Posts with the tag 'budaya bandar'

Kampung dan bandar dulu dan sekarang

Ramai dari kita asalnya orang kampung kemudian berhijrah ke bandar dan menjadi orang bandar.Suasana kampung memang seronok. Kalau berhari raya rasa macam tak sempurna kalau tak balik kampung. Apa-apa pun kalau dari kampung ia adalah lambang keaslian, kemurnian dan khasiatnya berbeza dari bandar. Telur ayam kampung umpamanya menjadi ubat, begitu juga ayam kampung danmacam-macam lagi.

Waktu Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah, ibunya menghantar baginda ke kampung untuk disusukan orang kampung, Halimatus saadiah dan baginda merasai hidup kampung selama 6 tahun. Tujuannya supaya akhlaknya terbentuk, budi bahasa menjadi baik. Ini kerana di kampung kebiasaannya di diami orang alim. Mereka menghidupkan kampung dengan ajaran agama dan teladan yang baik serta kaya budi bahasa menjadi sanjungan juga kebanggaan orang kampung.

Begitulah suasana kampung satu masa dahulu. Bagaimanapun hari ini sedikit sebanyak suasana kampung sudah berubah. Sedih kita tengok ada orang kampung yang tidak pandai mengaji al-quran, bahkan budaya mengumpat mengata seperti cerita P Ramlee dahulu, dengan menghantar surat layang berkajang-kajang, sms berbaur kata mengata seolah-oleh menjadi budaya baru dalam kampung mencemar kesucian orang kampung.

Apabila dikaji sebab mengapa terjadinya hal seperti ini adalah berkaitan dengan kurangnya kelas mengaji agama seperti satu masa dulu. Bagi sesetengah kampung, ada kelas agama tapi kehadirannya amat menyedihkan. Berbeza pula dengan kehidupan bandar. Masjid dan surau sentiasa ceria dengan kelas agama. Guru yang di jemput semua hebat-hebat belaka, dengan ijazah dan pelbagai kepakaran. Kelas pula pagi petang dan malam. Bagi anak murid cuma perlu memilih mana yang sesuai dengan masa untuk dihadir, kalau hadir semua dah macam pelajar kuliah yang jadualnya cukup padat.

Lebih sedih lagi budi bahasa yang menjadi kebanggaan kampung satu masa dulu sudah mula terhakis, kemurniannya seakan tergilis. Berat sungguh mulut sebahagian orang yang miskin harta untuk mengucapkan terima kasih apabila diberi barangan dan sedekah, seolah-olah tidak terbiasa lagi mengatakannya. Bagi kaum lelaki kedai kopi menjadi tumpuan mereka untuk bercerita. Masa berja-jam sanggup dihabiskan untuk berborak sebagai pemerhati setia pergolakan politik negara.

Bila-bila masa saja kita berkunjung ke kedai kopi orang yang sama duduk dikerusi yang sama berbicara panjang lebar memberi komen apa yang dirasakan tidak kena. Akhirnya masa habis begitu sahaja. Esok? sambung lagi walaupun tahu hari ini komen tadiĀ  belum diperpanjangkan lagi pada pihak yang berwajib. Kadang-kadang komen tu pun belum tentu tepat dan betul.

Ingin rasanya melihat kembali suasana kampung yang menjadi kebanggaan suatu masa dulu dan orang kampung yang boleh dijadikan teladan yang baik. Namun ini tidak mungkin terjadi tanpa pendidikan berterusan, kesabaran dan kerjasama semua untuk memberi kesedaran. Sekian…,

p/s: Dapatkan artikal terkini terus melalui email dengan menjadi subscriber blog ini.

Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark

8 comments May 5th, 2010


Sila masukkan email anda jika anda mahukan segala update di blog ini dipost terus ke email anda:

 

W3Counter

Langgan Percuma

Dapatkan Ebook Asas Perniagaan Internet Percuma Untuk Anda !!!!!

KLIK IMEJ EBOOK DI ATAS NOW!!

Pages

Archives

Recent Comments

Recent Posts

Friend IM & Blogger

My Website

Categories

Autoresponder