Setiap individu memerlukan perancangan kewangan atau bajet bagi menentukan perbelanjaan harian. Oleh itu membuat satu perancangan kewangan yang mudah tetapi berefektif diperlukan oleh setiap individu.
Bajet adalah satu pelan perbelanjaan. Kebanyakkan tidak suka berbelanja tetapi tidak ramai yang dapat mengawal perbelanjaan. Bajet adalah satu cara untuk mengimbangi wang yang anda miliki dengan wang yang dibelanjakan. Membuat satu perancangan dengan membuat pilihan untuk wang perbelanjaan dan wang simpanan.
Pelan tersebut perlu berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan. Pendapatan ialah duit yang masuk ke dalam poket anda. Perbelanjaan pula perkara yang dikeluarkan dari poket anda. Oleh kerana pendapatan setiap orang berbeza, pelan anda perlu padan dengan situasi kewangan anda. Bajet perlu diasaskan kepada matlamat, keperluan dan kehendak.
Sebaik menerima wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), ramai penuntut akan menghabiskan wang tersebut untuk membeli keperluan yang kadangkala tidak penting ketika belajar seperti telefon bimbit mahal, komputer riba berjenama, pakaian mengikut trend terkini dan ada segelintir melaburkan wang tersebut untuk membeli kereta atau motosikal.
Belum sampai hujung semester, wang tersebut sudah pun habis digunakan sehingga ada penuntut terpaksa meminjam wang daripada rakan-rakan dan ahli keluarga. Sehubungan itu, penuntut perlu tahu cara-cara merancang kewangan agar tidak ada hutang atau membazirkan wang bagi tujuan yang tidak penting ketika belajar.
Aduhai macam-macam kes. Lepas satu-satu. Dalam hal ni siapa yang bersalah? Karam singh atau budak melayu tu? Dengar cerita dan penglihatan menerusi video diatas budak melayu tu marah sebab mempersendakan melayu yang mengatakan melayu ni bukan berasal dari malaysia dan juga bukan dari indonesia. Malah yang bikin lagi panas bila bunyi-bunyi karam singh mengeluarkan perkataan lancau. Ermm tak tau la betul ke tak. Mungkin perkataan tersebut keluar dalam keadaan beliau tengah mabuk.
Jadi tindakan rasional yang telah dilakukan karam singh dalam hal ini beliau telah memohon maaf secara terbuka. Yang budak melayu tu hangin sangat tu apa pasal. Nok tunjuk gedebe ko ghano tu? Debe sangat mari rantau panje la (haha). Sepatutnya mereka (budak melayu tu) tak boleh lah buat macam tu. Memalukan bangsa sendiri. Nampak poyo plak bila memperjuangkan melayu tapi perangai tak serupa bikin macam melayu. Perlakuan macam tu lagi membuatkan orang melayu malu. Tak profesional langsung. Benda yang macam ni boleh bawa bincang baik-baik.
Mengikut sumber maklumat yang diperolehi dari internet kejadian berlaku di Restoran Al-Bidayah, Andalas Klang. Mungkin boleh dapatkan cerita sebenar dari mereka yang tinggal dikawasan berdekatan. Dan jika ada yang tahu cerita sebenar boleh juga kongsikan di sini.
Salam..hari ini kita bicara pula tentang SEO (search engine optimization) yang mana di dalam bahasa melayunya dipanggil mengoptimumkan enjin carian. Dan ianya bertujuan untuk meningkatkan lagi trafik ke laman blog. Juga dikaitkan dengan cara pemasaran artikal yang terkandung di dalam blog kita. Dalam erti kata mudahnya cara tarik trafik menggunakan ilmu SEO. Untuk bahasa yang lagi mudah ialah supaya orang senang nak jumpa blog/artikal kita. Kalau anda amalkan perkara ini anda tidak perlu bersusah payah mempromosikan blog atau laman web anda ke merata-rata tempat cukup hanya menggunakan teknik SEO.
Macam saya selalu mengalami kekangan masa untuk melakukan blogwalking jadi saya menggunakan teknik SEO sahaja yang mana trafik datang ke laman web menerusi enjin carian google dan sebagainya. Jika anda punyai banyak masa tiada masalah untuk anda pelbagaikan lagi sumber trafik yang ada.
Apabila timbulnya keinginan untuk memulakan perniagaan pasti persoalan-persoalan seperti jenis perniagaan mana yang ingin dijalankan, berapa jumlah modal yang diperlukan, mampukah perniagaan yang dijalankan bersaing dipasaran terbuka dan mungkin banyak lagi persoalan yang timbul di dalam fikiran. Jom kita lihat panduan asas bagaimana memulakan perniagaan.
Ilmu Pengetahuan - Ilmu pengetahuan adalah satu kemestian. Tanpa ilmu apa pun perniagaan yang cuba dilakukan pasti tidak akan menjadi. Oleh itu sebelum memulakan perniagaan kita perlu dapatkan sebanyak yang mungkin ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan yang ingin kita ceburi.
Salam,,..bukan komisyen affiliate saya dicuri orang itu hanya sekadar gimik saja . Sebenarnya saya nak kongsikan berkenaan dengan ilmu affiliate. Ianya adalah asas saja iaitu cara menyelamatkan komisyen affiliate. Walaupun ianya asas jika komisyen anda hilang ia amat merugikan diri sendiri.betul tak.hehe. Artikal sebelum ini pernah membincangkan tentang cara nak sembunyikan link affiliate. jika belum baca boleh ke siniĀ KLIK SINI
Jika anda menggunakan facebook untuk mempromosikan sesuatu produk affiliate anda perlu pendekkan url affiliate anda supaya orang yang akan klik link tersebut akan terus di bawa ke laman sebenar menerusi link affiliate kita sendiri. Sebagai contoh apabila mendaftar anda akan diberikan link yang panjang begini:
Assalamualaikum sahabat handai semua. Kembali lagi untuk artikal yang seterusnya dan kini saya ingin memberikan anda satu lubang bagaimana anda boleh menjual produk fizikal cara pantas di internet. Tidak kiralah produk apa pun yang anda ingin jual jika anda cuba menjual di web yang saya cadangkan ini pasti laris tambah-tambah lagi jika produk tersebut ada demand tak sampai seminggu pasti dah sold out! believe it!! Mungkin ramai yg sudah mengetahuinya dan mungkin juga ramai yg masih tidak mengetahuinya. Jadi artikal ini untuk orang yang masih tak tahu