada aku.hehe…

Aku Pun mahu jadi jutawan juga

Untuk perbincangan mengenai Irfan Khairi boleh tinggalkan komen di bawah ye..

Share

5 comments March 3rd, 2010

Buat duit dengan blog

Mereka menggelakkan saya apabila saya membina blog dan mengatakan mendapat duit darinya.Anda sering mendengar ramai orang yang berjaya memiliki blog mereka sendiri. Tidak kira mereka seorang ahli politik, ahli perniagaan kecil atau besar, artis, dan ramai lagi. Mereka yang sebelum ini tiada memiliki blog kini selangkah lagi menuju ke arah kejayaan.

Tahukah anda, dengan memiliki blog kisah hidup anda boleh berubah? Blog juga mampu mempengaruhi dunia? Anda boleh lihat blog-blog yang dimiliki oleh Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet), Tun Mahathir (bekas PM), Raja Petra (Blogger Terkenal), dan juga yang dimiliki oleh ramai insan yang terkenal lagi. Dari situ kita dapat lihat betapa besarnya pengaruh blog dalam………..Teruskan membaca DI SINI


Related Posts with Thumbnails

Share

1 comment January 6th, 2010


Sila masukkan email anda jika anda mahukan segala update di blog ini dipost terus ke email anda:

 

W3Counter

Sponsor

Pages

Categories

Archives

Recent Comments

Recent Posts

Blogroll

FacebookPages

Alexa Ranking