Archive for May, 2010

Bagaimana mendapatkan idea menulis blog

Bagaimana mahu mendapatkan idea untuk menulis di blog ? Soalan ini ramai yang di tanya oleh mereka yang baru dalam dunia blogging ini. Sama seperti saya juga ketika masa dulu. Ingat senang nak dapatkan idea menulis terlebih-lebih lagi jika kita orang baru dalam dunia blogging ini. Sebenarnya tidaklah sesukar mana seperti yang disangka jika ketahui teknik dan cara-caranya. Di kala saya menulis artikal ini idea untuk menulis artikal dalam kepala ni terlalu banyak cuma tidak berkesempatan dari segi masa untuk melakukannya. Macam tu pula ya. :) Dulu tiada idea sekarang mencurah-curah. Kenapa? Semua orang akan mengalaminya jika kita sudah lama sikit dalam dunia ini. Idea akan datang mencurah-curah jika kita dah lama menceburi bidang ini..Jadi sabar perlahan-lahan ikut step ya..

Sebelum kita menulis sebarang bentuk artikal di blog, kita haruslah lihat kepada level kita terlebih dahulu dan blog kita tersebut berkaitan dengan bidang apa. Jika blog kita dibina untuk berkongsikan maklumat tentang perniagaan, artikal yang ditulis hendaklah juga berkaitan dengan perniagaan. Jika kita peringkat newbie, artikal yang di tulis hendaklah yang berkaitan dengan perkara-perkara asas dan berkaitan dengan newbie. Tidak sesuai dan janggal jika kita menulis artikal pada tahap pakar sedangkan kita orang baru.Fahamkan..

Saya cuba kongsikan di sini bagaimana kita boleh mendapatkan idea :

  • Facebook – kita boleh bertanyakan soalan-soalan yang lazim menjadi permasalahan orang ramai melalui status yang kita tulis. Di situ kita boleh lihat tajuk sesuai yang boleh diambil sebagai modal untuk menulis di blog kita. Kalau kita mahukan idea tentang perniagaan, kita tanya saja sahabat fb yang menjalankan perniagaan. Dan jika kita mahukan maklumat tentang kesihatan begitu jugalah.lihat contoh di bawah

  • Forum – Kita juga boleh mendapatkan idea menulis blog dengan berkunjung ke forum-forum yang berkaitan dengan niche blog kita. Sertai  perbincangan di sana dengan berbalas post. Dan juga mencari apa yang menjadi permasalahan utama dalam sesuatu yang dilakukan. Katakan ada beberapa orang forumer yang bermasalah tentang tak tahu untuk promosikan affiliate. Jadi di situ anda boleh jadikan modal untuk menulis di blog. Pastikan idea tersebut kita lebih pakar dari mereka. Jangan menulis sesuatu yang kita sendiri kurang arif.
  • Blog – Dengan berkunjung ke blog orang lain juga kita akan dapat idea menulis blog. Cuba kita cari maklumat yang bagus yang boleh dikongsikan di blog kita. Kita boleh pilih tajuk-tajuk yang sesuai dan berkaitan dengan blog kita. Pastikan juga kita tahu dan arif tentang sesuatu artikal yang mahu di tulis. Kemudian ulas dengan ayat kita sendiri.

  • Pengetahuan – Kita juga boleh menulis di blog berdasarkan pengetahuan yang kita ada. Apa ilmu yang kita ada tentang bidang berkaitan maka kita tulis. Jika kita pernah menjual sesuatu produk maka jadikan pengalaman tersebut sebagai idea untuk dikongsikan bersama di blog kita.

Ini adalah cara bagaimana mendapatkan idea menulis di blog. Sebenarnya ianya tidaklah sesukar mana untuk mendapatkan idea. Tulis saja berdasarkan pengetahuan yang kita ada. Jika kita tiada pengalaman dan masih baru boleh la rujuk di mana-mana tempat seperti yang di sarankan di atas. Sedikit tips, kalau boleh elakkan dari terlalu banyak menulis di blog . Ianya bertujuan bagi mengelakkan kita kekeringan idea untuk ditulis kelak. Ye la mana tak kering idea kalau kesemuanya kita sudah tulis di blog kita dan sudah tiada apa lagi yang ingin di kongsikan. Inilah caranya untuk menjaga jangka masa panjang bila kita berblog. Sekian..

p/s: Jika anda ingin belajar mengenai blog boleh rujuk di sini http://bit.ly/9hEoQe

p/s: Dapatkan artikal terkini blog ini terus ke email anda dengan menjadi seubscriber blog ini.

Share

27 comments May 12th, 2010

Belajar menulis blog

Salam semua berjumpa lagi pada artikal buat kali ini iaitu mengenai belajar menulis blog. Saya percaya masih ramai diluar sana yang baru melibatkan diri dalam dunia blogging dan tidak tau bagaimanakah caranya kita boleh belajar menulis blog. Sudah semestinya mereka yang baru masih kekurangan idea dan cara yang efektif menghasilkan  artikal yang bermutu. Namun saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang ini hanya sekadar perkongsian pengetahuan untuk mereka yang memerlukan dan sudah pasti masih ada kekurangan. Ok tanpa saya berceloteh lebih banyak di sini kita pergi topik perbincangan kita.

Belajar menulis blog…Bagaimanakah caranya? Ok saya kongsikan beberapa panduan yang boleh digunapakai di sini sebelum itu pastikan terlebih dahulu blog kita berkenaan dengan niche apa? Contoh jika niche kita berkenaan dengan kesihatan, maka sesuatu yang hendak ditulis hendaklah juga berkaitan dengan kesihatan. Begitu juga jika niche blog kita adalah berkenaan perniagaan internet, kewangan, motivasi dan sebagainya. Blog kita akan kelihatan profesional dengan niche kita tersendiri. :)

Yang seterusnya ialah perlu ada pengetahuan  mengenai perkara yang ingin ditulis. Sudah semestinya kita memerlukan ilmu pengetahuan sebelum kita menulis sesuatu perkara, betul kan. Bila ada pengetahuan secara tak langsung kita tau apa yang ditulis dan artikal tersebut dapat difahami dengan baik oleh para pembaca. Apa yang paling penting ialah apa yang kita ingin cuba sampaikan itu tersampai kepada pembaca.

Kita juga boleh rujuk tentang artikal yang ingin ditulis tersebut di blog-blog mereka yang benar -benar pakar berkenaan bidang perkaitan kita agar maklumat yang ingin ditulis dan dihidangkan pada pembaca tidak tersalah fakta mahupun maklumat yang tidak betul. Oleh itu jika kita kurang jelas sebaiknya rujuk terlebih dahulu maklumat tersebut di mana-mana tempat, blog, forum dan sebagainya untuk mensahihkannya. Jadi dengan cara ini kita mampu menulis blog dengan lebih berkesan dan terkesan oleh pembaca.

Lagi mengenai cara menulis artikal blog ialah cara penyampaian kita. Maksudnya bagaimana cara penyampaian penulisan artikal yang dihasilkan tersebut adakah ianya mampu memberi manfaat kepada para pembaca. Alah senang cerita diorang mudah boring atau selesa ketika membaca artikal di blog kita itu ataupun tidak. Fahamkan. Jadi di sini kita perlu buat satu strategi dimana para pembaca atau pengunjung yang datang ke blog kita agar dapat sesuatu yang bermanfaat. Bagaimana caranya supaya mereka yang datang ke blog kita tidak boring dan cepat-cepat meninggalkan blog kita? Cara yang saya gunakan ialah :

  • Artikal yang ditulis itu janganlah terlalu panjang sangat sampai berjela-jela. Secara psikologinya manusia ni tidak suka membaca tentang perkara yang banyak. Cukup hanya perkara penting yang ingin di sampaikan. Boleh menulis panjang lebar asalkan kita pandai mengubah cara penyampaian dengan gaya yang berbeza-beza, menarik dan tidak bosan.
  • Setiap ayat yang di tulis kalau boleh bina banyak perenggan dan satu perenggan memiliki dalam 4 atau 5 baris ayat sahaja. Jangan panjang-panjang sampai 10 baris ayat tanpa berperenggan. Kenapa? kita mahukan pembaca selesa dengan gaya penyampaian penulisan kita dan seterusnya mendapat manfaat darinya.
  • Selitkan juga dengan gambar-gambar (satu atau dua) berkaitan dengan artikal kita tersebut. Kenapa gambar? Ya, secara psikologinya manusia lebih suka melihat gambar dari melihat benda lain. Jadi dengan cara kita meletakkan gambar akan membuatkan pembaca lebih bersemangat ingin teruskan membaca (rehatkan minda). Bayangkan jika bentuk penulisan kita  tidak ada gaya yang menarik atau berbeza-beza sudah tentu pembaca akan merasa bosan. Jadi matlamat kita menjadi seorang penulis berjaya tidak tercapai :)

Selain itu juga cara belajar menulis blog berkesan ialah pastikan artikal yang ditulis adalah benar-benar berinformasi dan tip top. Ini kerana jika artikal yang dihasilkan itu benar-benar mampu menyelesaikan masalah orang ramai ataupun berguna sudah tentu mereka akan berpusu-pusu datang ke blog untuk menelaah dan membaca dengan penuh minat. Mereka pasti datang jika artikal kita berkualiti dan mampu memberi manfaat kepada pembaca. :) Begitulah caranya bagaimana menulis artikal blog yang bagus dan bermutu.

Jadi saya fikir cukuplah sampai di sini tajuk penulisan blog yang saya cuba kupas di sini. Saya harap dengan informasi ini dapat di manfaatkan oleh mereka yang terlibat dalam bidang penulisan blog mahupun penulisan ebook. Ianya sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang mahu menulis terutamanya di blog. Jumpa di artikal yang seterusnya.. Sekian dari khai wan

p/s: Antara artikal yang berkaitan mengenai tajuk “belajar menulis blog” boleh juga dipelajari di url blog sahabat blogger saya di bawah ya…

  1. http://nabieel.com/blog
  2. http://mansor53-gdi.blogspot.com
  3. http://safwanz.com
  4. http://faizsufi.com
  5. http://remajablogger.com
  6. http://motivasijutawan.com/

Share

7 comments May 10th, 2010

Kenapa harus memilih perniagaan?

Kenapa harus pilih perniagaan? Dalam hadis Nabi pun ada mengatakan bahawa perniagaan adalah punca rezeki yang baik. 9/10 datangnya rezeki dari perniagaan. Bakinya adalah dari sumber pencarian yang lain. Malah perniagaan merupakan sunnah yang dilakukan oleh baginda sendiri..

Kenapa harus memilih perniagaan? Bila bertanya pada mereka yang menjalankan perniagaan ada yang menjawab ‘aku mahu kaya’ ada juga yang menjawab ‘aku tak nak hidup miskin’ dan bermacam-macam jawapan akan kita perolehi. Bila orang bertanya pula pada saya mengapa saya memilih perniagaan maka jawapan saya adalah kerana saya tidak mahu hidup susah lagi. Saya dari keluarga yang miskin oleh sebab itulah saya memilih perniagaan sebagai jalan penyelesaian hidup ini.Saya miliki matlamat positif dalam minda saya jika saya senang satu masa nanti. Itulah jawapan yang cukup meyakinkan dari saya sendiri. Bukan kaya semata-mata tetapi juga mahukan kekayaan, kesenangan, kebahagiaan, keberkatan yang diperolehi berkat dan diredhai-Nya.

Kesedaran untuk menjadi senang dan kaya ini kebanyakkannya wujud dari kalangan mereka yang pernah hidup susah. Tak percaya? Cuba kita lihat diluar sana orang yang paling berjaya dalam hidupnya kebanyakkannya adalah dari kalangan mereka yang pernah hidup susah. Mereka sedar mereka orang susah oleh itu mereka cuba mengubah nasib mereka dengan melibatkan diri dalam perniagaan. Bila mengatakan seperti ini adakah bermakna orang yang asalnya sudah kaya tidak minat berniaga macam tu ker khai? Oh tidak bukan itu maksud saya. Ada juga dikalangan mereka yang asalnya dari keluarga yang berada yang minat berniaga atas alasan ingin berusaha sendiri dan mahu berdikari tanpa bergantung dengan keluarga. Ya memang ada orang sebegini tetapi jumlahnya adalah sedikit. Mungkin pada pandangan mereka mengapa harus bersusah payah sedangkan mereka sudah senang. Itu jawapan yang logiknya lah.

Jadi apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah kebanyakkannya mereka yang berjaya dan golongan yang memilih perniagaan adalah ramainya dari kalangan mereka yang pernah hidup susah. Itu faktanya yang harus kita terima. Oleh itu jika kita merasakan kita orang yang susah, berusahalah untuk keluar dari kepompong hidup yang  susah sebelum ini. Hinanya hidup kita kalau kita orang yang pemalas untuk berusaha keluar dari kemiskinan tersebut. Dah la miskin, malas pula tu. Apa orang akan kata kepada golongan seperti ini? jawapannya ada dalam diri masing-masing…

Bila kita bertanya pada sesetengah mereka mengapa kamu tidak mahu berusaha mengubah hidup kamu ni kalau kamu tau kamu orang susah? kebanyakkannya akan menjawab “biarlah aku hidup macam ni tak kaya pun tak pe janji bahagia”.(bahagia ker kalau nak bagi makan anak bini pun tak cukup?) Sebenarnya bukan itu jawapan yang ikhlas terkeluar dari mulut tetapi kebanyakkannya di kalangan ini adalah malas untuk berusaha. Bila dikaji itulah sebenarnya jawapannya. Ini antara sifat orang kita sendiri iaitu malas berusaha dan tak nak berhadapan dengan perkara yang sukar, susah, penat dan bermacam-macam lagi alasan. Dengan itu jalan yang di ambil adalah berada di tahap pemikiran yang sama.

Ada juga jawapan yang diterima seperti ini “aku tak mahu kaya sebab bila kaya nanti mudah terpesong dan lupa Allah”. Sebenarnya itu bukan alasan yang kukuh untuk dijadikan alasan. Apa yang membuatkan orang kaya menjadi lalai dan sombong adalah kerana dari individu itu sendiri. Mereka yang menjadikan diri sendiri sebegitu. Harta yang diperolehi dihabiskan pada jalan yang tidak betul (tidak berkat) maka hasilnya adalah negatif bukan? Jadi bagaimana pula dengan orang yang kaya tetapi beriman? Tidakkah ini lagi mulia dan disanjung oleh-Nya? Jadi kenapa tidak kita memilih orang yang senang dengan keberkatan seperti ini. Kita yang menentukan dari asalnya. Jadi orang kaya yang lalai dan lupa allah disebabkan pada asalnya kita memilih jalan tersebut.Betul kan?..Alangkah bagusnya jika kita kaya dalam keadaan beriman. Tidak semestinya nak jadi orang beriman perlu duduk masjid sahaja. Banyak perkara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan keredhaannya. Apa-pun ianya bergantung pada niat individu masing-masing. Percayalah kalau niat kita baik maka hasilnya juga adalah baik.

Sekarang cuba kita pejam mata fikir jauh dan cuba imagine apa yang akan kita lakukan jika kita senang dari segi harta dan wang? Nak pergi haji senang ke susah kalau ada duit? Nak sedekahkan wang untuk pembinaan masjid senang ke susah bila berduit? Bila kita meninggal nanti anak, isteri, cucu kita nanti bagaimana kalau kita tinggalkan mereka sehelai sepinggang? Lihat banyak perkara kita boleh rancang bila  kita orang senang (beriman).Tak mahukah kita recurring income (pahala berterusan) di akhirat kelak? (dalam bisnes ada istilah recurring income yg mmbawa maksud dpt pendapatan berterusan). Banyaknya harta banyak la kebajikan kita boleh buat. Jadi ini adalah plan yang timbul dalam minda saya. Anda mungkin ada pandangan yang berbeza-beza kan.

Tak salah  sebenarnya kalau kita ingin menjadi kaya selagi mana kita tidak melanggar perkara yang di tetapkan. Keinginan setiap individu. Kesimpulannya untuk menjadi kaya jalan yang paling pantas adalah menerusi perniagaan.  Buktinya adalah 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan, besar tu..Melakukan perniagaan adalah jalan terbaik untuk keluar dari kepompong hidup susah. Itu pandangan secara peribadi saya. Set kan dalam minda kita dari sekarang mengapa harus kita menjadi kaya dan pastikan matlamat kita adalah jelas bukan sekadar mahukan kekayaan semata-mata tetapi biarlah ia bermatlamat dan disusuli dengan tindakan. Tiada guna jika sekadar angan-angan mat jenin saje… :)

Dengan hadirnya artikal seperti ini diharap dapat membuka minda mereka yang masih lagi kabur atau kurang jelas  atau anti perniagaan kenapa kita harus memilih platform perniagaan untuk merubah hidup. Semoga dapat manfaat dan motivasi dalam diri masing-masing untuk terus berusaha insyaallah..Maaf jika terlajak bicara yang telah menyentuh hati para pembaca.  Sama-sama kita berusaha..Sekian dari khai wan…

p/s: Dapatkan artikal terkini  terus melalui email anda dengan menjadi subscriber blog ini :)

Share

8 comments May 8th, 2010

Kampung dan bandar dulu dan sekarang

Ramai dari kita asalnya orang kampung kemudian berhijrah ke bandar dan menjadi orang bandar.Suasana kampung memang seronok. Kalau berhari raya rasa macam tak sempurna kalau tak balik kampung. Apa-apa pun kalau dari kampung ia adalah lambang keaslian, kemurnian dan khasiatnya berbeza dari bandar. Telur ayam kampung umpamanya menjadi ubat, begitu juga ayam kampung danmacam-macam lagi.

Waktu Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah, ibunya menghantar baginda ke kampung untuk disusukan orang kampung, Halimatus saadiah dan baginda merasai hidup kampung selama 6 tahun. Tujuannya supaya akhlaknya terbentuk, budi bahasa menjadi baik. Ini kerana di kampung kebiasaannya di diami orang alim. Mereka menghidupkan kampung dengan ajaran agama dan teladan yang baik serta kaya budi bahasa menjadi sanjungan juga kebanggaan orang kampung.

Begitulah suasana kampung satu masa dahulu. Bagaimanapun hari ini sedikit sebanyak suasana kampung sudah berubah. Sedih kita tengok ada orang kampung yang tidak pandai mengaji al-quran, bahkan budaya mengumpat mengata seperti cerita P Ramlee dahulu, dengan menghantar surat layang berkajang-kajang, sms berbaur kata mengata seolah-oleh menjadi budaya baru dalam kampung mencemar kesucian orang kampung.

Apabila dikaji sebab mengapa terjadinya hal seperti ini adalah berkaitan dengan kurangnya kelas mengaji agama seperti satu masa dulu. Bagi sesetengah kampung, ada kelas agama tapi kehadirannya amat menyedihkan. Berbeza pula dengan kehidupan bandar. Masjid dan surau sentiasa ceria dengan kelas agama. Guru yang di jemput semua hebat-hebat belaka, dengan ijazah dan pelbagai kepakaran. Kelas pula pagi petang dan malam. Bagi anak murid cuma perlu memilih mana yang sesuai dengan masa untuk dihadir, kalau hadir semua dah macam pelajar kuliah yang jadualnya cukup padat.

Lebih sedih lagi budi bahasa yang menjadi kebanggaan kampung satu masa dulu sudah mula terhakis, kemurniannya seakan tergilis. Berat sungguh mulut sebahagian orang yang miskin harta untuk mengucapkan terima kasih apabila diberi barangan dan sedekah, seolah-olah tidak terbiasa lagi mengatakannya. Bagi kaum lelaki kedai kopi menjadi tumpuan mereka untuk bercerita. Masa berja-jam sanggup dihabiskan untuk berborak sebagai pemerhati setia pergolakan politik negara.

Bila-bila masa saja kita berkunjung ke kedai kopi orang yang sama duduk dikerusi yang sama berbicara panjang lebar memberi komen apa yang dirasakan tidak kena. Akhirnya masa habis begitu sahaja. Esok? sambung lagi walaupun tahu hari ini komen tadi  belum diperpanjangkan lagi pada pihak yang berwajib. Kadang-kadang komen tu pun belum tentu tepat dan betul.

Ingin rasanya melihat kembali suasana kampung yang menjadi kebanggaan suatu masa dulu dan orang kampung yang boleh dijadikan teladan yang baik. Namun ini tidak mungkin terjadi tanpa pendidikan berterusan, kesabaran dan kerjasama semua untuk memberi kesedaran. Sekian…,

p/s: Dapatkan artikal terkini terus melalui email dengan menjadi subscriber blog ini.

Share

12 comments May 5th, 2010

Dengkur membunuh?

Semasa membaca beberapa buah buku, saya terjumpa satu topik yang agak menarik dan penting untuk dikongsikan bersama iaitu berkenaan dengan masalah dengkur semasa tidur. Apabila lihat kepada tajuk di atas ia sebenarnya tidak membunuh.Jadi jom baca kupasan tersebut dengan lebih mendalam…..

Tidak ada orang yang mati kerana berdengkur.Fenomena yang di alami kira-kira 15% orang dewasa berusia antara 30 hingga 70 tahun di seluruh dunia. 24% lelaki dan 9% adalah dari perempuan.Tetapi apa yang orang ramai tidak ketahui, gejala nafas terhenti sewaktu berdengkur dikatakan boleh memendekkan nyawa.

Masalah dengkur lazimnya di alami oleh kaum lelaki dan individu berlebihan berat badan. Namun ia turut berlaku di kalangan wanita,pada semua peringkat lapisan umur.Dengkuran merupakan bunyi pernafasan yang bising ketika tidur. Ia menandakan terdapat halangan dalam saluran pernafasan.

Gejala nafas terhenti sewaktu tidur disebut apnea dan ianya berlaku apabila pesakit yang sedang berdengkur berhenti berdengkur. Ketika itu mereka akan berhenti bernafas seketika antara 10 hingga 30 saat atau lebih lama. Ya, dengkur tidak membunuh,tetapi apnea inilah yang boleh memendekkan nyawa.

Bagaimana dengkuran berlaku?

Ketika tidur, otot pada lelangit lembut (bahagian lembut di hujung lelangit berhampiran tekak dan mempunyai tisu lembut yang kelihatan tergantung di panggil uvula), lidah dan kerongkong akan berehat. Jika tisu di dalam kerongkong ini menjadi terlalu rehat, ia akan bergetar dan menghalang laluan udara.

Laluan yang sempit akan menyebabkan laluan udara semakin sukar dan tekanan akan bertambah.Semakin tinggi tekanan semakin banyak getaran yang menyebabkan dengkuran bertambah kuat. Jika dengkuran berlaku pada kanak-kanak, masalah ini biasanya disebabkan oleh tonsil atau adenoid. Adenoid adalah fenomena pengumpulan tisu limfatik pada bahagian belakang hidung yang menyebabkan pernafasan melalui hidung terhalang.

Tanam Implan atasi dengkur

Penanaman implan yang disebut sebagai Prosedur Pillar yang bertujuan mengeraskan lelangit lembut untuk mengurangkan getaran uvula akan memberikan lebih banyak ruang kepada kemasukan udara. Implan ini kekal sepanjang hayat dan ia perlu dilakukan sekali sahaja.

Biasanya dengkuran akan berkurangan secara perlahan-lahan dalam masa 10 minggu iaitu apabila tisu pada lelangit lembut menjadi keras. Terdapat beberapa ciri yang perlu dipenuhi untuk membolehkan seseorang menjalani Prosedur Pillar iaitu :

  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Indeks jisim badan (bmi) tidak melebihi 32 kg
  • Mengalami masalah apnea dengan indeks antara 10 hingga 30 episod sejam.(ujian ini boleh ditentukan melalui ujian tidur di makmal-dijalankan di hospital universiti kebangsaan malaysia)
  • Ukuran lelangit lembut melebihi 25 milimeter.
  • Tiada masalah saluran hidung tersumbat.
  • Tiada sejarah pembedahan farinks.

Jadi inilah serba sedikit maklumat yang dapat dikongsikan pada semua. Di harap kita peka dengan masalah-masalah seperti ini. Siapa sangka walaupun dengan hanya berdengkur, ia menjadi salah satu punca berlakunya kematian di sebabkan terputus pernafasan. Harap maklumat ini bermanfaat..Sekian..

p/s: Anda boleh subscribe blog ini untuk mendapatkan artikal terkini dari blog ini terus ke email anda. :)

p/s: Ingin berkawan dengan saya di >facebook< ?

Related Posts with Thumbnails

Share

1 comment May 3rd, 2010


Sila masukkan email anda jika anda mahukan segala update di blog ini dipost terus ke email anda:

 

W3Counter

Sponsor

Pages

Categories

Archives

Recent Comments

Recent Posts

Blogroll

FacebookPages

Alexa Ranking