Salam,,..bukan komisyen affiliate saya dicuri orang itu hanya sekadar gimik saja . Sebenarnya saya nak kongsikan berkenaan dengan ilmu affiliate. Ianya adalah asas saja iaitu cara menyelamatkan komisyen affiliate. Walaupun ianya asas jika komisyen anda hilang ia amat merugikan diri sendiri.betul tak.hehe. Artikal sebelum ini pernah membincangkan tentang cara nak sembunyikan link affiliate. jika belum baca boleh ke sini KLIK SINI
Jika anda menggunakan facebook untuk mempromosikan sesuatu produk affiliate anda perlu pendekkan url affiliate anda supaya orang yang akan klik link tersebut akan terus di bawa ke laman sebenar menerusi link affiliate kita sendiri. Sebagai contoh apabila mendaftar anda akan diberikan link yang panjang begini:
Untuk melihat hasilnya anda boleh klik dikedua-dua link tersebut laman yang sama akan keluar.Anda juga boleh customize url tersebut. Bagusnya bit.ly ini adalah anda boleh lihat berapa ramai yang klik link tersebut.
Jadi jika anda ingin mempromosikannya di facebook maka anda perlu guna link pendek tersebut:
Bila anda attach saja maka paparan yang terhasil adalah:
Penerangan: Jika orang klik pada link tersebut maka mereka akan terus dibawa ke laman sebenar menerusi link affiliate anda.Jika berlaku jualan, anda akan dapat komisyen. Tetapi jika anda menggunakan link yang panjang (gambar dibawah) kemungkinan komisyen anda hilang disebabkan pelawat klik pada 2 link yang berbeza.lihat gambar dibawah:
Dan bila anda attach paparan yang terhasil begini:
Penerangan: lihat ada 2 anak panah yang menunjukkan ada 2 link yang berbeza. Diatas dan link bawah. Link diatas adalah link affiliate anda. Dan dibawah adalah link utama (pemilik produk). Jika pelawat klik link diatas maka anda bernasib baik kerana pelawat akan dibawa ke laman menerusi link affiliate anda. Anda dapat komisyen jika ada pembelian.
Tetapi jika pelawat klik link dibawah dan terdapat belian dari pelawat anda akan kehilangan komisyen kerana pelawat membeli dari link utama bukannya dari link affiliate anda.Saya harap anda faham dengan penerangan ini So untuk menyelamatkan komisyen anda perlu pendekkan url anda. Cara ini perlu digunakan kalau ingin mempromosikannya di laman sosial facebook.. Sekian…
p/s: Subscribe blog ini (di sidebar kanan) dgn memasukkan email untuk mendapatkan update dari blog ini terus ke email anda.
ini adalah contoh produk digital (ebook) yang hanya boleh di baca menerusi laptop dan juga komputer dengan menggunakan format pdf
Bagaimana kita orang biasa dan tiada pengalaman dalam menjual boleh juga menjana pendapatan walaupun tanpa memerlukan produk sendiri(produk digital)?Ya itu yang saya cuba kongsikan di sini.Tanpa produk sendiri kita juga berpeluang menjana wang di internet.Tak percaya?Haa teruskan membaca…
Ok kita lihat bagaimana kita boleh menjual tanpa ada produk sendiri.Bagi mereka yang tidak berkesempatan dari segi masa untuk menghasilkan produk sendiri boleh belajar ilmu yang akan saya sampaikan di sini.Walaupun ramai sebenarnya yang sudah tau tapi saya percaya masih ada lagi yang kurang faham tentang konsep berniaga tanpa perlukan produk sendiri.Lihat antara peluang-peluang yang boleh kita gunakan:
Join program affiliate
Menjual produk RR,MRR dan PLR
Join program affiliate
Affiliate adalah suatu program di mana kita menjadi agen untuk mempromosi produk orang lain dan perolehi komisyen apabila jualan terhasil.Untuk menyertainya adalah percuma.
Kita boleh buat duit dengan sertai program affiliate yang di tawarkan oleh pemilik produk.Sebagai contohnya kita boleh mencari produk digital seperti ebook panduan kuruskan badan ke contohnya la.Dan kebiasaannya di bahagian bawah website ada link yang bertulis affiliate dimana kita boleh register untuk menjadi agen produk tersebut.Apabila dah register sebagai agen kita akan diberikan bahan-bahan promosi,link affiliate dan banner untuk memulakan promosi di blog,forum dan sebagainya.Dan jualan yang terhasil dari aktiviti promosi tersebut kita akan dibayar dengan jumlah komisyen yang tertentu.Kebiasaannya komisyen dalam lingkungan 50% dari harga produk ebook tersebut.
Ok begitulah caranya jika ingin merasa pendapatan di internet dengan menjual tanpa adanya produk sendiri.Tolong menjual produk orang lain dan terima komisyen.Dan penyertaannya adalah percuma.Simple kan bisnes ni.hehe
Menjual produk RR,MRR dan PLR
RR-Resale Right MRR-Master resale Right PLR-Private label right
Ok sekarang bagaimana pula kita boleh buat duit dengan produk RR,MRR dan PLR.Konsepnya adalah sama seperti join affiliate cuma yang berbeza adalah kita perlukan sedikit modal dari pembelian produk ini dan jualnya semula dengan perolehi keuntungan 100%.Jika tadi komisyen hanya 50% sahaja manakala dengan menjual produk ini kita dapat menjana keuntungan 100% lagi bestkan?hehe..
RR-Anda boleh menjual produknya semula pada org lain tanpa mengubah kandungan ebook tersebut
MRR-Anda boleh menjual produknya semula dan orang yang membeli pun akan dapat sama lesen untuk menjual semula tanpa mengubah kandungan ebook tersebut.
PLR-Anda boleh menjual produknya semula dan anda boleh edit serta ubah nama asal kepada nama anda dan jadikan ebook tersebut seperti milik anda sendiri.
p/s: Anda perlu ada domain dan hosting sendiri untuk menjual produk ini.Macam mana nak letak barang kalau tapak kedainya tiada.begitulah contohnya.
Bagaimana caranya? Mudah sahaja kita perlu dapatkan terlebih dahulu produk ini dari mereka yang memiliki lesen ini (RR,MRR,PLR).Setelah kita membeli ebook yang disertakan bersama dengan lesen ini (RR,MRR,PLR) maka proses seterusnya adalah mengedit bahagian akaun iaitu tukarkan maklumat pembayaran asal kepada maklumat kita sendiri.Contohnya di bahagian pembayaran,tukarkan nama kita dan nombor akaun kita sendiri.Setelah semuanya selesai di edit maka kita perlu piindahkannya ke bahagian servernya pula (hosting).Kalau tak pindah macam mana orang nak tengok produk yang kita jual ni di internet kan.Jadi kita perlukan hosting untuk memindahkannnya ke situ.Kalau sudah ada blog ker,kita boleh jer tumpangkan produk tersebut dalam blog kita tu dengan buat subdomain.Tak paham ok ini contohnya saya tumpangkan produk yang saya jual dalam blog saya :
Sekarang paham?Jadi untuk menjual produk yang ada lesen menjual semula ini kita perlu sedikit ilmu teknikal.Korang perlu tahu bagaimana nak edit dan tukar maklumat asal kepada maklumat kita sendiri dan proses pemindahan file ke hosting bertujuan produk dapat di lihat dalam internet.
p/s: Kalau korang nak buat bisnes jenis ni dan raih keuntungan 100% tetapi tak tahu tentang ilmu teknikalnya seperti cara nak pindahkan @ upload file keserver atau nak edit file maklumat jangan risau boleh jer upah saya.hehe..Asalkan korang dah ada hosting atau tempat utk pidahkan file (file produk) ke server.
Kesimpulannya, perbezaan di antara affiliate dan produk RR,MRR,PLR ialah affiliate kita tolong menjual produk orang lain dan dapat komisyen (50%).Manakala Produk berlesen ini kita beli dan jual semula dan raih keuntungan 100%.Paham kan.
Begitulah cara-cara nak buat duit di internet tanpa perlu ada produk sendiri.Bagi yang kesuntukan masa boleh-bolehla mencuba cara ni.Asalkan ada minat nak buat duit.Eh-eh ada jugak ke yang tidak minat?hehe…Dari segi teknikalnya pula jangan risau saya sedia membantu.
Harap apa yang saya kongsikan di sini bermanfaat dan berguna untuk semua.Jom pakat-pakat buat duit di internet sambil-sambil aje!Sekian…