Cara sembunyikan link affiliate

Assalamualaikum usahawan internet semua, Tanpa berleter panjang hari ini saya ingin kongsikan ilmu newbie berkenaan dengan affiliate. Rata-rata ramai yang menceburi bidang ini kerana ianya amat mudah dilakukan dan kosnya adalah zero tanpa sebarang modal diperlukan. Walaupun ianya mudah tetapi jika strategi yg digunakan tidak mengena maka hasilnya mungkin zero. Jadi sebelum itu jika anda newbie anda perlu tahu terlebih dahulu apa itu affiliate.

Affiliate dengan bahasa mudahnya adalah ejen. Maknanya kita diberi peluang untuk menjadi ejen kepada pemilik sesuatu produk untuk menjual produk tersebut. Jika berlaku jualan melalui link affiliate kita maka kita akan dibayar komisyen.Mudah bukan? Itulah affiliate..kalau bahasa pasarnya ‘orang tengah’.

(more…)

Share

8 comments December 2nd, 2010

Bagaimana mendapatkan idea menulis blog

Bagaimana mahu mendapatkan idea untuk menulis di blog ? Soalan ini ramai yang di tanya oleh mereka yang baru dalam dunia blogging ini. Sama seperti saya juga ketika masa dulu. Ingat senang nak dapatkan idea menulis terlebih-lebih lagi jika kita orang baru dalam dunia blogging ini. Sebenarnya tidaklah sesukar mana seperti yang disangka jika ketahui teknik dan cara-caranya. Di kala saya menulis artikal ini idea untuk menulis artikal dalam kepala ni terlalu banyak cuma tidak berkesempatan dari segi masa untuk melakukannya. Macam tu pula ya. :) Dulu tiada idea sekarang mencurah-curah. Kenapa? Semua orang akan mengalaminya jika kita sudah lama sikit dalam dunia ini. Idea akan datang mencurah-curah jika kita dah lama menceburi bidang ini..Jadi sabar perlahan-lahan ikut step ya..

Sebelum kita menulis sebarang bentuk artikal di blog, kita haruslah lihat kepada level kita terlebih dahulu dan blog kita tersebut berkaitan dengan bidang apa. Jika blog kita dibina untuk berkongsikan maklumat tentang perniagaan, artikal yang ditulis hendaklah juga berkaitan dengan perniagaan. Jika kita peringkat newbie, artikal yang di tulis hendaklah yang berkaitan dengan perkara-perkara asas dan berkaitan dengan newbie. Tidak sesuai dan janggal jika kita menulis artikal pada tahap pakar sedangkan kita orang baru.Fahamkan..

Saya cuba kongsikan di sini bagaimana kita boleh mendapatkan idea :

(more…)

Share

27 comments May 12th, 2010

Belajar menulis blog

Salam semua berjumpa lagi pada artikal buat kali ini iaitu mengenai belajar menulis blog. Saya percaya masih ramai diluar sana yang baru melibatkan diri dalam dunia blogging dan tidak tau bagaimanakah caranya kita boleh belajar menulis blog. Sudah semestinya mereka yang baru masih kekurangan idea dan cara yang efektif menghasilkan  artikal yang bermutu. Namun saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang ini hanya sekadar perkongsian pengetahuan untuk mereka yang memerlukan dan sudah pasti masih ada kekurangan. Ok tanpa saya berceloteh lebih banyak di sini kita pergi topik perbincangan kita.

Belajar menulis blog…Bagaimanakah caranya? Ok saya kongsikan beberapa panduan yang boleh digunapakai di sini sebelum itu pastikan terlebih dahulu blog kita berkenaan dengan niche apa? Contoh jika niche kita berkenaan dengan kesihatan, maka sesuatu yang hendak ditulis hendaklah juga berkaitan dengan kesihatan. Begitu juga jika niche blog kita adalah berkenaan perniagaan internet, kewangan, motivasi dan sebagainya. Blog kita akan kelihatan profesional dengan niche kita tersendiri. :)

(more…)

Share

7 comments May 10th, 2010

Kenapa harus memilih perniagaan?

Kenapa harus pilih perniagaan? Dalam hadis Nabi pun ada mengatakan bahawa perniagaan adalah punca rezeki yang baik. 9/10 datangnya rezeki dari perniagaan. Bakinya adalah dari sumber pencarian yang lain. Malah perniagaan merupakan sunnah yang dilakukan oleh baginda sendiri..

Kenapa harus memilih perniagaan? Bila bertanya pada mereka yang menjalankan perniagaan ada yang menjawab ‘aku mahu kaya’ ada juga yang menjawab ‘aku tak nak hidup miskin’ dan bermacam-macam jawapan akan kita perolehi. Bila orang bertanya pula pada saya mengapa saya memilih perniagaan maka jawapan saya adalah kerana saya tidak mahu hidup susah lagi. Saya dari keluarga yang miskin oleh sebab itulah saya memilih perniagaan sebagai jalan penyelesaian hidup ini.Saya miliki matlamat positif dalam minda saya jika saya senang satu masa nanti. Itulah jawapan yang cukup meyakinkan dari saya sendiri. Bukan kaya semata-mata tetapi juga mahukan kekayaan, kesenangan, kebahagiaan, keberkatan yang diperolehi berkat dan diredhai-Nya.

(more…)

Share

8 comments May 8th, 2010

Kampung dan bandar dulu dan sekarang

Ramai dari kita asalnya orang kampung kemudian berhijrah ke bandar dan menjadi orang bandar.Suasana kampung memang seronok. Kalau berhari raya rasa macam tak sempurna kalau tak balik kampung. Apa-apa pun kalau dari kampung ia adalah lambang keaslian, kemurnian dan khasiatnya berbeza dari bandar. Telur ayam kampung umpamanya menjadi ubat, begitu juga ayam kampung danmacam-macam lagi.

Waktu Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah, ibunya menghantar baginda ke kampung untuk disusukan orang kampung, Halimatus saadiah dan baginda merasai hidup kampung selama 6 tahun. Tujuannya supaya akhlaknya terbentuk, budi bahasa menjadi baik. Ini kerana di kampung kebiasaannya di diami orang alim. Mereka menghidupkan kampung dengan ajaran agama dan teladan yang baik serta kaya budi bahasa menjadi sanjungan juga kebanggaan orang kampung.

Begitulah suasana kampung satu masa dahulu. Bagaimanapun hari ini sedikit sebanyak suasana kampung sudah berubah. Sedih kita tengok ada orang kampung yang tidak pandai mengaji al-quran, bahkan budaya mengumpat mengata seperti cerita P Ramlee dahulu, dengan menghantar surat layang berkajang-kajang, sms berbaur kata mengata seolah-oleh menjadi budaya baru dalam kampung mencemar kesucian orang kampung.

(more…)

Share

12 comments May 5th, 2010

Dengkur membunuh?

Semasa membaca beberapa buah buku, saya terjumpa satu topik yang agak menarik dan penting untuk dikongsikan bersama iaitu berkenaan dengan masalah dengkur semasa tidur. Apabila lihat kepada tajuk di atas ia sebenarnya tidak membunuh.Jadi jom baca kupasan tersebut dengan lebih mendalam…..

Tidak ada orang yang mati kerana berdengkur.Fenomena yang di alami kira-kira 15% orang dewasa berusia antara 30 hingga 70 tahun di seluruh dunia. 24% lelaki dan 9% adalah dari perempuan.Tetapi apa yang orang ramai tidak ketahui, gejala nafas terhenti sewaktu berdengkur dikatakan boleh memendekkan nyawa.

Masalah dengkur lazimnya di alami oleh kaum lelaki dan individu berlebihan berat badan. Namun ia turut berlaku di kalangan wanita,pada semua peringkat lapisan umur.Dengkuran merupakan bunyi pernafasan yang bising ketika tidur. Ia menandakan terdapat halangan dalam saluran pernafasan.

(more…)

Share

1 comment May 3rd, 2010

Cara simple tarik trafik ke blog anda

Salam semua…lama rasanya tak di update blog ini disebabkan masa yang amat suntuk. Jadi hari ni saya cuba adakan masa untuk update blog. Tajuk artikal kali ni ialah tentang bagaimana caranya kita boleh tarik trafik ke blog. Disebabkan ramai yang bertanya caranya untuk mendapatkan trafik yang seimbang so inilah tujuan artikal ini ditulis.Boleh kita sama-sama manfaatkan ilmu yang tak seberapa ni. Saya bukanlah pakar cuma kongsikan apa yang saya tau kepada mereka yang inginkan cara simple yang saya gunakan sendiri.(saya belajar dan pratikkan)

Banyak faedahnya kalau blog kita dikunjungi ramai pengunjung.Lebih-lebih lagi jika kita menggunakan platform blog sebagai medium mempromosikan perniagaan.Tak perlu berhabis banyak duit untuk iklan sana-sana sekurang-kurang menggunakan blog kita sendiri dapat menjimatkan kos perniagaan.betul kan?

Jika kita menjalankan perniagaan dengan menggunakan medium blog untuk promosi lebih berkesan jadi apa yang harus kita ada ialah trafik yang ramai untuk menukarkan pelawat kepada duit atau wang. Bagaimana caranya? Jawapan ini mungkin tiada bagi orang yang baru memulakan perniagaan.

Antara cara (bukan teknik/rahsia) yang saya gunakan sendiri ialah :

(more…)

Related Posts with Thumbnails

Share

46 comments April 30th, 2010

Page 3 of 111234510...Last »


Sila masukkan email anda jika anda mahukan segala update di blog ini dipost terus ke email anda:

 

W3Counter

Sponsor

Pages

Categories

Archives

Recent Comments

Recent Posts

Blogroll

FacebookPages

Alexa Ranking