Artikal kali ini adalah mengenai blog dan cara berblogging.Korang sudah ada blog?Saya lihat ramai di kalangan mereka yang aktif di internet sudah memiliki blog sendiri tidak kira la samada blog tersebut adalah yang percuma mahupun yang berbayar.Tapi jika kita serius dalam dunia blogging dengan tujuan ingin menjana pendapatan melaluinya saya nasihatkan dapatkan satu nama domain berbayar dan hasilkan satu blog dot com milik kita sendiri.Banyak kelebihannya jika kita memiliki domain berbayar ni..
Namun,bukan itu yang nak saya cuba kongsikan di sini sebaliknya sedikit tentang tips-tips blogging.Saya kongsikan apa yang saya belajar dan tau kepada mereka yang mahu saje. .Mungkin ramai yang tidak tau pentingnya strategi di dalam melakukan sesuatu seperti berblogging.Ilmu ini sebenarnya hanya untuk mereka yang buat duit di internet dengan menggunakan platform blog.Maksudnya sambil-sambil blogging kita dapat duit.Haa ini lah sedikit tipsnya.Tapi bagi mereka yang tidak buat duit pun boleh aplikasikannya ke dalam blog.Tiada masalah.
Ok tipsnya ialah kalau kita mahukan pelawat yang ramai ke blog kita dan menukarkan pelawat kepada pembeli produk kita ialah cuba kurangkan penggunaan widget-widget yang boleh memberatkan seperti penggunaan video ataupun widget di sidebar blog yang terlalu banyak. Ini secara tak langsung boleh melambatkan proses untuk webpage di buka.Cuba bayangkan apa akan jadi pada mereka yang datang melawat blog kita dengan keadaan loading yang terlalu lambat?Sudah semestinya mereka bosan menunggu dan akhirnya mereka berlalu pergi saje.Rugi kan..Walaupun perkara ini tampak remeh tapi impaknya sangat besar jika kita tidak mengendahkannya.
Selain itu juga,kalau mahu meletakkan banner-banner dari program affiliate yang sedang kita jalankan di blog kita itu, saya nasihatkan jangan letakkan banner yang terlalu banyak sehingga diruangan blog tersebut hanya dipenuhi dengan banner saje.Jadi kurangkan atau letakkan banner yang di rasakan penting. Memadai hanya 3 hingga 4 banner produk sahaja.Ini adalah kerana tujuan pelawat yang datang ke blog kita adalah untuk mengetahui informasi di blog.Jadi beri keselesaan (tidak sakit mata memandang) kepada pengunjung yang datang.(tips:Lagi sikit banner yang di letakkan lagi tinggi untuk org mengklik banner tersebut)
Seterusnya ialah artikal yang di hasilkan janganlah terlalu panjang sehingga menyusahkan para pembaca untuk scroll down.Kalau boleh perenggan pertama atau kedua setiap artikal kita guna aplikasi ‘read more’.paham kan?.Dan kita set up kan jumlah artikal yang hendak di publishkan.Janganla sampai 20 artikal di publishkan sehingga menyusahkan pembaca untuk scroll down.So,set up hanya 5 atau 6 artikal saje mengikut kesesuaian dan gunakan aplikasi insert more tag (read more).
Jadi saya rasa cukupla kot perkongsian ilmu berblogging.Ada banyak lagi tapi masa sebenarnya tidak mengizinkan memandangkan semasa artikal ini di tulis jam sudah menunjukkan 6 pagi,subuh sudah masuk waktunya,mata pula sudah kuyu.time to rest.hehe.Jadi saya rasa walaupun sedikit moga ianya bermanfaat untuk mereka yang baru dalam dunia blogging.Kalau ada masalah tentang perihal blogging jangan segan dan malu tanya saya.malu bertanya sesat jalan.hehe…sekian
p/s: Kalau mahu mengikut perkembangan blog ni boleh subscribe je.Bila artikal di blog ni di update,artikal akan terus dihantar ke email.
p/s: Dapatkan 10 ebook percuma tentang asas perniagaan internet.belajar dan dapatkan ilmunya kalau serius dalam perniagaan internet KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD EBOOK
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Kepada pelawat yang berkunjung ke blog ini saya mengucapkan terima kasih dan ingin saya kongsikan sedikit info berkenaan buat duit dengan blog.Betul ker dengan blog kita boleh buat duit?Ya bagi mereka yang bergelar sebagai seorang blogger mungkin sudah mengetahuinya.Bagaimana pula bagi mereka yang masih baru dalam dunia blogger ini?mungkin ramai diantara mereka yang masih belum mengetahuinya.Buktinya setelah sedikit survey dijalankan,saya mendapati masih ramai pemilik blog yang membiarkan blog mereka kosong tanpa memasukkan apa-apa jua bisnes.
Jadi post kali ini akan membincangkan apa betul blog yang kita miliki untuk berkongsikan apa-apa maklumat kepada umum boleh jana pendapatan tambahan selain kita tulis artikal tentang peribadi mahupun berita atau apa saja.Jawapannya adalah ya dengan blog,anda boleh jana pendapatan sampingan.Anda boleh jalankan apa jua bisnes yang boleh dimasukkan ke dalam blog anda sendiri.
Apa pula jenis bisnes atau side income yang boleh anda perolehi di internet?Banyak jenis program yang boleh mendatangkan pendapatan secara percuma sahaja untuk anda sertai.Sebagai contoh anda boleh memasukkan iklan dari google adsense.Anda perlu register terlebih dahulu untuk mendapatkan akaun daripada adsense dan setelah akaun anda aktif,blog anda akan dimasukkan dengan iklan-iklan dari google yang akan disewa di dalam blog kita sebagai contoh boleh lihat dibawah ;
Google akan meletakkan iklan-iklannya di blog kita.Makna kata kita memberi sewa tapak kepada google untuk meletakkan iklan di blog kita.Untuk sertai program ini untuk makluman adalah percuma.Dan bagaimana kita boleh menjana pendapatan dengan adsense ini?Kita akan dibayar oleh pihak google apabila ada orang yang mengklik iklan diruangan blog kita.Itu saje.Mudah bukan?hehe.Kita dibayar mengikut PPC iaitu pay per click.Sesiapa saja yang mengklik iklan google berkenaan,kita akan dibayar.Kebiasaannya google akan membayar kita sekitar 0.05 sen untuk satu klik.Bayangkan kalau beribu yang klik berapa yang akan anda perolehi.Sudah tentu la banyak kan.
Untuk perolehi wang lumayan dengan adsense blog anda sudah tentulah memerlukan trafik yang ramai.Jadi adsense ini adalah program yang mudah dijalankan sambil-sambil anda berblogger.Rugi lah sekiranya kalau blog kita di biarkan kosong saja.Alang-alang berblogger tu ada baiknya kita buat sesuatu yang boleh mendatangkan hasil.betul tak?.
Selain itu juga anda boleh sertai program pengiklanan seperti google jgk tapi ia dinamakan sebagai program pengiklanan Nuffnang.Nuffnang juga menawarkan ruang niaga juga kepada kita yang sudi menyewakan kepada mereka tapak kita untuk beriklan.Program ini sama seperti mana gooogle cuma yang membezakannya dari segi bayaran.Google adsense dibayar dalam bentuk usd manakal nuffnang membayar kita dalam bentuk RM.Jagi kelebihan pada google la kerana matawang usd bila diconvertkan kpd Rm nilainya akan bertambah banyak.Ok contoh nuffnang yang menyewa tapak blog kita :
Contoh iklan nuffnang.Sape saje yang klik iklan tersebut kita akan dibayar dengan jumlah tertentu.Saya juga menggunakan iklan nuffnang ini.boleh lihat di bahagian sidebar saya ada disitu.Ramai yang menggunakan nuffnang ini untuk jana pendapatan sambilan saja sambil berblog tu.Kita tidak boleh melakukan sebarang penipuan sebagai contoh kita klik iklan kita sendiri.Pihak nuffnang akan dapat mengesan mereka yang melakukan penipuan dengan mengesan no ip pc atau laptop anda.Jadi sebarang penipuan kita tidak akan dibayar.Jadi caranya yang betul ialah naikkan trafik anda dan kemungkinan untuk orang mengklik adalah tinggi apabila ramai pelawat yang berkunjung ke blog anda.
Selain itu juga untuk menambahkan pendapatan tambahan dengan blog anda ialah dengan sertai program bisnes percuma seperti affiliate dan sebagainya.Anda boleh sertai affiliate tertentu dan buat duit secara bersahaja.hehe.Ada rezeki masuklah RM30 ker,50 ker bergantung pada komisyen yg telah ditetapkan pada produk tersebut.Contoh anda ingin promosi produk kesihatan,register produk tersebut.Katakan harga produk dalam lingkungan RM40 anda akan dibayar RM20 apabila jualan terhasil.
Kebiasaannya owner produk akan memberikan komisyen 50% daripada harga produk kepada kita yang tolong menjual produk mereka.Kalau anda malas untuk promosi dimana-mana tempat tiru macam saya buat.hehe.Letak iklan atau banner produk tersebut di dalam blog anda.Mudah bukan,sekiranya pelawat yang datang ke blog anda merasakan produk tersebut bagus dan mereka membeli dan anda akan dibayar komsiyen.Jadi sambil-sambil berblogger anda dapat duit.Best tak?haha jadi jangan buang masa anda dengan buat sesuatu yang tidak ada hasil.Contoh iklan produk affiliate yang boleh disertai secara percuma :
Ok la saya rasa cukupla setakat itu perkongsian ilmu yang tersangat basic.rugi jika anda tidak cuba buat duit percuma di internet.Sebenarnya banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan wang sampingan percuma dengan blog.Anda boleh la search di google untuk mendapatkan info yang lebih detail.Saya hanya mampu berkongsikan secebis ilmu yang saya tau dan sampaikan kepada mereka yang belum mengetahuinya.Jadi rebutlah peluang ini.Ekploitasikan kemudahan interet yang diberikan pada kita.Saya juga melakukan banyak program bisnes yang mendatangkan pendapatan pada saya sendiri.Ada juga saya sertai secara percuma dan ada juga yang berbayar.Ikut kemampuan masing-masing ye.Bagi saya program bisnes yang berbayar ni komsiyen atau keuntungan yang bakal kita dapat adalah berganda-ganda dari program percuma tapi ianya bergantung kepada kemahuan masing-masing.Terpulang pada anda jenis bisnes mana yang anda berminat untuk anda jalankan.OK..Sekian saja dari saya…
Mereka menggelakkan saya apabila saya membina blog dan mengatakan mendapat duit darinya.Anda sering mendengar ramai orang yang berjaya memiliki blog mereka sendiri. Tidak kira mereka seorang ahli politik, ahli perniagaan kecil atau besar, artis, dan ramai lagi. Mereka yang sebelum ini tiada memiliki blog kini selangkah lagi menuju ke arah kejayaan.
Tahukah anda, dengan memiliki blog kisah hidup anda boleh berubah? Blog juga mampu mempengaruhi dunia? Anda boleh lihat blog-blog yang dimiliki oleh Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet), Tun Mahathir (bekas PM), Raja Petra (Blogger Terkenal), dan juga yang dimiliki oleh ramai insan yang terkenal lagi. Dari situ kita dapat lihat betapa besarnya pengaruh blog dalam………..Teruskan membaca DI SINI