Azam Baru??-10 langkah capai kebebasan kewangan 2010

January 1st, 2010

Bagaimana orang biasa boleh mencapai kekayaan dan kebahagian.Saya terbaca satu kajian yang mengejutkan dimana hampir 95% rakyat Malaysia yang telah berkerja sepanjang hidup mereka bersara dengan hampir RM5000 sahaja dibank!

Cukup mengejutkan! Jangan menjadi 95% yang terpaksa bergantung kepada kerajaan, kebajikan dan sanak saudara untuk hidup dengan selesa selepas bersara kelak. Kita perlu bersedia dari sekarang.

Sekarang, apa yang perlu kita lakukan…????

Cari tempat yang agak sunyi dan biarkan suara hati kita bergetar. Apa yang kita mahukan sebaiknya dalam hidup kita: Kebahagiaan, kesihatan, kewangan, kebajikan dan sebagainya?

Tuliskan matlamat untuk SEMUA aspek kehidupan kita: keluarga, kareer, sukan, kerohanian dan seterusnya. Apa yang kita rancangkan dalam masa 1,2,3,5 tahun akan datang. Kemudian TULISKAN semuanya.

Jangan hadkan fikiran kita, biarkan imaginasi kita berputar walaupun ianya nampak seperti “mustahil”. (Daripada wira kepada BMW 5 Siri!)

Perkara penting yang perlu kita ingati:

* Tanpa kebebasan kewangan, kita akan menjadi hamba kepada duit.

* Mencapai kebebasan kewangan akan mengambil masa, dedikasi dan kerja keras
tetapi ianya pasti berbaloi akhirnya.

* Ingat, wang bukanlah segalanya. Tetapi semuanya memerlukan wang pada
zaman ini. Ingat dengan wang kita boleh menolong orang yang dalam kesusahan.

* Hampir semua orang mempunyai kebolehan untuk berjaya, tetapi hanya sedikit
sahaja yang mempunyai komitmen untuk berkorban demi mencapai kekayaan.

Masa untuk bertindak:

1.Terima hakikat bahawa kita boleh mencapai kebebasan kewangan dan buat
komitment dalam diri kita untuk mencapainya. Ianya dalam gengangam jika
kita benar-benar mahukannya. Kita mesti YAKIN – itu yang paling penting.
Kita akan lihat bagaimana keajaiban minda kita menolong kita nanti.

Buangkan jauh-jauh idea bahawa kita mesti bekerja sampai ke tua.

2.Tanya diri kita: Dimana kita berada dalam masa 2, 5, 10 tahun akan datang?
Buat matlamat yang buat kita teruja. Jika kita ada segalanya, apa yang akan
kita buat? Jika kita mempunyai wang yang banyak atau kita hanya ada sebulan
sahaja untuk hidup.apa yang akan kita lakukan? Tuliskan semuanya.

3. Bagaimana kedudukan kewangan kita sekarang. Berapa duit masuk dan keluar.
Hutang yang belum berbayar? Mana yang boleh diperbaiki?

4. Buat matlamat BARU untuk tahun 2010. Buat keputusan apakah langkah yang
perlu diambil untuk mancapai matlamat kita tu? Semua matlamat mestilah tepat dan
mempunyai had masa.

5. Mulakan simpanan jika belum (walaupun RM50 sebulan di ASB! Mesti buat!)
Dengan hanya simpanan RM50 setiap bulan di ASB, wang kita akan berganda
menjadi RM170,000 dalam masa 40 tahun.

6. Jimatkan perbelanjaan dan simpan wang lebih. Cari projek atau bisnes.
Tip: Buat sekurang-kurangnya satu ebook “Bagaimana Untuk ….. ”

7. Berikan ganjaran jika sasaran dicapai. Pergi makan angin atau belikan yang
special untuk keluarga.

8. Cuba capai matlamat kita dengan apa yang ada. Dengan semangat JITU
dan tidak mudah menyerah kalah kita pasti akan mencapai semuanya.
(Pasukan bolasepak Malaysia juara juga akhirnya disukan SEA selepas 20 tahun mencuba!)

9. Hidup dengan seimbang: dunia dan akhirat.

10. Kesilapan paling besar yang boleh kita lakukan ialah menunggu UNTUK BERTINDAK
untuk mengubah kehidupan kita sekarang. (ingat 95% diatas, jangan jadi seperti mereka!).

Bangun dari kerusi kita dan lakukan sesuatu.

Akhir sekali 3 PAKSI KEKAYAAN:

BUAT DUIT + MENYIMPAN + PELABURAN BIJAK = KEBEBASAN KEWANGAN

Mari kita jadikan 2010 tahun paling bermakna!

PS: Kesilapan yang dilakukan oleh 95% diatas ialah mereka terlalu sibuk bekerja
untuk cari duit daripada MEMIKIRKAN cara buat duit dengan banyak!

Related Posts with Thumbnails

Share

Entry Filed under: Motivasi

Facebook comments:

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Sila masukkan email anda jika anda mahukan segala update di blog ini dipost terus ke email anda:

 

W3Counter

Sponsor

Pages

Categories

Archives

Recent Comments

Recent Posts

Blogroll

FacebookPages

Alexa Ranking