Tips blogging

March 23rd, 2010

Artikal kali ini adalah mengenai blog dan cara berblogging.Korang sudah ada blog?Saya lihat ramai di kalangan mereka yang aktif di internet sudah memiliki blog sendiri tidak kira la samada blog tersebut adalah yang percuma mahupun yang berbayar.Tapi jika kita serius dalam dunia blogging dengan tujuan ingin menjana pendapatan melaluinya saya nasihatkan dapatkan satu nama domain berbayar dan hasilkan satu blog dot com milik kita sendiri.Banyak kelebihannya jika kita memiliki domain berbayar ni..

Namun,bukan itu yang nak saya cuba kongsikan di sini sebaliknya sedikit tentang tips-tips blogging.Saya kongsikan apa yang saya belajar dan tau kepada mereka yang mahu saje. :) .Mungkin ramai yang tidak tau pentingnya strategi di dalam melakukan sesuatu seperti berblogging.Ilmu ini sebenarnya hanya untuk mereka yang buat duit di internet dengan menggunakan platform blog.Maksudnya sambil-sambil blogging kita  dapat duit.Haa ini lah sedikit tipsnya.Tapi bagi mereka yang tidak buat duit pun boleh aplikasikannya ke dalam blog.Tiada masalah.

Ok tipsnya ialah kalau kita mahukan pelawat yang ramai ke blog kita dan menukarkan pelawat kepada pembeli produk kita ialah cuba kurangkan penggunaan widget-widget yang boleh memberatkan seperti penggunaan video ataupun widget di sidebar blog yang terlalu banyak. Ini secara tak langsung boleh melambatkan proses untuk webpage di buka.Cuba bayangkan apa akan jadi pada mereka yang datang melawat blog kita dengan keadaan loading yang terlalu lambat?Sudah semestinya mereka bosan menunggu dan akhirnya mereka berlalu pergi saje.Rugi kan..Walaupun perkara ini tampak remeh tapi impaknya sangat besar jika kita tidak mengendahkannya.

Selain itu juga,kalau mahu meletakkan banner-banner dari program affiliate yang sedang kita jalankan di blog kita itu, saya nasihatkan jangan letakkan banner yang terlalu banyak sehingga diruangan blog tersebut hanya dipenuhi dengan banner saje.Jadi kurangkan atau letakkan banner yang di rasakan penting. Memadai hanya 3 hingga 4 banner produk sahaja.Ini adalah kerana tujuan pelawat yang datang ke blog kita adalah untuk mengetahui informasi di blog.Jadi beri keselesaan (tidak sakit mata memandang) kepada pengunjung yang datang.(tips:Lagi sikit banner yang di letakkan lagi tinggi untuk org mengklik banner tersebut)

Seterusnya ialah artikal yang di hasilkan janganlah terlalu panjang sehingga menyusahkan para pembaca untuk scroll down.Kalau boleh perenggan pertama atau kedua setiap artikal kita guna aplikasi ‘read more’.paham kan?.Dan kita set up kan jumlah artikal  yang hendak di publishkan.Janganla sampai 20 artikal di publishkan sehingga menyusahkan pembaca untuk scroll down.So,set up hanya 5 atau 6 artikal saje mengikut kesesuaian dan gunakan aplikasi insert more tag (read more).

Jadi saya rasa cukupla kot perkongsian ilmu berblogging.Ada banyak lagi tapi masa sebenarnya tidak mengizinkan memandangkan semasa artikal ini di tulis jam sudah menunjukkan 6 pagi,subuh sudah masuk waktunya,mata pula sudah kuyu.time to rest.hehe.Jadi saya rasa walaupun sedikit moga ianya bermanfaat untuk mereka yang baru dalam dunia blogging.Kalau ada masalah tentang perihal blogging jangan segan dan malu tanya saya.malu bertanya sesat jalan.hehe…sekian

p/s: Kalau mahu mengikut perkembangan blog ni boleh subscribe je.Bila artikal di blog ni di update,artikal akan terus dihantar ke email.

p/s: Dapatkan 10 ebook percuma tentang asas perniagaan internet.belajar dan dapatkan ilmunya kalau serius dalam perniagaan internet KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD EBOOK


Related Posts with Thumbnails

Share

Entry Filed under: Blogging

Facebook comments:

8 Comments Add your own

  • 1. boy_bersahaje  |  March 23rd, 2010 at 5:35 pm

    Wow! Tips yang menarik. Trick blogging ni menag sangat banyak kalau nak diikutkan. Cumanya, semua skill dan tricks boleh digarap melalui experimen dan experience. Semestinya contents adalah yang pertama diikuti dengan themes dan juga widgets. Tak lupa juga elemen terpenting untuk kita dapatkan traffic dari Search engine ialah SEO.

    Thanks bro atas artikel yang bagus!

  • 2. Nabieel SR  |  March 25th, 2010 at 8:38 pm

    Yap..trick blogging ni banyak sebenarnya.

    Berkenaan dengan banner tu boleh pakai Max Banner Ads ia melakukan pengiklanan berdasarkan impression. Setiap kali di refresh website ni iklan akan bertukar-tukar. Boleh download di link yang diberikan

    http://www.maxblogpress.com/plugins/mba/

    PS : Nak letak satu ruangan tu 10 banner pun boleh, nampak lebih kemas :D

  • 3. BlairGrace  |  March 28th, 2010 at 11:12 am

    People deserve wealthy life time and personal loans or just financial loan can make it much better. Because people’s freedom is based on money.

  • 4. AguirreHelen20  |  March 29th, 2010 at 7:12 am

    I guess that to get the business loans from banks you must have a firm reason. But, one time I have got a collateral loan, because I was willing to buy a building.

  • 5. admin  |  March 30th, 2010 at 10:18 am

    terima kasih juga perkongsian bro nabel.mmg banyak cuma itu yang saya cuba masukkan ke dlm artikal kali ni.insyallah di lain masa saya akan update lagi artikal berkenaan dgn blogging

  • 6. zairi faiezil  |  April 5th, 2010 at 2:53 pm

    Salam / Mari teman berteman bersama saya..

    Saya setuju dgn perkongsian anda. Yg paling saya tertarik mengenai jgn terlalu byk letak wiget atu video m’yebabkan pelanggan akan menunggu lama dan terus meninggalkan laman web anda begitu sahaja… Terlalu rugi mungkin pelawat anda potensi menjadi pelanggan anda..

  • 7. zik  |  April 6th, 2010 at 1:47 am

    steady lah bro… mantap tips nie..terima kasih berkongsi idea kepada kitaorang yang masih mentah nie… :-)

  • 8. admin  |  April 7th, 2010 at 1:59 am

    ok harap di manfaatkan.semoga kita terus sama-sama belajar.chaiyok..

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Sila masukkan email anda jika anda mahukan segala update di blog ini dipost terus ke email anda:

 

W3Counter

Sponsor

Pages

Categories

Archives

Recent Comments

Recent Posts

Blogroll

FacebookPages

Alexa Ranking