Impian hanya sekadar impian je ker

Salam kawan-kawan,.Pertama sekali maafla kalau ada owner keta ni.Aku main snap je haha kereta sape ni entah aku pun tak tau.Post kali ni saje suka-suka cun beb keta ni.Kalau korang nak tau ni la kereta impianku dah lama aku suka tengok keta ni bukan main sporty lagi sape la yang tak gila kan.hehe.Entah kenapa aku terlalu suka sangat keta ni mungkin bentuknya yang amat sporty dan cukup sesuai untuk golongan muda seperti aku ni kot.Bila keta ni lalu jer depan aku kompem aku pasti tengok walaupun masa tu tengah makan.Ramai member-member yang cakap aku ni selera tinggi sangat walaupun poket kosong haha.
Tapi hanya sekadar impian je la kot ye la mana tak nya keta ni mahal beb!!!RM100K lebih.Itu pun untuk yang 1.8 belom tengok lagi yang 2.0 punya.Honda civic yang 2.o nak cecah RM200K tuh mahal tak.Maintainance sebulan 1k lebih tak termasuk servis lagi.Tapi bagi mereka yang kaya dan berduit kereta camni takde masalah untuk dorang ni ye la duit banyakkan simpan watpe.kan-kan? Ada lagi gambar yang dah dicuri oleh aku haha jom layan jer…

Muahaha!!!! cun sangat-sangat..Warna putih yang amat mantop. Tambah spoiler dengan skirt jenis sporty pergghhh meleleh tengok.Kalah muka siti nurhaliza yang cantik kalau nak di bandingkan dengan kecantikan keta ni hehehe.Tu belom tukar rim lagi tu kalau tukar hai memang betul-betul hao lioaw la.Biasala kalau da duk giler keta ni pempuan yang lawa pun jadi no 2.huhu.
Tapi kalau aku dapat guna keta ni dalam usia muda lagi pergghhh aku tabik spring la kt diri aku sendiri haha.Kompem la ramai awek yang tersangkut kat belakang spoiler tu.Mana tidaknya jarang orang muda pakai keta cam ni betul tak.Sebenarnya bukan untuk menunjuk-nunjuk pun tapi sebagai kepuasan diri.Kalau aku ada duit lebih kompem sambar satu keta ni sebagai hadiah diri sendiri.Tapi bila nak capai impian yang hanya sekadar impian ni ye.Apa-apa pun aku pasti sambar satu suatu hari nanti tak mustahil orang muda macam aku pun boleh pakai keta cam ni. Tapi kena usaha la kan.Sembang kosong sume orang boleh kan.hehe…Ada lagi gambar aku snap haha………..

Ini pun Eksklusif ni hitam bergaya melambangkan orang kaya.Aku snap gambar ni sebab rim dia tu cantik giler.heehe.Bila boleh pakai ini satu haa?mungkin before 30 kot umor aku insyallah..korang mungkin ada angan-angan jugak kan untuk berimpikan kereta idaman sendiri.Semua orang ada impian masing-masing mungkin ada diantara korang yang membaca artikal ni ada yang nak pakai evo ker,bmw ker blm ke haha mana tau kan.Jadi impian walaupun menggunung tidak mengapa asalkan kita sekarang dah bermula kan langkah berusaha mencapai apa pun impian kita tu kan.Kalau hanya sekadar angan kosong tak buat apa pun tak jadi jugak dengan impian kita tu betul tak?Apa pun usaha la.
Sebenarnya artikal kali ni bukan apa pun hanya sekadar memotivasikan diri aku ni jer yang kadang-kadang malas nak buat kerja dan down dengan bisnes,rasa tension pun.Kadang-kadang aku serabut dengan pengajian aku di kampus.Serius malas dah nak mengadap buku mentang-mentangla da tahun akhir kan.hehe. Jadi dengan benda-benda khayalan ni mungkin bole membantu aku untuk naikkan semangat untuk lebih bekerja kuat selepas ni insyallah.Kalau korang pun jenis yang macam aku ni ikut la cara aku ni macam mana nak naikkan semangat dan lebih dimotivasikan.Lihat kejayaan orang lain dalam perniagaan mahupun dalam pelajaran pun berguna juga untuk meningkatkan lagi motivasi kita yang kadang-kadang jatuh tersungkur dan lambat nak bangun.
Cuma cara aku ni lain cikit mungkin lebih dari segi material kot haha.Itu cara aku dan cara korang mungkin lain kan jadi terpulang kepada cara masing-masing.JAdi cukupla tu sembang-sembang kosong kat sini.Stop jom buat keje……..sekian.
Add comment February 24th, 2010