Siapa Irfan Khairi-Jutawan internet termuda malaysia

March 3rd, 2010

Irfan khairi? Siapa irfan khairi ni ye? Nama ini sudah tidak asing lagi ramai yang sudah mengenali beliau dan menjadi bahan bualan ramai tentang kejayaan beliau dalam bidang perniagaan malah bergelar seorang jutawan muda.Irfan khairi berjaya mendapat title sebagai seorang jutawan pada umur yang sangat muda iaitu ketika usianya 25 tahun.Wow hebat dan aku sangat-sangat respect dengan beliau.Jutawan internet ini hanya bergelar seorang jutawan pada usia muda.Aku pun sekarang dah berumur 25 tahun tapi habuk pun tarak.(tu lah main banyak sangat)hehe..

Sebenarnya anak muda ini adalah bekas pelajar Universiti Staffordshire, United Kingdom dalam jurusan Sarjana Muda Rekacipta Multimedia. Beliau berpengalaman luas sebagai pereka sistem multimedia dan juga menjadi perunding internet di salah sebuah syarikat teknologi maklumat di Netmedia (UK).Wow perunding internet di united kingdom hebat!! Teruskan bacaan..

Berikut ialah bagaimana beliau terlibat dengan perniagaan (petikan akhbar berita ):

“Pada asalnya, saya menjalankan perniagaan itu secara sambilan pada 1999 dan lama-kelamaan permintaan semakin bertambah dan mengambil keputusan untuk memberi tumpuan terhadap perniagaan ini.” “Bermodalkan hanya RM500, laptop dan akses internet, saya menubuhkan perniagaan laman web Idea Bubble. Selepas tiga tahun, saya berjaya memperoleh pendapatan bersih sebanyak RM1 juta tanpa pekerja dan peralatan komputer canggih”.

Irfan Khairi mencapai kejayaan adalah kerana berkat kesungguhan dan keyakinan terhadap potensi diri selain juga mendapat support dari keluarganya.Beliau memilih menawarkan perkhidmatan reka bentuk laman web, grafik, e-book, perunding multimedia, e-Niaga, pembelajaran dan bermacam lagi.Selain itu juga irfan khairi memberi pandangan beliau perniagaan internet ini adalah sesuai bagi mereka yang bergelar siswazah yang menganggur kerana para siswazah ini memiliki pelbagai kepakaran dalam bidang perniagaan yang mudah untuk dilakukan melalui internet.

Ini adalah kerana para siswazah ini sudah semestinya celik dalam bidang IT juga memiliki peralatan seperti komputer riba dengan kemudahan internet yang ada. Jadi korang yang ada degree atau diploma tu kalau rasa-rasa dah dapat title menanam anggur tu ada baiknya ikut apa yang di cadangkan oleh jutawan ini.Pasti tidak rugi kerana kita usaha untuk diri kita sendiri bukan orang lain.Kejayaan kita sendiri yang tentukan.Ye tak..

Selain tu juga Ikon jutawan ini tidak lokek untuk berkongsi ilmu beliau pada mereka yang dahagakan ilmunya di samping mengadakan seminar serta workshop bertujuan melatih dan melahirkan seberapa ramai golongan yang mahukan kejayaan.Saya juga pernah mendapatkan ilmu dari jutawan irfan khairi sebelum ini di bengkel yang diadakan olehnya.Kita perlu bangga malaysia mempunyai jutawan melayu termuda di abad ini kerana setidaknya beliau boleh dijadikan sebagai ikon dan menjadi perangsang untuk kita sama-sama menjejaki langkah beliau.

Jadi itulah serba sedikit info mengenai Saudara jutawan kita Irfan Khairi yang cuba aku artikalkannya di dalam blog ni untuk dijadikan bahan bacaan umum dan juga untuk memberi semangat kepada mereka yang juga menjalankan perniagaan yang sama sperti beliau.Semoga kita mengikut jejak langkah  beliau insyallah..

Di bawah aku cuba eksyen cikit kat korang (haha) gambar aku bersama irfan khairi di satu talk beliau yang diadakan  di sebuah hotel terkemuka pada minggu lepas.Semoga aura kejayaan beliau berpindah pada aku.hehe…

Aku Pun mahu jadi jutawan juga

Untuk perbincangan mengenai Irfan Khairi boleh tinggalkan komen di bawah ye..

Related Posts with Thumbnails

Share

Entry Filed under: Motivasi

Facebook comments:

5 Comments Add your own

  • 1. MrRollies  |  March 3rd, 2010 at 6:49 pm

    Usaha tangga kejayaan :D

  • 2. admin  |  March 4th, 2010 at 2:48 am

    Sama-sama berusaha..

  • 3. butikheba  |  March 4th, 2010 at 9:11 pm

    talk tu dia buat kat mana ye? wahh mesti banyak info dari talk tu…. apa tips tips yg mereka bagi? TQ

  • 4. admin  |  March 4th, 2010 at 9:49 pm

    minggu lepas talk irfan tu bt kat vistana hotel.talk dia dalam sejam setengah camtu la.ditaja oleh group stormreaders 2 yg percuma.kalau nak tau apa-apa maklumat tentang aktiviti sedara irfan khairi kita tu jadi subscriber kt blog irfan.

    talk dia haritu diberiikan tips bagaimana nk lakukan promosi berkesan dan juga membincangkan tentang element penting dalam perniagaan seperti autoresponder dan sbgainya..macam tu lebih kurang..

  • 5. rafiz2000  |  March 6th, 2010 at 7:34 pm

    sudah membeli buku dan mengikut segala panduan yg diberikan oleh beliau..
    sedikit sebanyak sudah pun menampakkan hasilnya.
    cuma tiada kesempatan untuk menghadiri kelas/bengkel anjuran beliau

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Sila masukkan email anda jika anda mahukan segala update di blog ini dipost terus ke email anda:

 

W3Counter

Sponsor

Pages

Categories

Archives

Recent Comments

Recent Posts

Blogroll

FacebookPages

Alexa Ranking