Posts filed under 'Online Bussiness'

Bagaimana buat duit tanpa produk sendiri

ini adalah contoh produk digital (ebook) yang hanya boleh di baca menerusi laptop dan juga komputer dengan menggunakan format pdf

Bagaimana kita orang biasa dan tiada pengalaman dalam menjual boleh juga menjana pendapatan walaupun tanpa memerlukan produk sendiri(produk digital)?Ya itu yang saya cuba kongsikan di sini.Tanpa produk sendiri kita juga berpeluang menjana wang di internet.Tak percaya?Haa teruskan membaca…

Ok kita lihat bagaimana kita boleh menjual tanpa ada produk sendiri.Bagi mereka yang tidak berkesempatan dari segi masa untuk menghasilkan produk sendiri boleh belajar ilmu yang akan saya sampaikan di sini.Walaupun ramai sebenarnya yang sudah tau tapi saya percaya masih ada lagi yang kurang faham tentang konsep berniaga tanpa perlukan produk sendiri.Lihat antara peluang-peluang yang boleh kita gunakan:

  1. Join program affiliate
  2. Menjual produk RR,MRR dan PLR

Join program affiliate

Affiliate adalah suatu program di mana kita menjadi agen untuk mempromosi produk orang lain dan perolehi komisyen apabila jualan terhasil.Untuk menyertainya adalah percuma.

Kita boleh buat duit dengan sertai program affiliate yang di tawarkan oleh pemilik produk.Sebagai contohnya kita boleh mencari produk digital seperti ebook panduan kuruskan badan ke contohnya la.Dan kebiasaannya di bahagian bawah website ada link yang bertulis affiliate dimana kita boleh register untuk menjadi agen produk tersebut.Apabila dah register sebagai agen kita akan diberikan bahan-bahan promosi,link affiliate dan banner untuk memulakan promosi di blog,forum dan sebagainya.Dan jualan yang terhasil dari aktiviti promosi tersebut kita akan dibayar dengan jumlah komisyen yang tertentu.Kebiasaannya komisyen dalam lingkungan 50% dari harga produk ebook tersebut.

Ok begitulah caranya jika ingin merasa pendapatan di internet dengan menjual tanpa adanya produk sendiri.Tolong menjual produk orang lain dan terima komisyen.Dan penyertaannya adalah percuma.Simple kan bisnes ni.hehe

Menjual produk RR,MRR dan PLR

RR-Resale Right           MRR-Master resale Right        PLR-Private label right

Ok sekarang bagaimana pula kita boleh buat duit dengan produk RR,MRR dan PLR.Konsepnya adalah sama seperti join affiliate cuma yang berbeza adalah kita perlukan sedikit modal dari pembelian produk ini dan jualnya semula dengan perolehi keuntungan 100%.Jika tadi komisyen hanya 50% sahaja manakala dengan menjual produk ini kita dapat menjana keuntungan 100% lagi bestkan?hehe..

RR-Anda boleh menjual produknya semula pada org lain tanpa mengubah kandungan ebook tersebut

MRR-Anda boleh menjual produknya semula dan orang yang membeli pun akan dapat sama lesen untuk menjual semula tanpa mengubah kandungan ebook tersebut.

PLR-Anda boleh menjual produknya semula dan anda boleh edit serta ubah nama asal kepada nama anda dan jadikan ebook tersebut seperti milik anda sendiri.

p/s: Anda perlu ada domain dan hosting sendiri untuk menjual produk ini.Macam mana nak letak barang kalau tapak kedainya tiada.begitulah contohnya.

Bagaimana caranya? Mudah sahaja kita perlu dapatkan terlebih dahulu produk ini dari mereka yang memiliki lesen ini (RR,MRR,PLR).Setelah kita membeli ebook yang disertakan bersama dengan lesen ini (RR,MRR,PLR) maka proses seterusnya adalah mengedit bahagian akaun iaitu tukarkan maklumat pembayaran asal kepada maklumat kita sendiri.Contohnya di bahagian pembayaran,tukarkan nama kita dan nombor akaun kita sendiri.Setelah semuanya selesai di edit maka kita perlu piindahkannya ke bahagian servernya pula (hosting).Kalau tak pindah macam mana orang nak tengok produk yang kita jual ni di internet kan.Jadi kita perlukan hosting untuk memindahkannnya ke situ.Kalau sudah ada blog ker,kita boleh jer tumpangkan produk tersebut dalam blog kita tu dengan buat subdomain.Tak paham ok ini contohnya saya tumpangkan produk yang saya jual dalam blog saya :

http://khairulizuan.com -ini adalah blog saya

http://khairulizuan.com/10EbookPercuma -lihat setelah di tumpangkan akan jadi seperti ini.

(cuba klik untuk ketahui hasilnya)

Sekarang paham?Jadi untuk menjual produk yang ada lesen menjual semula ini kita perlu sedikit ilmu teknikal.Korang perlu tahu bagaimana nak edit dan tukar maklumat asal kepada maklumat kita sendiri dan proses pemindahan file ke hosting bertujuan produk dapat di lihat dalam internet.

p/s: Kalau korang nak buat bisnes jenis ni dan raih keuntungan 100% tetapi tak tahu tentang ilmu teknikalnya seperti cara nak pindahkan @ upload file keserver atau nak edit file maklumat  jangan risau boleh jer upah saya.hehe..Asalkan korang dah ada hosting atau tempat utk pidahkan file (file produk) ke server.

Kesimpulannya, perbezaan di antara affiliate dan produk RR,MRR,PLR ialah affiliate kita tolong menjual produk orang lain dan dapat komisyen (50%).Manakala Produk berlesen ini kita beli dan jual semula dan raih keuntungan 100%.Paham kan.

Begitulah cara-cara nak buat duit di internet tanpa perlu ada produk sendiri.Bagi yang kesuntukan masa boleh-bolehla mencuba cara ni.Asalkan ada minat nak buat duit.Eh-eh ada jugak ke yang tidak minat?hehe…Dari segi teknikalnya pula jangan risau saya sedia membantu.

Harap apa yang saya kongsikan di sini bermanfaat dan berguna untuk semua.Jom pakat-pakat buat duit di internet sambil-sambil aje!Sekian…

khairul (khai wan)

klik untuk berkawan dengan saya di facebook

Coaching Percuma Bersama Saya tentang asas perniagaan internet menerusi YM?

Add Saya Di YM (str_nkk@yahoo.com) Sesi Pengajaran Tidak Formal PERCUMA!!

Share

2 comments March 15th, 2010

Facebook medium pemasaran hebat

Bila sebut saje facebook ramai di kalangan korang yang dah tau apa itu facebook.Ada yang ketagih bila layan laman sosial ni sampai yang tidak tido malam pun ada.hehe.Kenapa ye sebabnya facebook adalah sebuah laman web sosial atau ruang untuk meluaskan kenalan dan juga bertujuan berkongsi maklumat.Dengan membina persahabatan di internet melalui laman sosial ini mereka dapat berkongsi sesuatu yang di inginkan  seperti berkongsi gambar menarik,video,berkongsi idea, cari pasangan dan sebagainya.Ada juga sebahagian mereka yang menggunakan facebook ini untuk hilangkan boring dengan layan game la apa-apa aplikasi yang disediakan oleh facebook ni untuk hilangkan boring diorang.Itu sebenarnya tidak salah selagi mana kita menggunakannya dengan cara yang elok.

Walaubagaimanapun ada golongan pintar yang cuba mengekploitasikan kemudahan di facebook ini sebagai contohnya ada di antara mereka yang cuba menggunakan laman sosial ni sebagai medium pemasaran untuk perniagaan mereka sendiri.Itu sebenarnya topik perbincangan kali ini.Ini yang nak di bincangkan untuk post kali ini.Saya yakin bukan semua yang sedar tentang hal ni dan korang tau tak setakat ini facebook adalah medium pemasaran perniagaan yang terbaik jika pandai menggunakannya.Sedar atau tidak itu lah hakikatnya yang ramai orang tak tau atau buat-buat tak tau.

Bagi mereka yang nampak peluang ini,mereka akan gunakan facebook sebagai salah satu lubang untuk mereka buat duit. Serius…facebook memang betul-betul boleh buat duit bagi mereka yang menjalankan apa-apa aktiviti jana pendapatan di internet dan boleh jana pendapatan lumayan.Tapi biarlah lakukan promosi secara beretika dan jangan sesekali melakukan spam untuk mendapatkan keuntungan yang cepat.

Kalau korang cuba buka mata,korang intai-intai la apa budak-budak bisnes buat dekat facebook dorang?orang macam ni tak akan buang masa dengan hanya mengomen status atau layan game atau apa pun.Memang benar facebook adalah ruang untuk bersosial tapi apa salahnya selain suka-suka dalam facebook tu sambil-sambil kita buat duit kan.Jadi golongan mana sebenarnya yang lebih pintar dan untung?Fikirkan-fikirkanlah..jadilah golongan seperti ini.hehe

Bagi mereka yang menjalankan apa apa pun bisnes sudah semestinya facebook adalah tempat untuk melakukan pengiklanan pertama yang akan di lakukan.Mana tidaknya,dengan kemudahan yang ada seperti ruangan status,message,note dan ruangan chat akan memudahkan lagi urusan untuk melebarkan lagi empayar perniagaan.Kepada mereka yang tidak tahu lagi,sekarang korang boleh cuba celikkan mata dan lihat peluang yang ada depan mata hanya tinggal untuk digunakan saje.Jadi gunakan facebook ini sebagai medium pemasaran yang terbaik selain kita bersosial di dalam facebook ini.Betul tak?

Apa-apa pun gunakanlah laman sosial ni dengan cara yang elok. Semuanya mampu di perolehi di sini kalau kita mahukannya.Ingat! gunakan untuk perkara yang baik saje.hehe..Ok la saya rasa itu je kot yang ingin dikongsikan bersama.Bukan apa, biar sama-sama celik dengan perkara-perkara semacam ni dan bukan hanya sekadar menjadikan facebook sebagai ruang untuk bersembang kosong saje.Sebaiknya jadikan facebook sebagai istilah  “sambil menyelam sambil minum air“.

Share

1 comment February 24th, 2010

Rahsia online bisnes

Assalamualaikum..insyaallah next post saya akan brkongsi sedikit ilmu dan rahsia bagaimana kita boleh cari first income kita di internet.Saya bukanlah pakar tapi cuma nak kongsikan sedikit saje ilmu yang saya tau.Lagipun saya juga dalam proses pembelajaran lagi dan memerlukan banyak lagi ilmu untuk memantapkan lagi diri.Di samping belajar saya cuba sampaikan apa yang tau.Cukup sekadar perkongsian.

Bagi yang tak tau pape tentang online bisnes ni dan ada rasa nak buat tapi tak tau nak mulakan korang boleh la selalu singgah ke blog ni insyaallah saya akan kongsikan ilmu yang asas bagi orang yang zero tentang online bisnes ni.Saya pun baru jer terlibat dengan bidang IM ni bulan 7 tahun lepas dan sampai sekarang masih lagi belajar,belajar dan terus belajar.Kita kalau nak berjaya apa yang harus kita buat ialah usaha,belajar dan terus belajar insyallah boleh berjaya.Tu kata IM yang dah berjaya la.

Ilmu-ilmu yang berkaitan IM (internet marketer) korang mesti tau sebelum terlibat dengan mana-mana program bisnes kalau korang tak nak rugi besar la.hehe.Jangan bila ada orang bercerita tantang buat duit internet terus nak join sebaliknya kaji dulu.Bukan apa takut korang tertipu la dalam intenet ni macam-macam ada unsur penipuan kita harus sentiasa berhati-hati.

Eh2 panjang plak saya bercerita kalau berkongsi ilmu cukup da ni untuk satu artikal.hehe.Tapi malam ni macam tak larat aje nak menaip,jd ambil peluang untuk sembang dan taip apa saje yang saya suka.huhu.Sebenarnya tengah boring ni tak tau nak buat ap.Ok la saya akan post artikal asas tentang ilmu IM sikit sebanyak  ni nanti asalkan selalu ke blog ni.Insyallah kita sama-sama belajar.Katanya org klate “maghi pakat-pakat blaja”.hehe.ok sekian..

Share

Add comment January 7th, 2010

How to make money online

Saya ingin berkongsi dengan semua  satu cerita dan pastinya ramai yang ternanti-nanti cerita daripada saya kerana cerita ini adalah cerita benar dan “how to make money”..Mengikut statistik, jika ada 100% orang yang berniaga di internet, hanya 4% sahaja yang berjaya.erm..maksud berjaya disini adalah ‘boleh menghasilkan
pendapatan setiap bulan melalui internet’..

Mana pergi 96% yang lain?Kebanyakan daripada mereka yang tidak atau kurang berjaya di internet terlupa untuk menggunakan teknik yang begitu penting sekali iaitu 3 Teknik ini.

1-Mengunakan teknik  pemasaran email

2-Join Venture

3-satu teknik bonus.

Mungkin anda dah dengar nasihat ini daripada usahawan internet lain kan? cuma nak mengingatkan bahawa dengan 3 teknik ini, akan membuahkan kejayaan dalam bidang internet.Itu sahaja buat kali ini ye.jumpa di lain post pula

Related Posts with Thumbnails

Share

Add comment January 4th, 2010


Sila masukkan email anda jika anda mahukan segala update di blog ini dipost terus ke email anda:

 

W3Counter

Sponsor

Pages

Categories

Archives

Recent Comments

Recent Posts

Blogroll

FacebookPages

Alexa Ranking