Satu cara untuk kita merangka strategi dan perjalanan hidup kita untuk mencapai kejayaan adalah memiliki seorang atau beberapa idola yang anda kagumi dan mahu di contohi kejayaan itu. Tentulah idola utama anda adalah para Rasul, Nabi Sahabat dan ulama serta Pemimpin Negara.
Daripada perihal kerjaya, kekayaan atau kejayaan pula mungkin anda ada seorang idola yang lain yang benar-benar anda ingin contohi dan mahu menjejak contoh kejayaan beliau itu.
Terdapat ratusan individu yang terkenal di dunia ini seperti usahawan terkenal, pemimpin organisasi dan seumpamanya yang boleh anda pilih.Tidak salah untuk anda meletakkan cita-cita dan berminat untuk mendalami selok belok perjalanan hidup idola itu untuk anda jadikan sebagai panduan dan sempadan.
Mana-mana cerita yang baik elok dicontohi manakala mana-mana yang kurang sesuai dengan adat, budaya dan agama dijadikan sempadan untuk kita.Anda bukannya bertujuan untuk memuja atau mengagungkan idola itu tetapi menjadikan sebagai satu cara pembelajaran yang baik iaitu belajar dari pengalaman hidup orang lain.
Pemilihan idola mestilah sesuai dengan cita-cita anda bukan sekadar impian kosong semata-mata. Ramai orang meletakkan usahawan terkenal sebagai salah seorang daripada idola mereka.
Buat kajian mendalam
Antaranya Tan Sri Syed Mokhtar, Donald Trump, Tan Sri Lim Goh Tong, Tan Sri Ananda Krishnan dan sebagainya. Dan jika menjalankan perniagaan melalui internet anda juga boleh menjadikan Irfan Khairi sebagai idola.Dunia teknologi kini memudahkan kita mendapatkan bahan-bahan cerita pengalaman hidup mereka daripada internet atau majalah malah banyak buku telah diterbitkan untuk kita mengenali perjalanan hidup mereka dengan lebih dekat dan mendalam lagi.
Satu cara berkesan untuk memilih idola adalah menggunakan teknik kumpulan sama iaitu mencari idola yang berada di dalam kumpulan yang sama dengan kita. Cara ini memudahkan kita untuk menjalani kehidupan yang lebih kurang sama.
Ini kerana anda berada dalam kumpulan yang sama dengan idola anda iaitu kemungkinan sifat, minat, cita-cita, kelakuan, cara dan pendekatannya adalah sama. Pelbagai cara anda boleh lakukan dengan membuat kajian mendalam dan satu cara mudah ialah meneliti dahulu kumpulan itu menggunakan kaedah tarikh lahir.
Ini adalah satu kaedah yang mengumpulkan individu-individu dalam sesuatu kumpulan berdasarkan potensi untuk dikaji fenomena yang dikongsi bersama di dalam kumpulan tersebut. Sebagai contoh usahawan Donald Trump yang terkenal dengan perniagaan hartanah dan kini menjadi mentor kepada peminat dunia perniagaan. Di dalam tarikh lahir beliau mempunyai pola angka 336. Angka ini berkaitan dengan pelaburan yang boleh dikaitkan dengan pelaburan hartanah.
Manakala pola angka 426 iaitu berkaitan dengan pendidikan yang boleh dikaitkan dengan usaha beliau yang kini mendidik melalui program-program tv, buku-buku dan yang terbaru adalah Trump University. Oleh itu jika anda memiliki pola angka 336 dan 426 maka anda boleh memilih beliau sebagai idola anda. Anda boleh mendalami perjalanan hidup beliau dengan membuat pembacaan daripada sumber internet mahupun buku-buku yang ditulis oleh beliau sendiri.
Ataupun jika anda meminati Donald Trump sebagai seorang idola kejayaan, maka anda lihatlah pendekatan beliau dalam bidang pelaburan dan pendidikan sebagai satu cara untuk anda memiliki kejayaan yang sama selain berusaha untuk meletakkan diri anda hampir atau setaraf dengan beliau.
Apabila kita mengetahui laluan potensi kita, maka mudahlah kita menggunakannya untuk membuat penambahbaikkan atau pembetulan di dalam kehidupan kita. Sepertimana contoh di atas apabila mengetahui anda dalam kumpulan yang sama iaitu pola angka 336, maka anda boleh memulakan pembelajaran anda di dalam hal pelaburan. Bermulalah daripada tahap yang mudah seperti pelaburan unit amanah hinggalah ketahap yang lebih besar seperti pelaburan hartanah.
Jika anda meminati idola tersebut tetapi anda tidak memiliki potensi yang sama, anda mempunyai dua pilihan iaitu menukarkan idola yang lebih sesuai dengan potensi anda atau anda kekalkan dengan idola yang sama tetapi mendalami dan mempelajari potensi-potensi itu untuk menambahkan kebolehan anda.
Kenapa harus pilih ‘perniagaan‘? Dalam hadis Nabi pun ada mengatakan bahawa perniagaan adalah punca rezeki yang baik. 9/10 datangnya rezeki dari perniagaan. Bakinya adalah dari sumber pencarian yang lain. Malah perniagaan merupakan sunnah yang dilakukan oleh baginda sendiri..
Kenapa harus memilih perniagaan? Bila bertanya pada mereka yang menjalankan perniagaan ada yang menjawab ‘aku mahu kaya’ ada juga yang menjawab ‘aku tak nak hidup miskin’ dan bermacam-macam jawapan akan kita perolehi. Bila orang bertanya pula pada saya mengapa saya memilih perniagaan maka jawapan saya adalah kerana saya tidak mahu hidup susah lagi. Saya dari keluarga yang miskin oleh sebab itulah saya memilih perniagaan sebagai jalan penyelesaian hidup ini.Saya miliki matlamat positif dalam minda saya jika saya senang satu masa nanti. Itulah jawapan yang cukup meyakinkan dari saya sendiri. Bukan kaya semata-mata tetapi juga mahukan kekayaan, kesenangan, kebahagiaan, keberkatan yang diperolehi berkat dan diredhai-Nya.
Kesedaran untuk menjadi senang dan kaya ini kebanyakkannya wujud dari kalangan mereka yang pernah hidup susah. Tak percaya? Cuba kita lihat diluar sana orang yang paling berjaya dalam hidupnya kebanyakkannya adalah dari kalangan mereka yang pernah hidup susah. Mereka sedar mereka orang susah oleh itu mereka cuba mengubah nasib mereka dengan melibatkan diri dalam perniagaan. Bila mengatakan seperti ini adakah bermakna orang yang asalnya sudah kaya tidak minat berniaga macam tu ker khai? Oh tidak bukan itu maksud saya. Ada juga dikalangan mereka yang asalnya dari keluarga yang berada yang minat berniaga atas alasan ingin berusaha sendiri dan mahu berdikari tanpa bergantung dengan keluarga. Ya memang ada orang sebegini tetapi jumlahnya adalah sedikit. Mungkin pada pandangan mereka mengapa harus bersusah payah sedangkan mereka sudah senang. Itu jawapan yang logiknya lah.
Jadi apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah kebanyakkannya mereka yang berjaya dan golongan yang memilih perniagaan adalah ramainya dari kalangan mereka yang pernah hidup susah. Itu faktanya yang harus kita terima. Oleh itu jika kita merasakan kita orang yang susah, berusahalah untuk keluar dari kepompong hidup yang susah sebelum ini. Hinanya hidup kita kalau kita orang yang pemalas untuk berusaha keluar dari kemiskinan tersebut. Dah la miskin, malas pula tu. Apa orang akan kata kepada golongan seperti ini? jawapannya ada dalam diri masing-masing…
Bila kita bertanya pada sesetengah mereka mengapa kamu tidak mahu berusaha mengubah hidup kamu ni kalau kamu tau kamu orang susah? kebanyakkannya akan menjawab “biarlah aku hidup macam ni tak kaya pun tak pe janji bahagia”.(bahagia ker kalau nak bagi makan anak bini pun tak cukup?) Sebenarnya bukan itu jawapan yang ikhlas terkeluar dari mulut tetapi kebanyakkannya di kalangan ini adalah malas untuk berusaha. Bila dikaji itulah sebenarnya jawapannya. Ini antara sifat orang kita sendiri iaitu malas berusaha dan tak nak berhadapan dengan perkara yang sukar, susah, penat dan bermacam-macam lagi alasan. Dengan itu jalan yang di ambil adalah berada di tahap pemikiran yang sama.
Ada juga jawapan yang diterima seperti ini “aku tak mahu kaya sebab bila kaya nanti mudah terpesong dan lupa Allah”. Sebenarnya itu bukan alasan yang kukuh untuk dijadikan alasan. Apa yang membuatkan orang kaya menjadi lalai dan sombong adalah kerana dari individu itu sendiri. Mereka yang menjadikan diri sendiri sebegitu. Harta yang diperolehi dihabiskan pada jalan yang tidak betul (tidak berkat) maka hasilnya adalah negatif bukan? Jadi bagaimana pula dengan orang yang kaya tetapi beriman? Tidakkah ini lagi mulia dan disanjung oleh-Nya? Jadi kenapa tidak kita memilih orang yang senang dengan keberkatan seperti ini. Kita yang menentukan dari asalnya. Jadi orang kaya yang lalai dan lupa allah disebabkan pada asalnya kita memilih jalan tersebut.Betul kan?..Alangkah bagusnya jika kita kaya dalam keadaan beriman. Tidak semestinya nak jadi orang beriman perlu duduk masjid sahaja. Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan keredhaannya. Apa-pun ianya bergantung pada niat individu masing-masing. Percayalah kalau niat kita baik maka hasilnya juga adalah baik.
Sekarang cuba kita pejam mata fikir jauh dan cuba imagine apa yang akan kita lakukan jika kita senang dari segi harta dan wang? Nak pergi haji senang ke susah kalau ada duit? Nak sedekahkan wang untuk pembinaan masjid senang ke susah bila berduit? Bila kita meninggal nanti anak, isteri, cucu kita nanti bagaimana kalau kita tinggalkan mereka sehelai sepinggang? Lihat banyak perkara kita boleh rancang bila kita orang senang (beriman).Tak mahukah kita recurring income (pahala berterusan) di akhirat kelak? (dalam bisnes ada istilah recurring income yg mmbawa maksud dpt pendapatan berterusan). Banyaknya harta banyak la kebajikan kita boleh buat. Jadi ini adalah plan yang timbul dalam minda saya. Anda mungkin ada pandangan yang berbeza-beza kan.
Tak salah sebenarnya kalau kita ingin menjadi kaya selagi mana kita tidak melanggar perkara yang di tetapkan. Keinginan setiap individu. Kesimpulannya untuk menjadi kaya jalan yang paling pantas adalah menerusi perniagaan. Buktinya adalah 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan, besar tu..Melakukan perniagaan adalah jalan terbaik untuk keluar dari kepompong hidup susah. Itu pandangan secara peribadi saya. Set kan dalam minda kita dari sekarang mengapa harus kita menjadi kaya dan pastikan matlamat kita adalah jelas bukan sekadar mahukan kekayaan semata-mata tetapi biarlah ia bermatlamat dan disusuli dengan tindakan. Tiada guna jika sekadar angan-angan mat jenin saje…
Dengan hadirnya artikal seperti ini diharap dapat membuka minda mereka yang masih lagi kabur atau kurang jelas atau anti perniagaan kenapa kita harus memilih platform perniagaan untuk merubah hidup. Semoga dapat manfaat dan motivasi dalam diri masing-masing untuk terus berusaha insyaallah..Maaf jika terlajak bicara yang telah menyentuh hati para pembaca. Sama-sama kita berusaha..Sekian dari khai wan…
p/s: Dapatkan artikal terkini terus melalui email anda dengan menjadi subscriber blog ini
Irfan khairi? Siapa irfan khairi ni ye? Nama ini sudah tidak asing lagi ramai yang sudah mengenali beliau dan menjadi bahan bualan ramai tentang kejayaan beliau dalam bidang perniagaan malah bergelar seorang jutawan muda.Irfan khairi berjaya mendapat title sebagai seorang jutawan pada umur yang sangat muda iaitu ketika usianya 25 tahun.Wow hebat dan aku sangat-sangat respect dengan beliau.Jutawan internet ini hanya bergelar seorang jutawan pada usia muda.Aku pun sekarang dah berumur 25 tahun tapi habuk pun tarak.(tu lah main banyak sangat)hehe..
Sebenarnya anak muda ini adalah bekas pelajar Universiti Staffordshire, United Kingdom dalam jurusan Sarjana Muda Rekacipta Multimedia. Beliau berpengalaman luas sebagai pereka sistem multimedia dan juga menjadi perunding internet di salah sebuah syarikat teknologi maklumat di Netmedia (UK).Wow perunding internet di united kingdom hebat!! Teruskan bacaan..
Berikut ialah bagaimana beliau terlibat dengan perniagaan (petikan akhbar berita ):
“Pada asalnya, saya menjalankan perniagaan itu secara sambilan pada 1999 dan lama-kelamaan permintaan semakin bertambah dan mengambil keputusan untuk memberi tumpuan terhadap perniagaan ini.” “Bermodalkan hanya RM500, laptop dan akses internet, saya menubuhkan perniagaan laman web Idea Bubble. Selepas tiga tahun, saya berjaya memperoleh pendapatan bersih sebanyak RM1 juta tanpa pekerja dan peralatan komputer canggih”.
Irfan Khairi mencapai kejayaan adalah kerana berkat kesungguhan dan keyakinan terhadap potensi diri selain juga mendapat support dari keluarganya.Beliau memilih menawarkan perkhidmatan reka bentuk laman web, grafik, e-book, perunding multimedia, e-Niaga, pembelajaran dan bermacam lagi.Selain itu juga irfan khairi memberi pandangan beliau perniagaan internet ini adalah sesuai bagi mereka yang bergelar siswazah yang menganggur kerana para siswazah ini memiliki pelbagai kepakaran dalam bidang perniagaan yang mudah untuk dilakukan melalui internet.
Ini adalah kerana para siswazah ini sudah semestinya celik dalam bidang IT juga memiliki peralatan seperti komputer riba dengan kemudahan internet yang ada. Jadi korang yang ada degree atau diploma tu kalau rasa-rasa dah dapat title menanam anggur tu ada baiknya ikut apa yang di cadangkan oleh jutawan ini.Pasti tidak rugi kerana kita usaha untuk diri kita sendiri bukan orang lain.Kejayaan kita sendiri yang tentukan.Ye tak..
Selain tu juga Ikon jutawan ini tidak lokek untuk berkongsi ilmu beliau pada mereka yang dahagakan ilmunya di samping mengadakan seminar serta workshop bertujuan melatih dan melahirkan seberapa ramai golongan yang mahukan kejayaan.Saya juga pernah mendapatkan ilmu dari jutawan irfan khairi sebelum ini di bengkel yang diadakan olehnya.Kita perlu bangga malaysia mempunyai jutawan melayu termuda di abad ini kerana setidaknya beliau boleh dijadikan sebagai ikon dan menjadi perangsang untuk kita sama-sama menjejaki langkah beliau.
Jadi itulah serba sedikit info mengenai Saudara jutawan kita Irfan Khairi yang cuba aku artikalkannya di dalam blog ni untuk dijadikan bahan bacaan umum dan juga untuk memberi semangat kepada mereka yang juga menjalankan perniagaan yang sama sperti beliau.Semoga kita mengikut jejak langkah beliau insyallah..
Di bawah aku cuba eksyen cikit kat korang (haha) gambar aku bersama irfan khairi di satu talk beliau yang diadakan di sebuah hotel terkemuka pada minggu lepas.Semoga aura kejayaan beliau berpindah pada aku.hehe…
Aku Pun mahu jadi jutawan juga
Untuk perbincangan mengenai Irfan Khairi boleh tinggalkan komen di bawah ye..
Sebut sahaja perniagaan Internet pasti terbayang ribuan ringgit dalam kepala sesetengah rakyat Malaysia sekarang. Bagi mereka menjana pendapatan di Internet ini sangat mudah dan pasti akan mendapat pulangan yang sangat lumayan. Ya betul. tidak nafikan bahawa anda semua boleh menjana pendapatan di Internet dan tidak mustahil jika pendapatan anda mencecah jutaan ringgit sekali pun.Saya sendiri juga bercita-cita seperti demikian.Cuma ia memerlukan sahaja kerana saya percaya bahawa sudah ramai yang mampu lakukannya dengan kuasa Internet.
94% Perniagaan Internet Gagal Pada Tahun Pertama Namun, anda perlu ingat dengan fakta ini iaitu 94% perniagaan Internet gagal pada tahun pertama. Inilah hakikat pedih dan pahit yang patut kita terima. Oleh itu, saya ingin memberi beberapa perkara penting yang perlu anda ambil iktibar jika anda ingin memulakan perniagaan Internet. Jika anda mempunyai beberapa ciri yang saya akan nyatakan sebentar lagi, silalah ubah dengan segera atau anda boleh lupakan terus tentang perniagaan Internet. Ini kerana perniagaan Internet tidak sesuai untuk anda.
5 Sebab Kenapa Anda Tidak Boleh Menjana Duit Di Internet
Anda malas untuk membaca. Ini mungkin perkara remeh bagi sesetengah orang dan mengikut fakta masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mengamalkan tabiat membaca. Mungkin juga ada di kalangan pembaca yang mengatakan “Ala.. aku dulu time sekolah tak baca buku pun dapat straight A”, “Rimas aku nak baca buku/ebook yang tebal-tebal” dan sebagainya.Hakikat yang perlu anda terima ialah perniagaan Internet perlu dipelajari melalui pembacaan. Ya, untuk berjaya dalam perniagaan Internet anda tidak boleh hanya bergantung harap kepada seminar, video tutorial yang anda hadiri tetapi anda perlu mengambil inisiatif untuk membaca bahan-bahan ilmiah berkenaan perniagaan Internet di blog-blog, forum, website dan sebagainya.Kita percaya dan yakin bahawa usahawan Internet berjaya yang ada sekarang pasti meluangkan masa berjam-jam sehari di Internet untuk membaca perkara-perkara berkaitan perniagaan Internet. Anda boleh dapat banyak info tentang perniagaan Internet dengan menggunakan search engine dan jika anda mendapat wang yang lebih, anda bolehlah membeli ebook-ebook yang ditawarkan di Internet. Ringkasanya, jika anda malas membaca maka ucapkanlah selamat tinggal kepada perniagaan Internet.
Malas untuk membuat kajian.Anda sendiri tahu bahawa setiap minit pasti akan muncul usahawan-usahawan Internet baru yang mencuba nasib menjana pendapatan di Internet. Ini merupakan satu perkembangan yang baik kepada industri perniagaan Internet dan ekonomi negara. Namun, ini merupakan satu petanda buruk kepada mereka yang baru hendak menapak diri dalam perniagaan Internet. Kenapa? Sudah pasti kerana persaingan yang sengit. Oleh itu, untuk menjadikan anda seorang usahawan Internet yang berjaya ialah anda perlu membuat kajian terhadap sesuatu perniagaan yang anda ingin mulakan. Dengan kajian yang anda lakukan anda dapat mengurangkan risiko untuk anda gagal dan tidak tergolong dalam 94% yang gagal.Kita tidak dapat bayangkan jika anda memulakan perniagaan Internet tanpa membuat sebarang kajian kerana anda akan terdedah dengan pelbagai kemungkinan yang akan menimpa perniagaan anda. Namun jangan gusar kerana tidak semua perkara perlua dibuat kajian yang terperinci. Cukuplah sekadar mengetahui sama ada produk yang anda ingin jual itu ada permintaan ataupun tidak. Jika produk fizikal, itu sudah memadai kerana setiap produk fizikal yang dihasilkan dalam dunia ini sudah mempunyai permintaannya yang tersendiri. Namun, jika anda abaikan terus aspek ini, anda pasti tersungkur di persimpangan jalan untuk menjadi seorang usahawan Internet yang berjaya.
Malas untuk mencari jawapan. Anda pasti sudah lali dengan peribahasa “Malu bertanya sesat jalan” dan inilah realitinya dalam dunia perniagaan Internet. Namun konsep pertanyaan dalam perniagaan Internet lebih mudah kerana anda mempunyai search engine, forum, blog dan sebagainya. Anda boleh bertanya soalan kepada mereka yang pakar dan anda juga boleh mencari jawapan sendiri dengan menggunakan search engine. Saya pernah bercakap dengan seseorang yang berminat untuk memulakan perniagaan Internet tetapi beliau tiada usaha langsung untuk bertanya ataupun mencari jawapan. Selepas setahun berlalu saya lihat dia masih lagi ditakuk lama kerana dia malas untuk mencari jawapan terhadap sesuatu permasalahan. Percayalah dengan menggunakan Internet segala persoalan anda pasti akan terjawab. Cuma terpulang kepada diri dan sikap anda sendiri sama ada ingin berjaya ataupun gagal dalam perniagaan Internet.
Takut untuk melabur. Ya, lupakan hasrat anda untuk menjana wang di Internet jika anda takut untuk melabur. Maksud saya di sini ialah anda takut untuk mengeluarkan sedikit wang untuk pelaburan bagi perniagaan anda. Ramai usahawan Internet yang berjaya dan satu persamaan sikap yang terdapat pada mereka ialah mereka sanggup untuk melabur bagi perniagaan mereka. Mereka sanggup melabur sehingga mencecah puluhan ribu ringgit untuk perniagaan mereka. Wah, mungkin ada yang mengatakan bahawa frasa puluhan ribu ringgit ini tidak realistik untuk diungkapkan kepada para newbie. Baiklah, contoh paling mudah ialah jika anda seorang blogger(penulis blog) tentang dunia hiburan. Pelaburan yang perlu anda lakukan untuk berjaya ialah: * Membeli domain + hosting – Ini merupakan keperluan asas untuk menjadi seorang peniagan internet yang berjaya. * Membeli software atau programme yang berguna * Membeli buku-buku panduan perniagaan internet. Dengan beberapa pelaburan tersebutlah anda boleh menjadi seorang yang berjaya dalam menjana wang di Internet. Jika tidak sanggup untuk melabur dengan alasan takut rugi, maka lupakanlah sahaja hasrat anda untuk menajana pendapatan di Internet.
Takut untuk mencuba. Golongan yang takut mencuba merupakan golongan yang teramai pernah dijumpai setakat ini. Dia tahu tentang potensi perniagaan Internet, dia tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan Internet dan banyak lagi perkara yang di tahu. Namun, cukupkah hanya sekadar tahu? Adakah sekadar tahu anda boleh berjaya? Tidak! Untuk berjaya anda perlukan tindakan! Cubalah apa jenis perniagaan pun dalam dunia ini, tanpa sebarang tindakan anda tidak akan mencapai sebarang kejayaan. kepada anda yang tergolong dalam kumpulan ini agar terus bertindak dan jangalah memberikan 1001 alasan untuk tidak bermula kerana anda juga yang rugi. Anda juga yang tidak akan belajar apa-apa perkara baru dengan hanya berdiam diri dan memerhati. Jika anda terus berdegil untuk menjadi pemerhati, maka anda bolehlah tutup kamus perniagaan Internet anda sekarang kerana anda pasti gagal! Perkongsian Yang Pahit Tetapi Itulah Hakikatnya.
Post kali ni akan membincangkan mengapa ramai orang yang tidak akan menjadi kaya.dan bagaimana anda tidak menjadi salah salah seorang daripada mereka.Apabila anda tahu tentang rahsia ini dan buat apa yang mereka telah lakukan, anda akan menjadi seperti mereka. Sebaliknya, jika anda tidak faham dan buat apa yang mereka tidak lakukan, anda tidak akan kaya.Konsepnya cukup mudah tapi itulah hakikatnya.Selepas mengetahui 5 sebab ini, hidup saya mula berubah.Dan sekarang giliran anda pula. Berikut adalah 5 sebab mengapa ramai orang susah untuk menjadi kaya dan
bagaimana anda tidak menjadi seperti mereka!
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi, pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula melangkah ke arah kejayaan.Nampakkah anda masalahnya disini?Lagi lama anda menunggu untuk bermula, lama lagi untuk anda menjana wang, kejayaan dan gayahidup yang anda mahukan.
Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan mendapat ganjarannya.Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan.Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini dengan
melangkah ke arah kejayaan.
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan liabiliti. Perbezaanya saya ringkaskan disini: Aset adalah sesuatu yang masukkan duit kepoket anda. Hutang pula ialah sesuatu yang keluarkan duit dari poket anda.
Aset : Wang masyuk
Liabiliti: Wang keluar
Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan harta benda adalah aset mereka.Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan anda keluarkan wang dari poket anda. Mereka MAHUKAN wang daripada anda. Mereka tidak BERIKAN anda wang.Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya itu adalah
liabiliti = hutang!
Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan.Hanya terdapat satu cara untuk anda lakukannya. Dan ianya
membawa kita kepada…
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #3 : Fokus kepada pendapatan aktif daripada pasif
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Ada seorang jutawan yang mengatakan. Beliau berkata “Jika anda tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya.” Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada bekerja. Anda bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk sejam bekerja dan sampai disitu sahaja.
Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang tidak lagi anda lakukan.Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk anda menuju kekayaan.
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~=
Sebab #4 : Tidak faham atau tidak gunakan sistem menjana duit
Sistem buat duit ialah sesuatu aktiviti yang boleh buat duit untuk anda tanpa perlu kerja. Dengan lain perkataan, ianya satu sistem yang buat duit secara automatik.Aset yang sebenar hanyalah satu sistem atau yang berkait dengannya.Selepas anda mencipta atau gunakan satu sistem buat duit,tiada had berapa banyak duit yang boleh anda perolehi.Dengan menjadi pakar kepada sistem duit akan membawa kekayaan diluar dugaan anda.
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=~=~=~=~=
Sebab #5 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman
~=~=~=~=~=~=~=~=~=~=~~=~=~=~=~==~~=~=~=~=~=
Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda mesti memecutdaripada garisan permulaan dan mengikut terus sehingga ke garisan penamat.Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanya sekali.Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba ke garisan penamat. Anda bukan sahaja perlu bermula,tetapi mesti tabah mengharungi semuanya.Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi punca kegagalan sesorang.
Sebab itulah jika anda sanggup menyertai 5 peratus mereka yang mengikut 5 perkara diatas, anda mempunyai peluang yang besar untuk menempa kejayaan dan kemewahan.Ianya cukup mudah.anda perlu membuat keputusan untuk mengikut perkara diatas dan lihat perubahan pada hidup anda nanti. Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakkan orang lain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu.Inilah masanya untuk anda membuat keputusan.
Tiada apa yang boleh digembirakan dengan Belanjawan 2010kali ini. Suatu yang menyedihkan kepada rakyat biasa.Pengurangan cukai yang sedikit…hanya dibawah RM100 untuk setahun, tidak menggembirakan langsung.Pada saya dan kebanyakan rakyat biasa, lumrahnya masalah perbelanjaan terbahagi kepada 4 bahagian:
1- Kos harga makanan yang semakin meningkat
——————————————————————————————-
Kebanyakan harga barang untuk keperluan seharian semakin meningkat dengan peningkatan harga petrol yang tidak pernah turun – turun Walaupun kerajaan telah melakukan beberapa langkah untuk menurunkan harga petrol.Dan tiada langkah yang diambil untuk mengatasi peningkatan.kenaikan harga walaupun jumlah gaji masih ditahap yang sama.
2-Sebahagian besar dari wang gaji digunakan untuk membayar
ansuran kenderaan
——————————————————————————————–
Harga kenderaan di Malaysia adalah antara yang tertinggi didunia dengan wujudnya beberapa cukai yang tersembunyi.Kenapa tiada langkah yang sewajarnya diambil untuk menyelesaikan masalah ini. Kenderaan bukannya kehendak, tetapi sudah menjadi suatu keperluan kepada kita dimasa kini…owhhh..
3-Sebahagian besar dari wang gaji digunakan untuk membayar ansuran atau sewa rumah
——————————————————————————————-
Pheww….lebih 35% dari wang gaji digunakan untuk membayar ansuran atau sewa rumah..Hampir keseluruhan harga hartanah di bandar besar diMalaysia semakin melambung. Menyedihkan lagi keadaan, tiada langkah pengawasan yang lengkap terhadap sistem “sewa atau beli” di Malaysia. Cuba anda lihat sewa rumah di bandar besar seperti Johor dan Kuala Lumpur.Tidak masuk diakal dengan harga rumah atau sewa yang melampau.Dan tidak memeranjatkan jika harga sewa rumah saiz sederhana akan menyamai gaji seorang penolong pengurus 5-10 tahun akan datang…bersediakah anda??
4-Kos pendidikan anak-anak
——————————————————————————————-
Kepada mereka yang tidak mendapat tempat di universiti awam , sudah pasti terpaksa memilih private college yang melibatkan kos yang tinggi..tetapi kenapa kerajaan tidak memberi subsidi untuk perkara ini
Jadi, kesimpulannya kerajaan tidak tahu apa yang kita tempuhi seharian..bersediakah kita untuk tahun
yang mendatang???Fikir-fikirkanlah dan renungkan.
Terdapat tiga (3) jenis aliran pendapatan yang boleh diklasifikasikan seperti di bawah.
1. Buat Sekali – Dibayar sekali
Jika anda laksanakan kerja, jualan atau melaksanakan sesuatu kontrak sekali sahaja, anda juga akan dibayar
sekali sahaja dan pendapatan anda akan berakhir di situ sahaja.
2. Berterusan Bekerja – Berterusan Dibayar
Jika anda buat kerja pejabat dari pukul 9 ke 5, anda akan berterusan dibayar selagi anda berterusan bekerja
dengan majikan anda – dan ini biasanya dipanggil pendapatan berterusan. Ini adalah jenis pendapatan
yang “dinikmati” oleh golongan pekerja. Walaupun anda seorang pakar bedah otak, peguam atau jurutera, anda
cuma akan dibayar selagi anda berterusan bekerja. Jika anda berhenti bekerja baki akaun bank simpanan anda
akan mula berkurangan.
3. Buat Sekali Dengan Betul – Dibayar Berulang-Ulang Kali
Jenis pendapatan yang ketiga ialah pendapatan berulang di mana anda akan dibayar walaunpun anda sudah berhenti
bekerja. Sebagai contoh, jika anda menulis buku, anda akan dibayar melalui pendapatan royalti selagi buku anda itu berjaya dijual untuk kerja yang cuma dilakukan sekali.
Kebanyakan daripada orang yang kaya dan hidup mewah mencipta kekayaan dari satu bentuk aliran pendapatan
berulang. kita ambil penyanyi Michael Jackson sebagai contoh. Beliau masih menerima royalti hasil daripada penjualan album yang beliau buat berdekad yang lalu. Beliau juga boleh mempakejkan semula lagu-lagu lama beliau dan menjualnya untuk menjana pendapatan baru. Beliau tidak perlu menghabiskan masa di studio untuk menghasilkan
lagu-lagu baru untuk mendapatkan aliran tunai yang berterusan!
Ianya tidak memerlukan seorang genius untuk mengenalpasti apakah jenis pendapatan yang seseorang itu inginkan.
Pendapatan Berulang (recurring income/residual income/royalty income) adalah situasi yang paling ideal antara
ketiga-tiga situasi di atas. Kita semua ingin bekerja sekali dan dibayar berulang-ulang kali. Itulah kuasa pendapatan berulang-ulang!
Majoriti golongan profesional yang menikmati pendapatan seperti ini ialah mereka yang terlibat dalam bidang kreatif seperti pelakon, penulis, penyanyi dan pelabur.Malangnya, tak ramai daripada kita yang dianugerahkan dengan bakat seperti Michael Jackson, apatah lagi peluang untuk berkecimpung dalam industri yang mewah ini. Bagaimanapun, ada satu peluang yang meningkat naik untuk orang-orang biasa seperti kita untuk menikmati pendapatan berulang dalam abad ke 21 ini.Betul tekaan anda: ianya tak lain dan tak bukan ialah Pemasaran Bertingkat, Pemasaran Rangkaian atau seperti affiliate multi tier.
Banyak sebenarnya cara yang boleh kita lakukan untuk mendapat pendapatan berulang seperti yang dibincangkan.Tak lain tak buka ialah kita jual produk yang laris di pasaran (internet).Set up autores,web jualan yang lengkap dan promosi.Itu adalah salah satu cara menjana pendapatan berulang walaupun anda tengah tido.Sistem beroperasi selama 24 jam dan selama itu lah perniagaan kita akan berjalan tanpa henti.Selain itu juga anda boleh join program affiliate yang menawarkan komisyen yg berulang.Saya ada bisnesnya kalau anda berminat boleh hubungi saya.Saya tak nak masukkan di dalam post ni sebab artikal ini di tulis hanya sekadar perkongsian untuk semua.Sekian.