Archive for April, 2010

Cara simple tarik trafik ke blog anda

Salam semua…lama rasanya tak di update blog ini disebabkan masa yang amat suntuk. Jadi hari ni saya cuba adakan masa untuk update blog. Tajuk artikal kali ni ialah tentang bagaimana caranya kita boleh tarik trafik ke blog. Disebabkan ramai yang bertanya caranya untuk mendapatkan trafik yang seimbang so inilah tujuan artikal ini ditulis.Boleh kita sama-sama manfaatkan ilmu yang tak seberapa ni. Saya bukanlah pakar cuma kongsikan apa yang saya tau kepada mereka yang inginkan cara simple yang saya gunakan sendiri.(saya belajar dan pratikkan)

Banyak faedahnya kalau blog kita dikunjungi ramai pengunjung.Lebih-lebih lagi jika kita menggunakan platform blog sebagai medium mempromosikan perniagaan.Tak perlu berhabis banyak duit untuk iklan sana-sana sekurang-kurang menggunakan blog kita sendiri dapat menjimatkan kos perniagaan.betul kan?

Jika kita menjalankan perniagaan dengan menggunakan medium blog untuk promosi lebih berkesan jadi apa yang harus kita ada ialah trafik yang ramai untuk menukarkan pelawat kepada duit atau wang. Bagaimana caranya? Jawapan ini mungkin tiada bagi orang yang baru memulakan perniagaan.

Antara cara (bukan teknik/rahsia) yang saya gunakan sendiri ialah :

  • Facebook – apabila kita update artikal di blog kita jangan lupa untuk di “share” kan di facebook. Kita boleh link kan url blog kita dengan facebook menggunakan satu aplikasi NetworkedBlog.Apabila kita update blog secara automatik artikal kita akan di publishkan di facebook.Simple kan..
  • Komen blog – Ramai orang tidak perasan cara ini sebenarnnya boleh membawa trafik ke blog kita.Kalau kita membaca maklumat di blog-blog orang lain jangan lupa tinggalkan jejak url blog kita di blog tersebut.Komen lah artikal yang ditulis oleh owner blog itu dengan komen-komen yang bagus kemudian tinggalkan url blog anda di situ (masukkan url blog di tempat yg disediakan).Orang yang datang berkunjung ke situ akan terbaca komen kita dan mungkin ingin ketahui siapa kita sape tau. :) .Secara tak langsung mereka klik nama kita dan mereka akan dibawa ke blog kita pula.Nah inilah cara tarik trafik dari blog org lain ke blog kita… :)
  • Chatbox – Ramai pemilik blog yang menyediakan ruangan untuk sembang-sembang jadi ini peluang untuk kita tinggalkan jejak blog kita.Komen di ruangan yang disediakan dan jangan spam!! Komenlah dengan cara yang lebih beretika.
  • Berkongsi maklumat – Ini salah satu cara saya rasa cara yang lebih bagus yang patut digunakan iaitu kongsikan maklumat yang bermanfaat dan boleh membantu masalah orang ramai. Kiranya menjadikan blog kita ni sebagai penyelesai masalah.Blog informasi.. Bukan sekadar menjadikan blog kita sebagai tempat mempromosi sahaja tapi menyediakan maklumat yang berguna kepada para pengunjung yang singgah ke blog kita.Saya yakin mereka yang datang buat kali pertama akan datang sekali lagi dan mungkin berterusan untuk mendapatkan maklumat di blog kita.Sediakan maklumat yang boleh di manfaatkan bersama.Secara tak langsung mereka akan selalu berkunjung ke blog kita.

Ok inilah cara biasa dan asas yang saya gunakan makna kata cara tarik trafik secara zahir (manual) dan sebenarnya ada lagi cara tersirat atau batin :) (cara halus utk pikat google) mungkin saya akan cuba kongsikan teknik (bukan cara) di masa yang lain pula.Orang panggil teknik SEO di mana  artikal kita mudah disenaraikan di enjin carian google..yeah ini wajib belajar kalau nak artikal blog kita ada di first,second @ third ranking di google..Dengan ketahui cara ini maka berpusu-pusu la trafik yang akan datang ke blog kita hanya dari carian google dengan menggunakan keyword yang ‘HOT’.

Walaupun cara yang saya sebutkan di atas nampak biasa, sebenarnya kalau kita rajin amalkannya kita akan di pandang tinggi oleh google (kerana meninggalkan banyak backlink) dan mereka dengan murah hatinya meletakkan rangking blog kita di kedudukan yang baik.Bahasa mudahnya apabila orang taip sahaja keyword di search engine google dengan mudahnya blog kita pantas tersenarai di first ranking.contoh salah satu artikal saya yang tersenarai ranking pertama google

Tau teknik ni google bagi free-free jer trafik kat kita :)

Nantilah di lain masa saya kan cuba kongsikan teknik seo ini..Yang penting amalkan dulu 4 cara di atas.Bila dah expert barulah ke step yang seterusnya pula.Belajar seeloknya ikut step-stepnya jangan gopoh.Perlahan-lahan kayuh..Saya harap dengan perkongsian ini dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Di lain masa kita jumpa lagi di artikal yang seterusnya.Selamat maju jaya……

p/s: boleh subscribe blog ini untuk mendapatkan artikal terkini di email masing-masing..(di sidebar blog)

p/s: Mahu berkawan dengan saya di facebook? KLIK SINI

p/s: Personal Coaching secara online bermula May ini.Berminat boleh ke sini KLIK SINI

Share

46 comments April 30th, 2010

Pelancaran Mentor jutawan Irfan Khairi

Sekiranya anda ingin menjadi seorang doktor pakar, anda perlu belajar di Medical School. Sekiranya anda ingin belajar perniagaan, anda perlu belajar di Business School. Tetapi, sekiranya anda ingin menjadi jutawan, anda memerlukan mentor-mentor jutawan!

Adakah anda bersetuju dengan kata-kata ini?

Assalamaualaikum dan salam sejahtera. Siapa di kalangan kita yang mahu menjadi jutawan? Orang kurang waras sahaja akan mengatakan ‘aku tidak berminat jadi jutawan’. Semua orang mahu jadi jutawan bukan?Termasuklah saya sendiri. Tapi tiada gunanya melafazkan kata-kata tersebut jika hanya sekadar berkata-kata di bibir mulut sahaja tanpa melakukan sebarang usaha  dan bekerja keras. Tiada kejayaan sebelum kita hadapi sebarang kegagalan terlebih dahulu.Yang penting kita usaha,usaha dan terus berusaha.

Jadi berbalik pada tajuk asal tujuan artikal ini ditulis adalah untuk membuat sedikit pengumuman tentang pelancaran ebook digital mentor jutawan hasil karya jutawan internet Irfan Khairi sendiri. Sebelum tu kamu tau apa itu mentor jutawan?

Mentor jutawan adalah sebuah ebook digital yang dihasilkan oleh Irfan Khairi. Ebook ini adalah hasil dari temubual secara live oleh 7 jutawan dari pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan. Mentor jutawan memuatkan kisah suka dan duka, kisah kegagalan, kisah inspirasi, tips-tips untuk meniti kejayaan, strategi perniagaan dan kewangan dan banyak lagi dalam membantu anda mencapai kecemerlangan dalam bidang kewangan.

Begitulah serba sedikit mengenai mentor jutawan. Kalau mahu berjaya ini adalah rahsianya. Kita sekarang berpeluang untuk mengetahui rahsia-rahsia, strategi, kisah-kisah kejayaan dari jutawan sendiri. Bukan seorang tetapi 8 jutawan yang akan berkongsikan rahsia kejayaan mereka di dalam ebook ini. Macam mana menarik? Apa yang menarik? Ok kamu tau berapa harga untuk menyertai workshop atau seminar yang diadakan  oleh para jutawan ini? Owh harganya mungkin golongan yang mampu sahaja boleh menyertainya. Pelajar seperti saya ni tidak mampu untuk berbuat demikian. Harganya menelan belanja dalam RM1000  @ RM2000 dan mungkin lebih mengikut situasi.

Mengapa kita tidak belajar secara direct dari jutawan ini? Sudah pasti mereka ada ilmu yang mereka gunakan sehingga berjaya dalam perniagaan masing-masing.

Kamu dan juga saya mungkin  tak mampu dari segi modal untuk sertai bengkel jutawan ini disebabkan harganya. Jadi Irfan Khairi telah menemuramah secara live 7 jutawan melalui radionya kemudian membukukan kesemua ilmu-ilmu dan pendedahan jutawan tersebut ke dalam mentor jutawan. Oleh itu,terhasil lah sebuah buku dan ebook yang berjudul ‘mentor jutawan bersama irfan khairi’. Dalam fikiran kamu bernilai kah ilmu jutawan ini? Bagi pencinta ilmu mereka akan grab ilmu ni secepat mungkin untuk di aplikasikan di dalam perniagaan masing-masing. Ye la mahu berjaya kita perlu ikut mereka yang sudah berjaya.

Kenapa kita perlukan  ilmu jutawan ini? Jawapan mudah dari saya sendiri. Kerana saya juga mahu jadi seperti mereka. Dan apa pula rahsianya dan apa yang perlu di lakukan? Jawapannya ada pada mereka. Mereka ada ilmu dan strategi dalam menjalankan perniagaan yang kita tidak tahu. Jadi saya mahukan ilmu tersebut dan mungkin kamu juga memerlukannya. Jadi ilmu ini ada di dalam mentor jutawan yang akan dilancarkan nanti. Bila? [ sila rujuk di bawah]

Kalau kamu orang baru dalam perniagaan samada perniagaan offline mahupun online, ilmu ini kamu wajib dapatkannya sebelum anda menjalankan sebarang perniagaan. Tetapkan matlamat dan penuhkan ilmu di dada sebelum kita terjun dalam bidang yang kita belum pasti samada berjaya  mahupun tidak. Jadi dengan adanya ilmu dan sedikit asas , strategi, tips-tips dan panduan berkenaan perniagaan akan lebih memudahkan kita. Jangan terlalu gopoh gapah dengan alasan mahu buat duit segera dan kaya cepat. Akhirnya perniagaan lingkup atau sekerat jalan sahaja. Ilmu adalah segala-galanya. Biarkan mereka dengan cara mereka dan kita dengan cara kita. Biar lambat asalkan selamat.

PELANCARAN MENTOR JUTAWAN

Untuk makluman pelancaran mentor jutawan bakal di lancarkan pada 15 April ini sehingga 15 Mei. Ebook ini akan dijual selama sebulan dan terhad kepada 200 pembeli pertama sahaja. Selepas tarikh berkenaan jualan akan di tutup. Jadi kepada sesiapa yang mahukan ilmu jutawan ini sila dapatkannya pada tarikh berkenaan. Anda hanya perlu lakukan sedikit pelaburan untuk mendapatkan mentor jutawan ini pada harga yang terendah dan semua mampu milikinya.

  1. Tarikh – 15 April sehingga 15 Mei
  2. Harga  – RM40 sahaja
  3. Bonus  – Bonus kepada pembeli mentor jutawan
  4. Terhad- Terhad kepada 200 pembeli pertama sahaja

PELUANG JANA PENDAPATAN DENGAN MENTOR JUTAWAN

Kami juga buka peluang jana pendapatan sampingan kepada mereka yang berminat. Bagaimana caranya? Anda boleh menyertai affiliate kami. Kami menyediakan sistem affiliate di mana anda yang berminat boleh menyertainya bertujuan anda boleh buat duit sampingan dengan menjadi agen jualan kepada mentor jutawan ini. Kami akan bayar komisyen kepada anda jika jualan terhasil.Matlamat utama affiliate ini adalah supaya mentor jutawan ini dapat disebarkan kepada mereka yang memerlukannya. Makluman : Penyertaan affiliate adalah PERCUMA!

  1. Affiliate     : Penyertaan Percuma
  2. Komisyen : RM20 setiap jualan
  3. Bahan Promosi : Banner, email promosi, cara promosi akan di bekalkan.

Dapatkan mentor jutawan pada harga RM40 sahaja pada 15 April ini. Tawaran terhad kepada 200 pembeli pertama sahaja. Juga sampaikan ilmu jutawan ini kepada mereka yang memerlukan dengan sertai affiliate kami.Sekian..

Tunggu pelancarannya!!!!!!  15 APRIL – 15 Mei

Related Posts with Thumbnails

Share

6 comments April 7th, 2010


Sila masukkan email anda jika anda mahukan segala update di blog ini dipost terus ke email anda:

 

W3Counter

Sponsor

Pages

Categories

Archives

Recent Comments

Recent Posts

Blogroll

FacebookPages

Alexa Ranking