Posts with the tag 'automatikkan perniagaan'

Autoresponder penting dalam perniagaan internet

Assalamualaikum kepada rakan-rakan bisnes terutamanya.Artikal ini ditujukan kepada mereka yang menjalankan bisnes secara online.Berdasarkan tajuk yang diberikan di atas perniagaan adalah bukan suatu perkara yang boleh di buat main-main dan sekiranya kita betul-betul serius menjalankan aktiviti buat duit di internet sudah tentu ada perkara penting dalam melakukan bisnes ini.Adanya elemen ini bisnes kita boleh bergerak jauh ke depan.Apa yang nak di bincangkan di dalam artikal kali ini ialah tentang sistem automasi dalam perniagaan online iaitu autoresponder.

Ok lah mungkin ramai yang masih tidak mengetahui rahsia sebenar kejayaan dalam menjalankan perniagaan internet jadi saya cuba kongsikan di sini lihat maksud apa tu autoresponder? di bawah:

“Sistem autoresponder adalah merupakan satu sistem yang digunakan untuk mengurus segala aktiviti penghantaran email secara automatik kepada pelanggan yang telah mendaftar ke dalam sistem tersebut.

Sistem autoresponder turut digunakan untuk mengurus dan menyimpan rekod pelanggan seperti nama pelanggan, alamat email, no.telefon dan sebagainya mengikut kumpulan kempen pemasaran yang ditetapkan oleh pemilik sistem.

Sebagai contoh jika anda ingin membina 2 kumpulan kempen pemasaran iaitu satunya adalah untuk mendapatkan senarai prospek produk kesihatan dan satu lagi adalah untuk senarai prospek produk pakaian, maka dengan mudah sistem autoresponder dapat melaksanakannya.”

Haa itulah sedikit penerangan tentang apa itu autoresponder. Sistem ini tersangat penting dan perlu digunakan sekiranya kita betul-betul ingin automatikkan perniagaan.Jangan ketinggalan kerana sekarang dah terlalu ramai yang menggunakannya dan mereka jauh lebih ke depan maju dari yang tidak menggunakan sistem ini.Sistem ini sesuai untuk kesemua jenis bisnes.Apa saja bisnes yang kita buat boleh gunakannya.Takde masalah…

Apa kelebihan menggunakan sistem autoresponder ini? Bagi saya ianya dapat memudahkan kesemua kerja kita.Makna kata sistem ini mampu bekerja untuk kita selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu pendek kata 365 hari setahun ianya akan beroperasi secara automatik selagimana kita berikan makan padanya.(bayar bulan-bulan la.hehe).Saya juga menggunakan sistem ini kerana kita hanya buat kerja sekali sahaja dan yang seterusnya adalah kerja P.A kita iaitu autoresponder.

Apa maksud buat kerja sekali sahaja? Ok macam ni, kita dah buat awal-awal email yang nak di hantar kepada bakal prospek atau pembeli produk kita ni sebanyak 30 set email (katakanla) untuk proses follow up  atau info berkaitan produk pelanggan selama sebulan.Contoh andai kata kita buat bisnes produk kesihatan dan dan email yang kita set tu mesti la berkaitan dengan  produk yang kita jual tersebut. Ok di laman web kesihatan tersebut ada form (form inilah autoresponder) yang mengarahkan supaya mengisikan nama dan email kita dengan tujuan untuk dapatkan ebook percuma ker atau laporan berkenaan produk kesihatan tersebut dan kemudian setelah di isikan dan subscribe, nama dan email ini telah direkodkan di dalam sistem autoresponder kita. Jadi tugas autoresponder ialah menghantar kesemua email yang dah kita buat awal-awal tadi kepada mereka yang mengisikan nama secara berkala ataupun setiap hari.Ok paham?hehe..

Jadi tidak pelikla kalau jam 3 pagi pun masih ada email yang sampai yang sebenarnya email tersebut adalah email yang dihantar secara automatik.Mungkin masa tu pemilik sistem ini tengah syok tido dan tiba-tiba ada duit masuk pembelian produk dari pelanggan.haha hebatkan.

Sekarang dunia perniagaan semakin canggih dengan terciptanya sistem secara automasi ini yang sekali gus memudahkan kerja kita. Relak-relaks minum kopi tiba-tiba duit masuk best kan.Jadi kepada mereka yang belum mendapatkannya boleh la perlahan-lahan meghitung bajet untuk melanggan autoresponder ni. Kita boleh pilih service mana yang kita nak ada yang mahal seperti aweber dan get response dan ada juga yang murah seperti norabots.Murah mahal sebab ada la tu kelebihan dan kekurangannya.

Saya agak apa yang saya cuba sampaikan ni korang paham dan kalau tak paham juga boleh berkomen di bawah.Malu bertanya sesat jalan.hehe.Artikal ini di tulis secara spontan  dengan sedikit pengetahuan yang ada dan semestinya ada kekurangan.Jadi kalau ada otai yang masuk kesini boleh juga berikan info tambahan yang mungkin ada kekurangan dari segi maklumat yang disampaikan.Jadi itu lah serba sedikit mengenai sistem hebat automatikkan perniagaan iaitu sistem autoresponder.

Sekian..

khairul

p/s: sekiranya ada yang bermasalah dalam nak memulakan bisnes internet ni boleh la bertanya pada saya  atau  nak dapatkan pandangan secara direct tak kiralah dari aspek teknikal mahupun yang berbentuk tips.Saya akan cuba membantu dari yang termampu.Free of charge..

Related Posts with Thumbnails

Share

1 comment March 13th, 2010


Sila masukkan email anda jika anda mahukan segala update di blog ini dipost terus ke email anda:

 

W3Counter

Sponsor

Pages

Categories

Archives

Recent Comments

Recent Posts

Blogroll

FacebookPages

Alexa Ranking