Posts with the tag 'dengkur'

Dengkur membunuh?

Semasa membaca beberapa buah buku, saya terjumpa satu topik yang agak menarik dan penting untuk dikongsikan bersama iaitu berkenaan dengan masalah dengkur semasa tidur. Apabila lihat kepada tajuk di atas ia sebenarnya tidak membunuh.Jadi jom baca kupasan tersebut dengan lebih mendalam…..

Tidak ada orang yang mati kerana berdengkur.Fenomena yang di alami kira-kira 15% orang dewasa berusia antara 30 hingga 70 tahun di seluruh dunia. 24% lelaki dan 9% adalah dari perempuan.Tetapi apa yang orang ramai tidak ketahui, gejala nafas terhenti sewaktu berdengkur dikatakan boleh memendekkan nyawa.

Masalah dengkur lazimnya di alami oleh kaum lelaki dan individu berlebihan berat badan. Namun ia turut berlaku di kalangan wanita,pada semua peringkat lapisan umur.Dengkuran merupakan bunyi pernafasan yang bising ketika tidur. Ia menandakan terdapat halangan dalam saluran pernafasan.

Gejala nafas terhenti sewaktu tidur disebut apnea dan ianya berlaku apabila pesakit yang sedang berdengkur berhenti berdengkur. Ketika itu mereka akan berhenti bernafas seketika antara 10 hingga 30 saat atau lebih lama. Ya, dengkur tidak membunuh,tetapi apnea inilah yang boleh memendekkan nyawa.

Bagaimana dengkuran berlaku?

Ketika tidur, otot pada lelangit lembut (bahagian lembut di hujung lelangit berhampiran tekak dan mempunyai tisu lembut yang kelihatan tergantung di panggil uvula), lidah dan kerongkong akan berehat. Jika tisu di dalam kerongkong ini menjadi terlalu rehat, ia akan bergetar dan menghalang laluan udara.

Laluan yang sempit akan menyebabkan laluan udara semakin sukar dan tekanan akan bertambah.Semakin tinggi tekanan semakin banyak getaran yang menyebabkan dengkuran bertambah kuat. Jika dengkuran berlaku pada kanak-kanak, masalah ini biasanya disebabkan oleh tonsil atau adenoid. Adenoid adalah fenomena pengumpulan tisu limfatik pada bahagian belakang hidung yang menyebabkan pernafasan melalui hidung terhalang.

Tanam Implan atasi dengkur

Penanaman implan yang disebut sebagai Prosedur Pillar yang bertujuan mengeraskan lelangit lembut untuk mengurangkan getaran uvula akan memberikan lebih banyak ruang kepada kemasukan udara. Implan ini kekal sepanjang hayat dan ia perlu dilakukan sekali sahaja.

Biasanya dengkuran akan berkurangan secara perlahan-lahan dalam masa 10 minggu iaitu apabila tisu pada lelangit lembut menjadi keras. Terdapat beberapa ciri yang perlu dipenuhi untuk membolehkan seseorang menjalani Prosedur Pillar iaitu :

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Indeks jisim badan (bmi) tidak melebihi 32 kg
  • Mengalami masalah apnea dengan indeks antara 10 hingga 30 episod sejam.(ujian ini boleh ditentukan melalui ujian tidur di makmal-dijalankan di hospital universiti kebangsaan malaysia)
  • Ukuran lelangit lembut melebihi 25 milimeter.
  • Tiada masalah saluran hidung tersumbat.
  • Tiada sejarah pembedahan farinks.

Jadi inilah serba sedikit maklumat yang dapat dikongsikan pada semua. Di harap kita peka dengan masalah-masalah seperti ini. Siapa sangka walaupun dengan hanya berdengkur, ia menjadi salah satu punca berlakunya kematian di sebabkan terputus pernafasan. Harap maklumat ini bermanfaat..Sekian..

p/s: Anda boleh subscribe blog ini untuk mendapatkan artikal terkini dari blog ini terus ke email anda. :)

p/s: Ingin berkawan dengan saya di >facebook< ?

Related Posts with Thumbnails

Share

1 comment May 3rd, 2010


Sila masukkan email anda jika anda mahukan segala update di blog ini dipost terus ke email anda:

 

W3Counter

Sponsor

Pages

Categories

Archives

Recent Comments

Recent Posts

Blogroll

FacebookPages

Alexa Ranking