Satu cara untuk kita merangka strategi dan perjalanan hidup kita untuk mencapai kejayaan adalah memiliki seorang atau beberapa idola yang anda kagumi dan mahu di contohi kejayaan itu. Tentulah idola utama anda adalah para Rasul, Nabi Sahabat dan ulama serta Pemimpin Negara.
Daripada perihal kerjaya, kekayaan atau kejayaan pula mungkin anda ada seorang idola yang lain yang benar-benar anda ingin contohi dan mahu menjejak contoh kejayaan beliau itu.
Terdapat ratusan individu yang terkenal di dunia ini seperti usahawan terkenal, pemimpin organisasi dan seumpamanya yang boleh anda pilih.Tidak salah untuk anda meletakkan cita-cita dan berminat untuk mendalami selok belok perjalanan hidup idola itu untuk anda jadikan sebagai panduan dan sempadan.
Mana-mana cerita yang baik elok dicontohi manakala mana-mana yang kurang sesuai dengan adat, budaya dan agama dijadikan sempadan untuk kita.Anda bukannya bertujuan untuk memuja atau mengagungkan idola itu tetapi menjadikan sebagai satu cara pembelajaran yang baik iaitu belajar dari pengalaman hidup orang lain.
Pemilihan idola mestilah sesuai dengan cita-cita anda bukan sekadar impian kosong semata-mata. Ramai orang meletakkan usahawan terkenal sebagai salah seorang daripada idola mereka.
Buat kajian mendalam
Antaranya Tan Sri Syed Mokhtar, Donald Trump, Tan Sri Lim Goh Tong, Tan Sri Ananda Krishnan dan sebagainya. Dan jika menjalankan perniagaan melalui internet anda juga boleh menjadikan Irfan Khairi sebagai idola.Dunia teknologi kini memudahkan kita mendapatkan bahan-bahan cerita pengalaman hidup mereka daripada internet atau majalah malah banyak buku telah diterbitkan untuk kita mengenali perjalanan hidup mereka dengan lebih dekat dan mendalam lagi.
Satu cara berkesan untuk memilih idola adalah menggunakan teknik kumpulan sama iaitu mencari idola yang berada di dalam kumpulan yang sama dengan kita. Cara ini memudahkan kita untuk menjalani kehidupan yang lebih kurang sama.
Ini kerana anda berada dalam kumpulan yang sama dengan idola anda iaitu kemungkinan sifat, minat, cita-cita, kelakuan, cara dan pendekatannya adalah sama. Pelbagai cara anda boleh lakukan dengan membuat kajian mendalam dan satu cara mudah ialah meneliti dahulu kumpulan itu menggunakan kaedah tarikh lahir.
Ini adalah satu kaedah yang mengumpulkan individu-individu dalam sesuatu kumpulan berdasarkan potensi untuk dikaji fenomena yang dikongsi bersama di dalam kumpulan tersebut. Sebagai contoh usahawan Donald Trump yang terkenal dengan perniagaan hartanah dan kini menjadi mentor kepada peminat dunia perniagaan. Di dalam tarikh lahir beliau mempunyai pola angka 336. Angka ini berkaitan dengan pelaburan yang boleh dikaitkan dengan pelaburan hartanah.
Manakala pola angka 426 iaitu berkaitan dengan pendidikan yang boleh dikaitkan dengan usaha beliau yang kini mendidik melalui program-program tv, buku-buku dan yang terbaru adalah Trump University. Oleh itu jika anda memiliki pola angka 336 dan 426 maka anda boleh memilih beliau sebagai idola anda. Anda boleh mendalami perjalanan hidup beliau dengan membuat pembacaan daripada sumber internet mahupun buku-buku yang ditulis oleh beliau sendiri.
Ataupun jika anda meminati Donald Trump sebagai seorang idola kejayaan, maka anda lihatlah pendekatan beliau dalam bidang pelaburan dan pendidikan sebagai satu cara untuk anda memiliki kejayaan yang sama selain berusaha untuk meletakkan diri anda hampir atau setaraf dengan beliau.
Apabila kita mengetahui laluan potensi kita, maka mudahlah kita menggunakannya untuk membuat penambahbaikkan atau pembetulan di dalam kehidupan kita. Sepertimana contoh di atas apabila mengetahui anda dalam kumpulan yang sama iaitu pola angka 336, maka anda boleh memulakan pembelajaran anda di dalam hal pelaburan. Bermulalah daripada tahap yang mudah seperti pelaburan unit amanah hinggalah ketahap yang lebih besar seperti pelaburan hartanah.
Jika anda meminati idola tersebut tetapi anda tidak memiliki potensi yang sama, anda mempunyai dua pilihan iaitu menukarkan idola yang lebih sesuai dengan potensi anda atau anda kekalkan dengan idola yang sama tetapi mendalami dan mempelajari potensi-potensi itu untuk menambahkan kebolehan anda.
Apabila timbulnya keinginan untuk memulakan perniagaan pasti persoalan-persoalan seperti jenis perniagaan mana yang ingin dijalankan, berapa jumlah modal yang diperlukan, mampukah perniagaan yang dijalankan bersaing dipasaran terbuka dan mungkin banyak lagi persoalan yang timbul di dalam fikiran. Jom kita lihat panduan asas bagaimana memulakan perniagaan.
Ilmu Pengetahuan - Ilmu pengetahuan adalah satu kemestian. Tanpa ilmu apa pun perniagaan yang cuba dilakukan pasti tidak akan menjadi. Oleh itu sebelum memulakan perniagaan kita perlu dapatkan sebanyak yang mungkin ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan yang ingin kita ceburi.
Perancangan Awal – Sediakan payung sebelum hujan! pepatah ini sangat signifikan lebih lagi kepada mereka yang baru melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Dalam perniagaan, perancangan adalah perkara pokok kerana pada peringkat inilah kita akan mengetahui berapa jumlah modal yang akan digunakan, jumlah keuntungan dan jumlah kerugian yang bakal ditanggung, strategi pemasaran dan sebagainya.
Modal – Setelah rancangan perniagaan disiapkan, pasti kita tertanya-tanya bagaimana dan dimana perlu anda mulakan perniagaan yang telah dirancang. Sekiranya modal telah tersedia bila-bila masa pun kita boleh memulakan perniagaan tersebut. Jadi antara sumber kewangan yang boleh kita jadikan modal adalah dengan menggunakan wang simpanan peribadi atau membuat pinjaman melalui bank, keluarga, rakan-rakan atau cuba dapatkan prospek pelabur yang berminat dalam perniagaan kita tersebut.
Lokasi – Buntu mencari lokasi perniagaan? Sekiranya kita ingin menjimatkan kos mungkin kita boleh menyewa tapak http://www.bisnesanda.com atau dalam bahasa mudahnya adalah laman web. Kelebihan menggunakan metode ini adalah produk atau perkhidmatan anda akan menjadi tatapan berjuta-juta pelanggan. Pun demikian sekiranya kita memerlukan premis perniagaan antara kriteria yang perlu dipertimbangkan ialah aksesibiliti awam ke premis kita, kemudahan infrastruktur, tempat letak kenderaan, keselamatan pelanggan dan tarikan lain-lain.
Lesen Perniagaan – Setiap perniagaan mesti mempunyai lesen sah berniaga yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Untuk mendapatkan lesen perniagaan ini adalah kita perlu mengemukakan borang permohonan dengan mengemukakan dokumen seperti sijil pendaftaran syarikat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) alamat premis perniagaan, cop perniagaan dan mungkin sejumlah wang caj perkhidmatan. Tetapi tetapi ingat tidak semua permohonan akan diluluskan oleh PBT. Jadi sebelum kita membuat permohonan pastikan perniagaan tidak melanggar akta dagangan PBT.
Akaun Bank Syarikat – Paling utama pastikan syarikat kita memiliki akaun bank yang didaftarkan atas nama syarikat. Ini penting bagi mengelakkan wang peribadi bercampur dengan wang syarikat. Sebagai panduan, pilih bank yang berdekatan dengan perniagaan anda kerana ia akan memudahkan urusan perniagaan.
Promosi - Akhir sekali ialah membuat promosi seperti mengiklankan produk samada melalui televisyen, akhbar, laman sosial, blog, majalah atau lebih mudah buat potongan harga atau menawarkan kad diskaun untuk para pelanggan yang menjadi ahli. Ingat jangan kedekut di dalam promosi kerana jatuh bangun syarikat bergantung kepada perkara ini.
Harap artikal ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang ingin bangunkan perniagaan sendiri. Sama-sama usaha demi kejayaan.
ini adalah contoh produk digital (ebook) yang hanya boleh di baca menerusi laptop dan juga komputer dengan menggunakan format pdf
Bagaimana kita orang biasa dan tiada pengalaman dalam menjual boleh juga menjana pendapatan walaupun tanpa memerlukan produk sendiri(produk digital)?Ya itu yang saya cuba kongsikan di sini.Tanpa produk sendiri kita juga berpeluang menjana wang di internet.Tak percaya?Haa teruskan membaca…
Ok kita lihat bagaimana kita boleh menjual tanpa ada produk sendiri.Bagi mereka yang tidak berkesempatan dari segi masa untuk menghasilkan produk sendiri boleh belajar ilmu yang akan saya sampaikan di sini.Walaupun ramai sebenarnya yang sudah tau tapi saya percaya masih ada lagi yang kurang faham tentang konsep berniaga tanpa perlukan produk sendiri.Lihat antara peluang-peluang yang boleh kita gunakan:
Join program affiliate
Menjual produk RR,MRR dan PLR
Join program affiliate
Affiliate adalah suatu program di mana kita menjadi agen untuk mempromosi produk orang lain dan perolehi komisyen apabila jualan terhasil.Untuk menyertainya adalah percuma.
Kita boleh buat duit dengan sertai program affiliate yang di tawarkan oleh pemilik produk.Sebagai contohnya kita boleh mencari produk digital seperti ebook panduan kuruskan badan ke contohnya la.Dan kebiasaannya di bahagian bawah website ada link yang bertulis affiliate dimana kita boleh register untuk menjadi agen produk tersebut.Apabila dah register sebagai agen kita akan diberikan bahan-bahan promosi,link affiliate dan banner untuk memulakan promosi di blog,forum dan sebagainya.Dan jualan yang terhasil dari aktiviti promosi tersebut kita akan dibayar dengan jumlah komisyen yang tertentu.Kebiasaannya komisyen dalam lingkungan 50% dari harga produk ebook tersebut.
Ok begitulah caranya jika ingin merasa pendapatan di internet dengan menjual tanpa adanya produk sendiri.Tolong menjual produk orang lain dan terima komisyen.Dan penyertaannya adalah percuma.Simple kan bisnes ni.hehe
Menjual produk RR,MRR dan PLR
RR-Resale Right MRR-Master resale Right PLR-Private label right
Ok sekarang bagaimana pula kita boleh buat duit dengan produk RR,MRR dan PLR.Konsepnya adalah sama seperti join affiliate cuma yang berbeza adalah kita perlukan sedikit modal dari pembelian produk ini dan jualnya semula dengan perolehi keuntungan 100%.Jika tadi komisyen hanya 50% sahaja manakala dengan menjual produk ini kita dapat menjana keuntungan 100% lagi bestkan?hehe..
RR-Anda boleh menjual produknya semula pada org lain tanpa mengubah kandungan ebook tersebut
MRR-Anda boleh menjual produknya semula dan orang yang membeli pun akan dapat sama lesen untuk menjual semula tanpa mengubah kandungan ebook tersebut.
PLR-Anda boleh menjual produknya semula dan anda boleh edit serta ubah nama asal kepada nama anda dan jadikan ebook tersebut seperti milik anda sendiri.
p/s: Anda perlu ada domain dan hosting sendiri untuk menjual produk ini.Macam mana nak letak barang kalau tapak kedainya tiada.begitulah contohnya.
Bagaimana caranya? Mudah sahaja kita perlu dapatkan terlebih dahulu produk ini dari mereka yang memiliki lesen ini (RR,MRR,PLR).Setelah kita membeli ebook yang disertakan bersama dengan lesen ini (RR,MRR,PLR) maka proses seterusnya adalah mengedit bahagian akaun iaitu tukarkan maklumat pembayaran asal kepada maklumat kita sendiri.Contohnya di bahagian pembayaran,tukarkan nama kita dan nombor akaun kita sendiri.Setelah semuanya selesai di edit maka kita perlu piindahkannya ke bahagian servernya pula (hosting).Kalau tak pindah macam mana orang nak tengok produk yang kita jual ni di internet kan.Jadi kita perlukan hosting untuk memindahkannnya ke situ.Kalau sudah ada blog ker,kita boleh jer tumpangkan produk tersebut dalam blog kita tu dengan buat subdomain.Tak paham ok ini contohnya saya tumpangkan produk yang saya jual dalam blog saya :
Sekarang paham?Jadi untuk menjual produk yang ada lesen menjual semula ini kita perlu sedikit ilmu teknikal.Korang perlu tahu bagaimana nak edit dan tukar maklumat asal kepada maklumat kita sendiri dan proses pemindahan file ke hosting bertujuan produk dapat di lihat dalam internet.
p/s: Kalau korang nak buat bisnes jenis ni dan raih keuntungan 100% tetapi tak tahu tentang ilmu teknikalnya seperti cara nak pindahkan @ upload file keserver atau nak edit file maklumat jangan risau boleh jer upah saya.hehe..Asalkan korang dah ada hosting atau tempat utk pidahkan file (file produk) ke server.
Kesimpulannya, perbezaan di antara affiliate dan produk RR,MRR,PLR ialah affiliate kita tolong menjual produk orang lain dan dapat komisyen (50%).Manakala Produk berlesen ini kita beli dan jual semula dan raih keuntungan 100%.Paham kan.
Begitulah cara-cara nak buat duit di internet tanpa perlu ada produk sendiri.Bagi yang kesuntukan masa boleh-bolehla mencuba cara ni.Asalkan ada minat nak buat duit.Eh-eh ada jugak ke yang tidak minat?hehe…Dari segi teknikalnya pula jangan risau saya sedia membantu.
Harap apa yang saya kongsikan di sini bermanfaat dan berguna untuk semua.Jom pakat-pakat buat duit di internet sambil-sambil aje!Sekian…