Cara simple tarik trafik ke blog anda

April 30th, 2010

Salam semua…lama rasanya tak di update blog ini disebabkan masa yang amat suntuk. Jadi hari ni saya cuba adakan masa untuk update blog. Tajuk artikal kali ni ialah tentang bagaimana caranya kita boleh tarik trafik ke blog. Disebabkan ramai yang bertanya caranya untuk mendapatkan trafik yang seimbang so inilah tujuan artikal ini ditulis.Boleh kita sama-sama manfaatkan ilmu yang tak seberapa ni. Saya bukanlah pakar cuma kongsikan apa yang saya tau kepada mereka yang inginkan cara simple yang saya gunakan sendiri.(saya belajar dan pratikkan)

Banyak faedahnya kalau blog kita dikunjungi ramai pengunjung.Lebih-lebih lagi jika kita menggunakan platform blog sebagai medium mempromosikan perniagaan.Tak perlu berhabis banyak duit untuk iklan sana-sana sekurang-kurang menggunakan blog kita sendiri dapat menjimatkan kos perniagaan.betul kan?

Jika kita menjalankan perniagaan dengan menggunakan medium blog untuk promosi lebih berkesan jadi apa yang harus kita ada ialah trafik yang ramai untuk menukarkan pelawat kepada duit atau wang. Bagaimana caranya? Jawapan ini mungkin tiada bagi orang yang baru memulakan perniagaan.

Antara cara (bukan teknik/rahsia) yang saya gunakan sendiri ialah :

  • Facebook – apabila kita update artikal di blog kita jangan lupa untuk di “share” kan di facebook. Kita boleh link kan url blog kita dengan facebook menggunakan satu aplikasi NetworkedBlog.Apabila kita update blog secara automatik artikal kita akan di publishkan di facebook.Simple kan..
  • Komen blog – Ramai orang tidak perasan cara ini sebenarnnya boleh membawa trafik ke blog kita.Kalau kita membaca maklumat di blog-blog orang lain jangan lupa tinggalkan jejak url blog kita di blog tersebut.Komen lah artikal yang ditulis oleh owner blog itu dengan komen-komen yang bagus kemudian tinggalkan url blog anda di situ (masukkan url blog di tempat yg disediakan).Orang yang datang berkunjung ke situ akan terbaca komen kita dan mungkin ingin ketahui siapa kita sape tau. :) .Secara tak langsung mereka klik nama kita dan mereka akan dibawa ke blog kita pula.Nah inilah cara tarik trafik dari blog org lain ke blog kita… :)
  • Chatbox – Ramai pemilik blog yang menyediakan ruangan untuk sembang-sembang jadi ini peluang untuk kita tinggalkan jejak blog kita.Komen di ruangan yang disediakan dan jangan spam!! Komenlah dengan cara yang lebih beretika.
  • Berkongsi maklumat – Ini salah satu cara saya rasa cara yang lebih bagus yang patut digunakan iaitu kongsikan maklumat yang bermanfaat dan boleh membantu masalah orang ramai. Kiranya menjadikan blog kita ni sebagai penyelesai masalah.Blog informasi.. Bukan sekadar menjadikan blog kita sebagai tempat mempromosi sahaja tapi menyediakan maklumat yang berguna kepada para pengunjung yang singgah ke blog kita.Saya yakin mereka yang datang buat kali pertama akan datang sekali lagi dan mungkin berterusan untuk mendapatkan maklumat di blog kita.Sediakan maklumat yang boleh di manfaatkan bersama.Secara tak langsung mereka akan selalu berkunjung ke blog kita.

Ok inilah cara biasa dan asas yang saya gunakan makna kata cara tarik trafik secara zahir (manual) dan sebenarnya ada lagi cara tersirat atau batin :) (cara halus utk pikat google) mungkin saya akan cuba kongsikan teknik (bukan cara) di masa yang lain pula.Orang panggil teknik SEO di mana  artikal kita mudah disenaraikan di enjin carian google..yeah ini wajib belajar kalau nak artikal blog kita ada di first,second @ third ranking di google..Dengan ketahui cara ini maka berpusu-pusu la trafik yang akan datang ke blog kita hanya dari carian google dengan menggunakan keyword yang ‘HOT’.

Walaupun cara yang saya sebutkan di atas nampak biasa, sebenarnya kalau kita rajin amalkannya kita akan di pandang tinggi oleh google (kerana meninggalkan banyak backlink) dan mereka dengan murah hatinya meletakkan rangking blog kita di kedudukan yang baik.Bahasa mudahnya apabila orang taip sahaja keyword di search engine google dengan mudahnya blog kita pantas tersenarai di first ranking.contoh salah satu artikal saya yang tersenarai ranking pertama google

Tau teknik ni google bagi free-free jer trafik kat kita :)

Nantilah di lain masa saya kan cuba kongsikan teknik seo ini..Yang penting amalkan dulu 4 cara di atas.Bila dah expert barulah ke step yang seterusnya pula.Belajar seeloknya ikut step-stepnya jangan gopoh.Perlahan-lahan kayuh..Saya harap dengan perkongsian ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Di lain masa kita jumpa lagi di artikal yang seterusnya.Selamat maju jaya……

p/s: boleh subscribe blog ini untuk mendapatkan artikal terkini di email masing-masing..(di sidebar blog)

p/s: Mahu berkawan dengan saya di facebook? KLIK SINI

p/s: Personal Coaching secara online bermula May ini.Berminat boleh ke sini KLIK SINI

Related Posts with Thumbnails
  • Share/Bookmark

Entry Filed under: Blogging

25 Comments Add your own

  • 1. reyazd  |  May 7th, 2010 at 4:52 am

    Bagus la maklumat yang diberikan. Terima kasih.

  • 2. afendie  |  May 7th, 2010 at 3:25 pm

    bagus maklumat ni.. thx bro, tapi kalau boleh ajar la teknik SEO sikit kat sini bro.. hehe!!..

  • 3. admin  |  May 8th, 2010 at 12:44 am

    boleh bro cuma tak sempat nak update blog..hehe.insyallah nanti nak kongsikan juga..

  • 4. admin  |  May 8th, 2010 at 12:45 am

    sama-sama kasih.ini bukan teknik tapi asas-asas yg biasa blogger buat untuk dapatkan trafik.saya sendiri pun amalkan cara ni.

  • 5. kak nor  |  May 8th, 2010 at 11:50 am

    bagus betul lah maklumat. disini….boleh lah ajar teknik seo…dengan detail…kat sini

  • 6. Radzuan  |  May 8th, 2010 at 5:18 pm

    Salam dari newbie,
    moga semua blogger malaysia berjaya semua handaknya. senang2 saya tanya soalan apa-apa buat Bro Khairul ya.

    radzuan
    http://www.radzuanebiz.com

  • 7. admin  |  May 8th, 2010 at 8:55 pm

    Insyallah semoga kita semua berjaya dalam bidang yg dijalankan.Ok bro tiada masalah kalau saya tau saya jawab :)

  • 8. admin  |  May 8th, 2010 at 8:56 pm

    ini cara yg selalu saya gunakan.cara manual.tapi ianya berksean jika kita selalu praktikkan..

  • 9. Hasz  |  May 11th, 2010 at 7:09 am

    Tima kasih berkongsi pengalaman…

    Hasz

  • 10. admin  |  May 13th, 2010 at 2:10 am

    sama-sama

  • 11. Mantra  |  May 21st, 2010 at 3:09 pm

    Salam,

    Wau mantapnya dapat 1st page. Bro turunkan
    sikit ilmu SEO tu :)

  • 12. admin  |  May 26th, 2010 at 1:12 am

    Biasa je bro.Saya cuba belajar apa yang patut untuk pastikan kedudukan terbaik di enjin carian.Insyaallah jika berkesempatan akan dikongsikan ilmu SEO tu ya.. :)

  • 13. fndrocka  |  May 26th, 2010 at 10:04 am

    teknik basic tu dah tahu…itupun ikut kerajinan.hehe.tapi yang SEO,backlink…memang tak reti den..hoho

    Latest Entri : Taktik menewaskan Abdul Rahman dengan sebelah tangan atau sebelah mata (PES)

  • 14. abu danial  |  May 26th, 2010 at 10:12 am

    perkongsian yg sangat baik,semoga dapat dimanfaatkan.

  • 15. Eiza Vogue  |  May 26th, 2010 at 5:31 pm

    1 info yang amat berguna to new blogger like me. Thanks a lot bro kerna sudi hebahkan ilmu.
    Welcome to my blog greenappleku.blogspot.com.my

  • 16. admin  |  May 31st, 2010 at 4:16 pm

    Saya juga pernah lalui situasi new blogger seperti kamu.Takpe kita usaha insyallah kita pasti boleh

  • 17. admin  |  May 31st, 2010 at 4:17 pm

    sama-sama kita manfaatkan :)

  • 18. admin  |  May 31st, 2010 at 4:18 pm

    Insyallah di lain masa akan update berkenaan SEO pula.. :)

  • 19. ana  |  June 9th, 2010 at 11:38 pm

    terima kasih ats ilmu ini!
    terima kasih sudi berkongsi idea kpd blogger baru =D

  • 20. Fikri  |  July 14th, 2010 at 2:07 am

    salam ,

    Terima kasih sedara , bagus tips yang awak berikan dan setelah dicuba sememangnya cara tersebut berkesan dan yang paling penting menjimatkan . syabas …..

  • 21. Nur Fikri  |  July 19th, 2010 at 9:08 am

    Salam blogger…

    yup cara yang dinyatakan adalah cara yang bagus untuk dipraktikkan kerana saya sudah mencuba cara-cara yang disebutkan nampaknya berjaya . Cayalah…

  • 22. admin  |  July 31st, 2010 at 1:02 am

    sama-sama :)

  • 23. admin  |  July 31st, 2010 at 1:04 am

    semoga berjaya

  • 24. admin  |  July 31st, 2010 at 1:06 am

    sama-sama lah kita usaha dan terus berjaya

  • 25. hakafyamim  |  August 12th, 2010 at 4:18 pm

    Good information for newbie like me =)

Leave a Comment

Required

Required, hidden

Some HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Sila masukkan email anda jika anda mahukan segala update di blog ini dipost terus ke email anda:

 

W3Counter

Langgan Percuma

Dapatkan Ebook Asas Perniagaan Internet Percuma Untuk Anda !!!!!

KLIK IMEJ EBOOK DI ATAS NOW!!

Pages

Archives

Recent Comments

Recent Posts

Friend IM & Blogger

My Website

Categories

Autoresponder