Salam,,..bukan komisyen affiliate saya dicuri orang itu hanya sekadar gimik saja . Sebenarnya saya nak kongsikan berkenaan dengan ilmu affiliate. Ianya adalah asas saja iaitu cara menyelamatkan komisyen affiliate. Walaupun ianya asas jika komisyen anda hilang ia amat merugikan diri sendiri.betul tak.hehe. Artikal sebelum ini pernah membincangkan tentang cara nak sembunyikan link affiliate. jika belum baca boleh ke sini KLIK SINI
Jika anda menggunakan facebook untuk mempromosikan sesuatu produk affiliate anda perlu pendekkan url affiliate anda supaya orang yang akan klik link tersebut akan terus di bawa ke laman sebenar menerusi link affiliate kita sendiri. Sebagai contoh apabila mendaftar anda akan diberikan link yang panjang begini:
Untuk melihat hasilnya anda boleh klik dikedua-dua link tersebut laman yang sama akan keluar.Anda juga boleh customize url tersebut. Bagusnya bit.ly ini adalah anda boleh lihat berapa ramai yang klik link tersebut.
Jadi jika anda ingin mempromosikannya di facebook maka anda perlu guna link pendek tersebut:
Bila anda attach saja maka paparan yang terhasil adalah:
Penerangan: Jika orang klik pada link tersebut maka mereka akan terus dibawa ke laman sebenar menerusi link affiliate anda.Jika berlaku jualan, anda akan dapat komisyen. Tetapi jika anda menggunakan link yang panjang (gambar dibawah) kemungkinan komisyen anda hilang disebabkan pelawat klik pada 2 link yang berbeza.lihat gambar dibawah:
Dan bila anda attach paparan yang terhasil begini:
Penerangan: lihat ada 2 anak panah yang menunjukkan ada 2 link yang berbeza. Diatas dan link bawah. Link diatas adalah link affiliate anda. Dan dibawah adalah link utama (pemilik produk). Jika pelawat klik link diatas maka anda bernasib baik kerana pelawat akan dibawa ke laman menerusi link affiliate anda. Anda dapat komisyen jika ada pembelian.
Tetapi jika pelawat klik link dibawah dan terdapat belian dari pelawat anda akan kehilangan komisyen kerana pelawat membeli dari link utama bukannya dari link affiliate anda.Saya harap anda faham dengan penerangan ini So untuk menyelamatkan komisyen anda perlu pendekkan url anda. Cara ini perlu digunakan kalau ingin mempromosikannya di laman sosial facebook.. Sekian…
p/s: Subscribe blog ini (di sidebar kanan) dgn memasukkan email untuk mendapatkan update dari blog ini terus ke email anda.
Assalamualaikum usahawan internet semua, Tanpa berleter panjang hari ini saya ingin kongsikan ilmu newbie berkenaan dengan affiliate. Rata-rata ramai yang menceburi bidang ini kerana ianya amat mudah dilakukan dan kosnya adalah zero tanpa sebarang modal diperlukan. Walaupun ianya mudah tetapi jika strategi yg digunakan tidak mengena maka hasilnya mungkin zero. Jadi sebelum itu jika anda newbie anda perlu tahu terlebih dahulu apa itu affiliate.
Affiliate dengan bahasa mudahnya adalah ejen. Maknanya kita diberi peluang untuk menjadi ejen kepada pemilik sesuatu produk untuk menjual produk tersebut. Jika berlaku jualan melalui link affiliate kita maka kita akan dibayar komisyen.Mudah bukan? Itulah affiliate..kalau bahasa pasarnya ‘orang tengah’.
Jadi hari ni bukan itu yg saya nak kongsikan kepada anda semua tetapi bagaimana kita ingin menjadi seorang affiliater yg tampak professional iaitu kaedah sembunyikan link affiliate anda. Anda tahu kan jika mendaftar affiliate di sesuatu produk anda akan diberikan link affiliate. Link tersebut amat panjang utk anda promosikan dan ianya nampak macam tidak pro . Ini contoh link affiliate:
Jika anda mendaftar anda akan diberikan link seperti di atas.Panjang kan? Payah nak promote macam ni.Dan bila disembunyikan link tersebut akan menjadi seperti ini:
Mana satu pilihan anda link panjang atau link pendek? Ianya seolah-olah produk tersebut adalah milik anda sendiri. Kalau tak percaya cuba klik dikedua-dua link di atas hasilnya sama tak? Ok saya kongsikan cara sembunyikan link. Cara ini anda perlulah ada nama domain anda sendiri untuk tumpangkan link affiliate anda di sana.Dalam artikal ini saya gunakan nama domain saya sendiri untuk tumpangkan link affiliate produk tersebut.
CloakScript
Sekarang anda copy script ni (copy semua dari< HTML> hinggalah </HTML> ):
Anda copy dan paste di notepad. Ok sekarang anda hanya perlu ubah 2 benda sahaja.
Page title here- anda tukarkan kepada tajuk anda sendiri. Contoh seperti ‘buat duit dengan blog’
YOUR-AFFILIATE-LINK-HERE -anda tukarkan kepada link affiliate anda sendiri
Kemudian lihat gambar di bawah cara seterusnya
Bila dah save file yg terhasil begini
Sekarang anda hanya perlu uploadkan file index tersebut ke hosting anda dengan menggunakan filezila/coreftp. Perhatian! bila anda dh masuk ke server pastikan anda masuk ‘public html’ ok.
Folder kb terhasil kemudian anda klik di folder ‘kb’ tersebut (jgn ikut saya sbb kb tu contoh produk yg saya gunakan. anda boleh gunakan produk anda sendiri ok) dan… (lihat gambar di bawah)
Sekarang untuk lihat hasilnya taip http://domainanda.com/folderprodukanda di browser anda . Jika produk saya begini http://khairulizuan.com/kb
Begitulah pengajian kita pada hari ini iaitu bagaimana menyembunyikan link affiliate yg panjang menjadi pendek dan seolah-olah produk tersebut milik kita sendiri.OK saya harap artikal ini dapat membantu newbie yang masih baru dalam dunia affiliate.Selamat maju jaya..Sekian
p/s : Jika anda suka dengan artikal ini sila “like”
p.p/s:Jika anda tidak mahu ketinggalan artikal di blog ini blh masukkan email utk dapatkan update terus ke email anda
Salam kepada pelawat yg singgah ke blog ni.saya rasa petang ni nak kongsikan sedikit tips bagaimana korang boleh promosikan program buat duit free iaitu dengan affiliate.First korang mestila kena tau apa itu affiliate dan bgaimana buat duit mlaluinya.klu ada yg xtau boleh refer kt cini http://khairulizuan.com/affiliate/apa-itu-affiliate/…affiliate ni sape-sape pun boleh join sbb 90% utk sertainya adalah percuma saje.
Tapi ramai yang tak cuba ambil peluang ni mungkin gaji dorang sudah cukup kot dan tak perlu lagi nk berbisnes-bisnes ni.hehe tak pe la go on dorang.Saya pun bukanlah seorang yang pakar dalam affiliate cuma walau tak banyak,saya pernah terima komisyen hasil dari program affiliate yang saya sertai.Bila dah dapat komisyen baru kita akan rajin dan bersemangat untuk teruskan promosi affiliate ni.Ok topik kita bagaimana nak promosi affiliate setelah korang mendaftar dimana-mana web produk yang mnawarkan program affiliate.Saya cuba ceritakan yang asas sahaja cukup untuk korang tau dan paham seterusnya terus korang praktikkannya.
Ok cara mudah saja.Bagaimana promosi seperti:
laman web social (facebook)-anda boleh promosikan dengan meletakkan status berkaitan bisnes yg korang jalankan.Jangan melakukan spam.Selain tu juga anda perlulah ramai kawan dalam list fB tu.Andai kata friend korang ramai kebarangkalian untuk orang membeli adalah tinggi.Selain tu juga korang kena target juga buat ssuatu.contoh korang promosikan produk yang berkaitan dengan rahsia bisnes MLM,korang search group yg berkaitan dengan MLM dan join as a fan or member.Then boleh la postkan promosi korang tu.Korang juga boleh bina group sendiri dalam fB tu dan bermacam-macam lagilah caranya
Friendster-korang boleh postkan buletin berkenaan bisnes korang.Penting juga korang mesti ramai kawan untuk kebarangkalian orang membeli.
Email marketing-korang juga boleh gunakan email sebagai medium untuk menyampaikan sesuatu.Hantar email pada kenalan korang sendiri.Sekiranya korang ada bajet lebih,bolehla sewa autoresponder pula sebab autores ni akan memudahkan lagi kerja korang dengan menghantar email secara automatik terus ke email dengan.Tapi korang nak kena ada mailing list (org yg subscribe utk dptkan ssuatu con ebook free ker) dahulu untuk guna autores ni.
Blog-blog adalah medium terbaik untuk mempromosikan perniagaan.korang tau?dengan blog korang boleh buat duit macam2 dengan internet.Bukan affiliate saje yang boleh anda promosikan.Contoh boleh lihat di sidebar blog saya itu semua adalah program affiliate yang saya jalankan.Dengan trafik yg tinggi korang juga akan dapat keuntungan yg lumayan jugalah melalui blog ni.
Ok lah saya rasa cukup disitu sedikit ilmu yang saya sampaikan.Sebenarnya banyak lagi cara-cara promosi yang boleh dilakukan cuma korang kena la rajin2 mencari dlm internet dan juga bertanya pada orang.Insyallah untuk mendetailkan lagi cara mempromosikan affiliate saya akan cuba buat satu artikal khas yg menerangkan bagaimana mempromosikan affiliate.Sekian jumpa de next post…Salam
Salam.hari ni nak membincangkan apa itu affiliate.Saya tahu bukan semua yang tau tentang affiliate ni dan bagaimana nak jana wang melaluinya.Dan post kali ini ditujukan kepada para newbie dan golongan yang tak tau langsung apa itu affiliate.Biar kita ni celik dalam bidang camni sebab ramai sangat yang dah join program seperti ini.Jadi jangan kita ketinggalan dalam hal macam ni.Yelah affiliate satu program yang teramat mudah nak lakukan.Jadi takde alasan untuk anda tidak lakukan program ni.Orang lain dah berangka-angka pendapatan hanya dengan buat affiliate saje.Dan sekarang giliran anda dan saya.ok lah berbalik tajuk asal apa itu affiliate program.
Affiliate program adalah cara bisnes yang menguntungkan dan mudah.Anda boleh sertainya tanpa mengeluarkan satu sen pun.Affiliate terbahagi kepada 3 elemen iaitu:
1. Pay-Per-Sale – PPS (Dibayar berdasarkan jualan)
2. Pay-Per-Lead – PPL (dibayar berdasarkan download)
3. Pay-Per-Click (Dibayar berdasarkan klik)
Kita lihat PPL ni camana.PPL kebiasaannya dianjurkan oleh owner web/blog yang menawarkan ebook percuma kepada para downloader/subcsriber.Bila anda mengisikan nama dan email,kemudian anda akan diberikan link donwnload ebook tersebut dan link pendaftaran anda.Selepas anda mendownload ebook tersebut dan sudah mendapat link pendaftaran anda bolehlah buka akaun affiliate anda dengan link pendaftaran yang telah diberikan.Tujuannya adalah untuk anda menyemak komisyen,mengambil banner untuk dipromosikan dan sebagainya.Selepas itu anda mula mempromosikan ebook percuma tersebut kepada orang lain pula.Apabila orang lain mendownload ebook berkenaan dengan menggunakan link affiliate anda,anda akan dibayar komisyen.Kebiasaannya komisyen affiliate bagi Program PPL ni sikit saje.Kebiasaannya dalam 0.10,0.50 perdownload.Begitulah affiliate berdasarkan PPL ni amat mudah untuk dilakukan oleh sesiapapun.
Kedua affiliate berdasarkan PPC,maksudnya dengan cara orang mengklik saje web berkenaan,kita akan dibayar komisyen.Akan tetapi anda perlu tau bahawa bayaran yang dibayar kepada anda amatlah rendah sekitar 0.01 sen ke 0.10 sen camtu.Jadi saya rasa program seperti ini tak sesuai bagi newbie yang baru.Ye la katakan anda nak dapatkan rm100 dengan program ini.agak-agak berapa yang perlu orang klik web anda tu?sudah pasti memerlukan beribu-ribu klik.jadi program ni hanya sesuai bagi mereka yang memiliki blog atau website yang bertrafik tinggi untuk dilakukan.Jadi saya tak galakkan untuk anda join ni.Saya galakkan anda join program affiliate seperti dibawah.
Ketiga affiliate berdasarkan PPS iaitu berdasarkan jualan.90% affiliate yang anda boleh sertai adalah percuma.Anda promosi dan mendapat komisyen.Kebiasaannya affiliate jenis ini di pasang oleh owner web jualan tentang sesuatu produk.Untuk melariskan lagi jualan ebook mereka tu,diorang pasang sistem affiliate di web jualan.Tujuannya adalah untuk merekrut affiliater atau promoter menjual ebook mereka dan kemudiannya dibayar komisyen berdasarkan jualan yang berjaya dihasilkan.mudah bukan?lupa nak bagi contoh link.Ini adalah link affiliate yang saya sertai sebagai contoh saje http://www.hyprobulksms.net/index.php?id=khaibiz.tapi affiliate yang saya sertai ini adalah berbayar.Cuma yang berbayar ni komisyen yang diberikan adalah tinggi dari affiliate percuma itu saje perbezaannya.Selepas anda mendaftar sebagai ahli affiliate anda akan diberi link affiliate seperti saya ini untuk memudahkan urusan anda melakukan promosi.Selain itu anda juga akan dibekalkan banner yang dah disediakan dalam akaun affilite anda.Dan ia sekaligus memudahkan anda melakukan promosi.Ok apabila anda berjaya mendapat jualan hasil dari link anda tersebut anda akan dibayar komisyen.Mudah bukan?lagipun anda sertainya secara percuma dan jana pendapatan darinya.Seronok kan.lupa sedikit penjelasan kebiasaannya komisyen dibayar mengikut harga produk yang dijual.Contohnya harga produk sekitar rm40,jadi komisyen anda akan perolehi adalah rm20.Bermakna sekitar 50% komisyen yang di tawarkan kepada affiliater ni.Lumayan jugak tu kan.Jadi nasihat saya kalau anda nak lakukan affiliate jenis ini carilah produk yang betul-betul laris dipasaran dan sertainya.
Jadi saya rasa setakat ini saje sedikit perkongsian yang saya rasa ianya diperlukan oleh golongan yang baru nak bermula.Saya rasa anda paham dengan info tersebut kalau anda tak paham pun paham-paham je la.hehe.tak paham anda boleh cari di tuan google untuk penjelasan yang lebih detail lagi.Ok la selamat mencuba sekian.salam….