Posts with the tag 'buat duit'

Pentingnya perancangan kewangan

Sebaik menerima wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), ramai penuntut akan menghabiskan wang tersebut untuk membeli keperluan yang kadangkala tidak penting ketika belajar seperti telefon bimbit mahal, komputer riba berjenama, pakaian mengikut trend terkini dan ada segelintir melaburkan wang tersebut untuk membeli kereta atau motosikal.

Belum sampai hujung semester, wang tersebut sudah pun habis digunakan sehingga ada penuntut terpaksa meminjam wang daripada rakan-rakan dan ahli keluarga. Sehubungan itu, penuntut perlu tahu cara-cara merancang kewangan agar tidak ada hutang atau membazirkan wang bagi tujuan yang tidak penting ketika belajar.

Begitulah sehingga tamat belajar. Ketika awal pekerjaan wang pasti tidak mencukupi untuk membayar sewa rumah, makan minum, kereta dan keperluan lain. Mulakan langkah pertama dengan merancang perbelanjaan dan bajet anda, pasti wang mencukupi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Mohamed Akwal Sultan, rata-rata graduan yang baru memulakan pekerjaan biasanya menghadapi tidak cukup wang kerana banyak komitmen diperlukan.

Namun selepas bertahun-tahun bekerja, wang gaji meningkat dan pasti berlaku perubahan gaya hidup iaitu mengikut kemampuan seperti beli kereta mahal, sewa rumah dikondominium, memakai pakaian berjenama dan keperluan hiburan.

Bagaimanapun setiap anda perlu ada bajet dan yang penting mempunyai simpanan untuk kecemasan, sama ada menggunakan akaun  Amanah Saham Bumiputra atau mana-mana bank yang boleh memberikan pulangan.

Setiap individu perlu memastikan  sekurang-kurangnya mempunyai tiga atau enam bulan gaji persediaan untuk perbelanjaan keluarga ketika kecemasan.

Sehubungan itu, pendidikan kewangan peribadi adalah sangat penting bagi memberikan pendedahan awal kepada graduan yang baru memulakan kerja bagi memudahkan pengurusan wang dan bajet.

Bagaimana merancang kewangan hari esok?

Cara terbaik untuk merancang masa depan adalah dengan memahami keadaan anda dahulu dan sekarang. Dengan mengetahui tanggapan  dan perasaan anda  tentang duit akan membantu anda dalam mengajukan persoalan-persoalan penting. Jawapan anda boleh membantu anda membuat keputusan yang baik. Antaranya:

  • Berapakah jumlah duit yang cukup untuk keperluan dan kehendak saya?
  • Bagaimana saya nak mendapatkan duit yang saya perlukan?
  • Bagaimana pula duit untuk kecemasan?
  • Bagaimana pula duit untuk keperluan keluarga saya?
  • Bagaimana saya boleh berhenti dari bimbang tentang duit?

Bagaimanakah perasaan masyarakat tentang wang?

Umumnya masyarakat Malaysia menghargai wang. Kita selalu melihat kehidupan orang kaya dan ternama melalui filem, rancangan tv dan majalah. Tambahan pula pengiklan menyuruh kita membeli dan terus membeli.Ramai orang beranggapan duit menjadikan mereka penting sehinggakan kadangkala lupa untuk merancang sebelum berbelanja.

Budaya membentuk pemikiran dan tingkah laku. Mari dengan jujur tanya diri masing-masing, tidakkah terfikir  tentang orang-orang ternama dan ingin menjadi seperti mereka?

Mengapa setiap individu perlukan wang?

Setiap individu perlukan wang untuk hidup. Mereka mahukan duit untuk menjaga diri mereka dan keluarga mereka. Tetapi juga yang mahukan duit kerana budaya kita memberitahu bahawa wang menjadikan anda penting dan wang adalah keyakinan diri.

Budaya memberitahu juga bahawa memiliki banyak benda akan mengembirakan setiap individu. Apa yang dilihat dan didengar, mencadangkan bahawa kita boleh membeli perasaan. Namun perlu berhati-hati jika kita fikirkannya, jiwa boleh jadi kosong dan boleh menyebabkan muflis.

Apa wang boleh buat dan tidak boleh buat?

Walaupun budaya kita mengatakan bahawa wang adalah segala jawapan kepada masalah tetapi wang jugalah punca segala kejahatan. Wang menghancurkan! Wang bukanlah segalanya!

Pengurusan wang hari ni

Dengan wang anda boleh menguruskan makan minum, tempat berteduh dan pakaian anda untuk hidup. Anda juga menggunakan wang untuk perkhidmatan seperti penjagaan kesihatan, penjagaan  anak, pengangkutan, insuran dan pendidikan. Kehendak –sebuah kereta baru, makan diluar, pakaian berjenama, percutian atau hanya cuba bersaing denga jiran kita.

Kuncinya adalah bukan berapa banyak wang yang anda miliki tetapi bagaimana anda menggunakannya. Perbelanjaan anda perlu mengikut nila-nilai murni adalah penting untuk perancangan dan latihan pengurusan wang.

Wang untuk masa depan

Pilihan anda hari ini boleh mengubah masa depan.Sebelum anda menghabiskan wang membeli belah tanpa tujuan pilihan anda boleh membantu merancang untuk minggu depan, bulan depan atau tahun depan tetapi seumur hidup :

  • Memilih untuk berbelanja atau tidak  berbelanja.
  • Menyimpan duit untuk simpanan kecemasan
  • Belajar kemahiran baru untuk mendapatkan atau mengekalkan pekerjaan
  • Melangsaikan hutang
  • Menjadi pembayar hutang yang baik supaya anda boleh mendapat pinjaman yang lebih besar seperti  pinjaman kereta atau rumah
  • Mengajar anak-anak dan ahli keluarga tentang penggunaan duit yang betul.
  • Mengamalkan pengurusan kewangan berhemah sebagai budaya hidup.

Share

Add comment January 5th, 2011

Panduan memulakan perniagaan

Apabila timbulnya keinginan untuk memulakan perniagaan pasti persoalan-persoalan seperti jenis perniagaan mana yang ingin dijalankan, berapa jumlah modal yang diperlukan, mampukah perniagaan yang dijalankan bersaing dipasaran terbuka dan mungkin banyak lagi persoalan yang timbul di dalam fikiran. Jom kita lihat panduan asas bagaimana memulakan perniagaan.

  • Ilmu Pengetahuan - Ilmu pengetahuan adalah satu kemestian. Tanpa ilmu apa pun perniagaan yang cuba dilakukan pasti tidak akan menjadi. Oleh itu sebelum memulakan perniagaan kita perlu dapatkan sebanyak yang mungkin ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan yang ingin kita ceburi.

  • Perancangan Awal – Sediakan payung sebelum hujan! pepatah ini sangat signifikan lebih lagi kepada mereka yang baru melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Dalam perniagaan, perancangan adalah perkara pokok kerana pada peringkat inilah kita akan mengetahui berapa jumlah modal yang akan digunakan, jumlah keuntungan dan jumlah kerugian yang bakal ditanggung, strategi pemasaran dan sebagainya.
  • Modal – Setelah rancangan perniagaan disiapkan, pasti kita tertanya-tanya bagaimana dan dimana perlu anda mulakan perniagaan yang telah dirancang. Sekiranya modal telah tersedia bila-bila masa pun kita boleh memulakan perniagaan tersebut. Jadi antara sumber kewangan yang boleh kita jadikan modal adalah dengan menggunakan wang simpanan peribadi  atau membuat pinjaman melalui bank, keluarga, rakan-rakan atau cuba dapatkan prospek pelabur yang berminat dalam perniagaan kita tersebut.

  • Lokasi – Buntu mencari lokasi perniagaan? Sekiranya kita ingin menjimatkan kos mungkin kita boleh menyewa tapak http://www.bisnesanda.com atau dalam bahasa mudahnya adalah laman web. Kelebihan menggunakan metode ini adalah produk atau perkhidmatan anda akan menjadi tatapan berjuta-juta pelanggan. Pun demikian sekiranya kita memerlukan premis perniagaan antara kriteria yang perlu dipertimbangkan ialah aksesibiliti awam ke premis kita, kemudahan infrastruktur, tempat letak kenderaan, keselamatan pelanggan dan tarikan lain-lain.
  • Lesen Perniagaan – Setiap perniagaan mesti mempunyai lesen sah berniaga yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Untuk mendapatkan lesen perniagaan ini adalah kita perlu mengemukakan borang permohonan dengan mengemukakan dokumen seperti  sijil pendaftaran syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) alamat premis perniagaan, cop perniagaan dan mungkin sejumlah wang caj perkhidmatan. Tetapi tetapi ingat tidak semua permohonan akan diluluskan oleh PBT. Jadi sebelum kita membuat permohonan pastikan perniagaan tidak melanggar akta dagangan PBT.
  • Akaun Bank Syarikat – Paling utama pastikan syarikat kita memiliki akaun bank yang didaftarkan atas nama syarikat. Ini penting bagi mengelakkan wang peribadi bercampur dengan wang syarikat. Sebagai panduan, pilih bank yang berdekatan dengan perniagaan anda kerana ia akan memudahkan urusan perniagaan.
  • Promosi - Akhir sekali ialah membuat promosi seperti mengiklankan produk samada melalui televisyen, akhbar, laman sosial, blog, majalah atau lebih mudah buat potongan harga atau menawarkan kad diskaun untuk para pelanggan yang menjadi ahli. Ingat jangan kedekut di dalam promosi kerana jatuh bangun syarikat bergantung kepada perkara ini.

Harap artikal ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang ingin bangunkan perniagaan sendiri. Sama-sama usaha demi kejayaan.

Sumber- MJ

Share

Add comment December 28th, 2010

Bagaimana buat duit tanpa produk sendiri

ini adalah contoh produk digital (ebook) yang hanya boleh di baca menerusi laptop dan juga komputer dengan menggunakan format pdf

Bagaimana kita orang biasa dan tiada pengalaman dalam menjual boleh juga menjana pendapatan walaupun tanpa memerlukan produk sendiri(produk digital)?Ya itu yang saya cuba kongsikan di sini.Tanpa produk sendiri kita juga berpeluang menjana wang di internet.Tak percaya?Haa teruskan membaca…

Ok kita lihat bagaimana kita boleh menjual tanpa ada produk sendiri.Bagi mereka yang tidak berkesempatan dari segi masa untuk menghasilkan produk sendiri boleh belajar ilmu yang akan saya sampaikan di sini.Walaupun ramai sebenarnya yang sudah tau tapi saya percaya masih ada lagi yang kurang faham tentang konsep berniaga tanpa perlukan produk sendiri.Lihat antara peluang-peluang yang boleh kita gunakan:

  1. Join program affiliate
  2. Menjual produk RR,MRR dan PLR

Join program affiliate

Affiliate adalah suatu program di mana kita menjadi agen untuk mempromosi produk orang lain dan perolehi komisyen apabila jualan terhasil.Untuk menyertainya adalah percuma.

Kita boleh buat duit dengan sertai program affiliate yang di tawarkan oleh pemilik produk.Sebagai contohnya kita boleh mencari produk digital seperti ebook panduan kuruskan badan ke contohnya la.Dan kebiasaannya di bahagian bawah website ada link yang bertulis affiliate dimana kita boleh register untuk menjadi agen produk tersebut.Apabila dah register sebagai agen kita akan diberikan bahan-bahan promosi,link affiliate dan banner untuk memulakan promosi di blog,forum dan sebagainya.Dan jualan yang terhasil dari aktiviti promosi tersebut kita akan dibayar dengan jumlah komisyen yang tertentu.Kebiasaannya komisyen dalam lingkungan 50% dari harga produk ebook tersebut.

Ok begitulah caranya jika ingin merasa pendapatan di internet dengan menjual tanpa adanya produk sendiri.Tolong menjual produk orang lain dan terima komisyen.Dan penyertaannya adalah percuma.Simple kan bisnes ni.hehe

Menjual produk RR,MRR dan PLR

RR-Resale Right           MRR-Master resale Right        PLR-Private label right

Ok sekarang bagaimana pula kita boleh buat duit dengan produk RR,MRR dan PLR.Konsepnya adalah sama seperti join affiliate cuma yang berbeza adalah kita perlukan sedikit modal dari pembelian produk ini dan jualnya semula dengan perolehi keuntungan 100%.Jika tadi komisyen hanya 50% sahaja manakala dengan menjual produk ini kita dapat menjana keuntungan 100% lagi bestkan?hehe..

RR-Anda boleh menjual produknya semula pada org lain tanpa mengubah kandungan ebook tersebut

MRR-Anda boleh menjual produknya semula dan orang yang membeli pun akan dapat sama lesen untuk menjual semula tanpa mengubah kandungan ebook tersebut.

PLR-Anda boleh menjual produknya semula dan anda boleh edit serta ubah nama asal kepada nama anda dan jadikan ebook tersebut seperti milik anda sendiri.

p/s: Anda perlu ada domain dan hosting sendiri untuk menjual produk ini.Macam mana nak letak barang kalau tapak kedainya tiada.begitulah contohnya.

Bagaimana caranya? Mudah sahaja kita perlu dapatkan terlebih dahulu produk ini dari mereka yang memiliki lesen ini (RR,MRR,PLR).Setelah kita membeli ebook yang disertakan bersama dengan lesen ini (RR,MRR,PLR) maka proses seterusnya adalah mengedit bahagian akaun iaitu tukarkan maklumat pembayaran asal kepada maklumat kita sendiri.Contohnya di bahagian pembayaran,tukarkan nama kita dan nombor akaun kita sendiri.Setelah semuanya selesai di edit maka kita perlu piindahkannya ke bahagian servernya pula (hosting).Kalau tak pindah macam mana orang nak tengok produk yang kita jual ni di internet kan.Jadi kita perlukan hosting untuk memindahkannnya ke situ.Kalau sudah ada blog ker,kita boleh jer tumpangkan produk tersebut dalam blog kita tu dengan buat subdomain.Tak paham ok ini contohnya saya tumpangkan produk yang saya jual dalam blog saya :

http://khairulizuan.com -ini adalah blog saya

http://khairulizuan.com/10EbookPercuma -lihat setelah di tumpangkan akan jadi seperti ini.

(cuba klik untuk ketahui hasilnya)

Sekarang paham?Jadi untuk menjual produk yang ada lesen menjual semula ini kita perlu sedikit ilmu teknikal.Korang perlu tahu bagaimana nak edit dan tukar maklumat asal kepada maklumat kita sendiri dan proses pemindahan file ke hosting bertujuan produk dapat di lihat dalam internet.

p/s: Kalau korang nak buat bisnes jenis ni dan raih keuntungan 100% tetapi tak tahu tentang ilmu teknikalnya seperti cara nak pindahkan @ upload file keserver atau nak edit file maklumat  jangan risau boleh jer upah saya.hehe..Asalkan korang dah ada hosting atau tempat utk pidahkan file (file produk) ke server.

Kesimpulannya, perbezaan di antara affiliate dan produk RR,MRR,PLR ialah affiliate kita tolong menjual produk orang lain dan dapat komisyen (50%).Manakala Produk berlesen ini kita beli dan jual semula dan raih keuntungan 100%.Paham kan.

Begitulah cara-cara nak buat duit di internet tanpa perlu ada produk sendiri.Bagi yang kesuntukan masa boleh-bolehla mencuba cara ni.Asalkan ada minat nak buat duit.Eh-eh ada jugak ke yang tidak minat?hehe…Dari segi teknikalnya pula jangan risau saya sedia membantu.

Harap apa yang saya kongsikan di sini bermanfaat dan berguna untuk semua.Jom pakat-pakat buat duit di internet sambil-sambil aje!Sekian…

khairul (khai wan)

klik untuk berkawan dengan saya di facebook

Coaching Percuma Bersama Saya tentang asas perniagaan internet menerusi YM?

Add Saya Di YM (str_nkk@yahoo.com) Sesi Pengajaran Tidak Formal PERCUMA!!

Share

2 comments March 15th, 2010

Aku, laptop dan brodband tak boleh dipisahkan

Aku, laptop dan broadband tak boleh dipisahkan

Sekarang aku, laptop dan juga broadbandku  mungkin tidak boleh dipisahkan.Kalau boleh ke mana saja aku pergi ingin di bawakan bersama.kenapa macam tu sekali? Sudah tentu ada sebabnya.Akhir-akhir ini aku rasa laptop begitu serasi dengan cara hidup baru aku ni.

Dengan laptop dan broadband aku juga boleh menyiapkan segala tugas yang diberikan pensyarah,juga boleh menghilangkan rasa boring.Mungkin bagi korang pun begitu juga kan.Dunia sekarang laptop adalah penting dan boleh dikatakan ramai di kalangan kita yang memiliki laptop atau dikenali komputer riba sendiri tidak kira lah korang adalah seorang pelajar di universiti mahupun pekerja di jabatan kerajaan atau swasta.Dengan adanya laptop juga broadband segala urusan mudah dilaksanakan.(cari bahan buat assignmnt pon senang hehe)

Mungkin ada diantara korang menggunakan laptop hanya sekadar untuk menyiapkan kerja masing-masing dan jika ada kemudahan internet mungkin digunakan untuk bersosial di laman web sosial seperti facebook, friendster dan main game juga sebagainya.Tapi aku memerlukan laptop untuk menimba ilmu tentang perniagaan,melakukan latihan selain bersosial di facebook dan lain-lainya.(al-maklumlah aku sekarang budak bisnes :) )

aku akan jadi macam orang bodoh dan tak tentu arah kalau laptop aku rosak atau broadband aku buat hal.Tak senag duduk dibuatnya.

Begitulah pentingnya laptop dan juga kemudahan internet pada aku.kalau terputus kemudahan internet hidup aku umpama tidak ada arah tuju.Apa aku nak buat kalau tak de internet?Mungkin altenatif lain aku cuba membaca pula tapi bukan membaca tentang pelajaran di kampus (hehe) tapi membaca buku-buku tentang perihal berniaga.Nak buat camana bidang ni yang aku minat kan.Jarang sekali aku membaca tentang pelajaran di kuliah kalau tidak ada arahan dari pensyarah dan selagi belum tiba peperiksaan.hehe

Bangun tido buka laptop (internet), lepas makan buka internet, lepas solat, waktu petang,lepas makan malam sampai la subuh aku asyik melayan internet.Begitulah rutin kehidupan aku sekarang.kalau tak buat sesuatu seperti beriadah ker atau jalan-jalan ker itulah keje aku akan buat.Tapi aku bukan seperti budak lain yang hanya membuang masa layan benda yang tidak beri faedah macam berYM atau berFB.Bukan tidak boleh buat semua tu cuma jangan melampaui sangat  sampai benda lain tak dibuatnya.Masa terbuang macam tu jer.Masa itu emas kan.hehe.So aku pun berFB juga berYm juga tapi ada tujuannya bukan sekadar suka-suka.Yang penting pandai bahagikan masa.Ye tak?

Macam-macam benda yang lebih bermanfaat boleh dilakukan.Jadi aku gunakan kemudahan internet yang ada ni bukan sekadar suka-suka tapi ada tujuan tertentu sperti belajar (tentang bisnes) selain bersosial.Jadi secara tak langsung apa yang kita buat jadi seimbang,ilmu kita dapat kawan pun dapat juga kan.

JAdi kat sini aku cuba kongsikan cara hidup aku sekarang dan terlalu berbeza dari yang dahulunya.Mana taknya asyik duduk depan laptop je kan.Tapi yang bestnya risiko untuk berkulit hitam hampir tiada.hehe.Cerita-cerita jugak kan tapi rasanya ada juga diselitkan nasihat dan artikal begini pun rasanya ada manfaat juga kan untuk yang membaca.

Di kala artikal ini ditulis jam telah pun menunjukkan 4.24 pagi dan aku rasa cukupla tu sembang-sembang di awal pagi ni.Fuhh mengantuk!! subuh pun lambat lagi.Buat dulu apa yang patut.Assalamualaikum kawan-kawan..

p/s:Kalau kawan-kawan yang belum lagi jadi kawan di facebook saya jom la KLIK SINI UNTUK BERSAHABAT DI FB

Related Posts with Thumbnails

Share

3 comments March 6th, 2010


Sila masukkan email anda jika anda mahukan segala update di blog ini dipost terus ke email anda:

 

W3Counter

Sponsor

Pages

Categories

Archives

Recent Comments

Recent Posts

Blogroll

FacebookPages

Alexa Ranking