Bagaimana mahu mendapatkan idea untuk menulis di blog ? Soalan ini ramai yang di tanya oleh mereka yang baru dalam dunia blogging ini. Sama seperti saya juga ketika masa dulu. Ingat senang nak dapatkan idea menulis terlebih-lebih lagi jika kita orang baru dalam dunia blogging ini. Sebenarnya tidaklah sesukar mana seperti yang disangka jika ketahui teknik dan cara-caranya. Di kala saya menulis artikal ini idea untuk menulis artikal dalam kepala ni terlalu banyak cuma tidak berkesempatan dari segi masa untuk melakukannya. Macam tu pula ya. Dulu tiada idea sekarang mencurah-curah. Kenapa? Semua orang akan mengalaminya jika kita sudah lama sikit dalam dunia ini. Idea akan datang mencurah-curah jika kita dah lama menceburi bidang ini..Jadi sabar perlahan-lahan ikut step ya..
Sebelum kita menulis sebarang bentuk artikal di blog, kita haruslah lihat kepada level kita terlebih dahulu dan blog kita tersebut berkaitan dengan bidang apa. Jika blog kita dibina untuk berkongsikan maklumat tentang perniagaan, artikal yang ditulis hendaklah juga berkaitan dengan perniagaan. Jika kita peringkat newbie, artikal yang di tulis hendaklah yang berkaitan dengan perkara-perkara asas dan berkaitan dengan newbie. Tidak sesuai dan janggal jika kita menulis artikal pada tahap pakar sedangkan kita orang baru.Fahamkan..
Saya cuba kongsikan di sini bagaimana kita boleh mendapatkan idea :
Facebook – kita boleh bertanyakan soalan-soalan yang lazim menjadi permasalahan orang ramai melalui status yang kita tulis. Di situ kita boleh lihat tajuk sesuai yang boleh diambil sebagai modal untuk menulis di blog kita. Kalau kita mahukan idea tentang perniagaan, kita tanya saja sahabat fb yang menjalankan perniagaan. Dan jika kita mahukan maklumat tentang kesihatan begitu jugalah.lihat contoh di bawah
Forum – Kita juga boleh mendapatkan idea menulis blog dengan berkunjung ke forum-forum yang berkaitan dengan niche blog kita. Sertai perbincangan di sana dengan berbalas post. Dan juga mencari apa yang menjadi permasalahan utama dalam sesuatu yang dilakukan. Katakan ada beberapa orang forumer yang bermasalah tentang tak tahu untuk promosikan affiliate. Jadi di situ anda boleh jadikan modal untuk menulis di blog. Pastikan idea tersebut kita lebih pakar dari mereka. Jangan menulis sesuatu yang kita sendiri kurang arif.
Blog – Dengan berkunjung ke blog orang lain juga kita akan dapat idea menulis blog. Cuba kita cari maklumat yang bagus yang boleh dikongsikan di blog kita. Kita boleh pilih tajuk-tajuk yang sesuai dan berkaitan dengan blog kita. Pastikan juga kita tahu dan arif tentang sesuatu artikal yang mahu di tulis. Kemudian ulas dengan ayat kita sendiri.
Pengetahuan – Kita juga boleh menulis di blog berdasarkan pengetahuan yang kita ada. Apa ilmu yang kita ada tentang bidang berkaitan maka kita tulis. Jika kita pernah menjual sesuatu produk maka jadikan pengalaman tersebut sebagai idea untuk dikongsikan bersama di blog kita.
Ini adalah cara bagaimana mendapatkan idea menulis di blog. Sebenarnya ianya tidaklah sesukar mana untuk mendapatkan idea. Tulis saja berdasarkan pengetahuan yang kita ada. Jika kita tiada pengalaman dan masih baru boleh la rujuk di mana-mana tempat seperti yang di sarankan di atas. Sedikit tips, kalau boleh elakkan dari terlalu banyak menulis di blog . Ianya bertujuan bagi mengelakkan kita kekeringan idea untuk ditulis kelak. Ye la mana tak kering idea kalau kesemuanya kita sudah tulis di blog kita dan sudah tiada apa lagi yang ingin di kongsikan. Inilah caranya untuk menjaga jangka masa panjang bila kita berblog. Sekian..
p/s: Jika anda ingin belajar mengenai blog boleh rujuk di sini http://bit.ly/9hEoQe
p/s: Dapatkan artikal terkini blog ini terus ke email anda dengan menjadi seubscriber blog ini.
Salam semua berjumpa lagi pada artikal buat kali ini iaitu mengenai belajar menulis blog. Saya percaya masih ramai diluar sana yang baru melibatkan diri dalam dunia blogging dan tidak tau bagaimanakah caranya kita boleh belajar menulis blog. Sudah semestinya mereka yang baru masih kekurangan idea dan cara yang efektif menghasilkan artikal yang bermutu. Namun saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang ini hanya sekadar perkongsian pengetahuan untuk mereka yang memerlukan dan sudah pasti masih ada kekurangan. Ok tanpa saya berceloteh lebih banyak di sini kita pergi topik perbincangan kita.
Belajar menulis blog…Bagaimanakah caranya? Ok saya kongsikan beberapa panduan yang boleh digunapakai di sini sebelum itu pastikan terlebih dahulu blog kita berkenaan dengan niche apa? Contoh jika niche kita berkenaan dengan kesihatan, maka sesuatu yang hendak ditulis hendaklah juga berkaitan dengan kesihatan. Begitu juga jika niche blog kita adalah berkenaan perniagaan internet, kewangan, motivasi dan sebagainya. Blog kita akan kelihatan profesional dengan niche kita tersendiri.
Yang seterusnya ialah perlu ada pengetahuan mengenai perkara yang ingin ditulis. Sudah semestinya kita memerlukan ilmu pengetahuan sebelum kita menulis sesuatu perkara, betul kan. Bila ada pengetahuan secara tak langsung kita tau apa yang ditulis dan artikal tersebut dapat difahami dengan baik oleh para pembaca. Apa yang paling penting ialah apa yang kita ingin cuba sampaikan itu tersampai kepada pembaca.
Kita juga boleh rujuk tentang artikal yang ingin ditulis tersebut di blog-blog mereka yang benar -benar pakar berkenaan bidang perkaitan kita agar maklumat yang ingin ditulis dan dihidangkan pada pembaca tidak tersalah fakta mahupun maklumat yang tidak betul. Oleh itu jika kita kurang jelas sebaiknya rujuk terlebih dahulu maklumat tersebut di mana-mana tempat, blog, forum dan sebagainya untuk mensahihkannya. Jadi dengan cara ini kita mampu menulis blog dengan lebih berkesan dan terkesan oleh pembaca.
Lagi mengenai cara menulis artikal blog ialah cara penyampaian kita. Maksudnya bagaimana cara penyampaian penulisan artikal yang dihasilkan tersebut adakah ianya mampu memberi manfaat kepada para pembaca. Alah senang cerita diorang mudah boring atau selesa ketika membaca artikal di blog kita itu ataupun tidak. Fahamkan. Jadi di sini kita perlu buat satu strategi dimana para pembaca atau pengunjung yang datang ke blog kita agar dapat sesuatu yang bermanfaat. Bagaimana caranya supaya mereka yang datang ke blog kita tidak boring dan cepat-cepat meninggalkan blog kita? Cara yang saya gunakan ialah :
Artikal yang ditulis itu janganlah terlalu panjang sangat sampai berjela-jela. Secara psikologinya manusia ni tidak suka membaca tentang perkara yang banyak. Cukup hanya perkara penting yang ingin di sampaikan. Boleh menulis panjang lebar asalkan kita pandai mengubah cara penyampaian dengan gaya yang berbeza-beza, menarik dan tidak bosan.
Setiap ayat yang di tulis kalau boleh bina banyak perenggan dan satu perenggan memiliki dalam 4 atau 5 baris ayat sahaja. Jangan panjang-panjang sampai 10 baris ayat tanpa berperenggan. Kenapa? kita mahukan pembaca selesa dengan gaya penyampaian penulisan kita dan seterusnya mendapat manfaat darinya.
Selitkan juga dengan gambar-gambar (satu atau dua) berkaitan dengan artikal kita tersebut. Kenapa gambar? Ya, secara psikologinya manusia lebih suka melihat gambar dari melihat benda lain. Jadi dengan cara kita meletakkan gambar akan membuatkan pembaca lebih bersemangat ingin teruskan membaca (rehatkan minda). Bayangkan jika bentuk penulisan kita tidak ada gaya yang menarik atau berbeza-beza sudah tentu pembaca akan merasa bosan. Jadi matlamat kita menjadi seorang penulis berjaya tidak tercapai
Selain itu juga cara belajar menulis blog berkesan ialah pastikan artikal yang ditulis adalah benar-benar berinformasi dan tip top. Ini kerana jika artikal yang dihasilkan itu benar-benar mampu menyelesaikan masalah orang ramai ataupun berguna sudah tentu mereka akan berpusu-pusu datang ke blog untuk menelaah dan membaca dengan penuh minat. Mereka pasti datang jika artikal kita berkualiti dan mampu memberi manfaat kepada pembaca. Begitulah caranya bagaimana menulis artikal blog yang bagus dan bermutu.
Jadi saya fikir cukuplah sampai di sini tajuk penulisan blog yang saya cuba kupas di sini. Saya harap dengan informasi ini dapat di manfaatkan oleh mereka yang terlibat dalam bidang penulisan blog mahupun penulisan ebook. Ianya sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang mahu menulis terutamanya di blog. Jumpa di artikal yang seterusnya.. Sekian dari khai wan
p/s: Antara artikal yang berkaitan mengenai tajuk “belajar menulis blog” boleh juga dipelajari di url blog sahabat blogger saya di bawah ya…
Artikal kali ini adalah mengenai blog dan cara berblogging.Korang sudah ada blog?Saya lihat ramai di kalangan mereka yang aktif di internet sudah memiliki blog sendiri tidak kira la samada blog tersebut adalah yang percuma mahupun yang berbayar.Tapi jika kita serius dalam dunia blogging dengan tujuan ingin menjana pendapatan melaluinya saya nasihatkan dapatkan satu nama domain berbayar dan hasilkan satu blog dot com milik kita sendiri.Banyak kelebihannya jika kita memiliki domain berbayar ni..
Namun,bukan itu yang nak saya cuba kongsikan di sini sebaliknya sedikit tentang tips-tips blogging.Saya kongsikan apa yang saya belajar dan tau kepada mereka yang mahu saje. .Mungkin ramai yang tidak tau pentingnya strategi di dalam melakukan sesuatu seperti berblogging.Ilmu ini sebenarnya hanya untuk mereka yang buat duit di internet dengan menggunakan platform blog.Maksudnya sambil-sambil blogging kita dapat duit.Haa ini lah sedikit tipsnya.Tapi bagi mereka yang tidak buat duit pun boleh aplikasikannya ke dalam blog.Tiada masalah.
Ok tipsnya ialah kalau kita mahukan pelawat yang ramai ke blog kita dan menukarkan pelawat kepada pembeli produk kita ialah cuba kurangkan penggunaan widget-widget yang boleh memberatkan seperti penggunaan video ataupun widget di sidebar blog yang terlalu banyak. Ini secara tak langsung boleh melambatkan proses untuk webpage di buka.Cuba bayangkan apa akan jadi pada mereka yang datang melawat blog kita dengan keadaan loading yang terlalu lambat?Sudah semestinya mereka bosan menunggu dan akhirnya mereka berlalu pergi saje.Rugi kan..Walaupun perkara ini tampak remeh tapi impaknya sangat besar jika kita tidak mengendahkannya.
Selain itu juga,kalau mahu meletakkan banner-banner dari program affiliate yang sedang kita jalankan di blog kita itu, saya nasihatkan jangan letakkan banner yang terlalu banyak sehingga diruangan blog tersebut hanya dipenuhi dengan banner saje.Jadi kurangkan atau letakkan banner yang di rasakan penting. Memadai hanya 3 hingga 4 banner produk sahaja.Ini adalah kerana tujuan pelawat yang datang ke blog kita adalah untuk mengetahui informasi di blog.Jadi beri keselesaan (tidak sakit mata memandang) kepada pengunjung yang datang.(tips:Lagi sikit banner yang di letakkan lagi tinggi untuk org mengklik banner tersebut)
Seterusnya ialah artikal yang di hasilkan janganlah terlalu panjang sehingga menyusahkan para pembaca untuk scroll down.Kalau boleh perenggan pertama atau kedua setiap artikal kita guna aplikasi ‘read more’.paham kan?.Dan kita set up kan jumlah artikal yang hendak di publishkan.Janganla sampai 20 artikal di publishkan sehingga menyusahkan pembaca untuk scroll down.So,set up hanya 5 atau 6 artikal saje mengikut kesesuaian dan gunakan aplikasi insert more tag (read more).
Jadi saya rasa cukupla kot perkongsian ilmu berblogging.Ada banyak lagi tapi masa sebenarnya tidak mengizinkan memandangkan semasa artikal ini di tulis jam sudah menunjukkan 6 pagi,subuh sudah masuk waktunya,mata pula sudah kuyu.time to rest.hehe.Jadi saya rasa walaupun sedikit moga ianya bermanfaat untuk mereka yang baru dalam dunia blogging.Kalau ada masalah tentang perihal blogging jangan segan dan malu tanya saya.malu bertanya sesat jalan.hehe…sekian
p/s: Kalau mahu mengikut perkembangan blog ni boleh subscribe je.Bila artikal di blog ni di update,artikal akan terus dihantar ke email.
p/s: Dapatkan 10 ebook percuma tentang asas perniagaan internet.belajar dan dapatkan ilmunya kalau serius dalam perniagaan internet KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD EBOOK