Artikal kali ini adalah mengenai blog dan cara berblogging.Korang sudah ada blog?Saya lihat ramai di kalangan mereka yang aktif di internet sudah memiliki blog sendiri tidak kira la samada blog tersebut adalah yang percuma mahupun yang berbayar.Tapi jika kita serius dalam dunia blogging dengan tujuan ingin menjana pendapatan melaluinya saya nasihatkan dapatkan satu nama domain berbayar dan hasilkan satu blog dot com milik kita sendiri.Banyak kelebihannya jika kita memiliki domain berbayar ni..
Namun,bukan itu yang nak saya cuba kongsikan di sini sebaliknya sedikit tentang tips-tips blogging.Saya kongsikan apa yang saya belajar dan tau kepada mereka yang mahu saje. .Mungkin ramai yang tidak tau pentingnya strategi di dalam melakukan sesuatu seperti berblogging.Ilmu ini sebenarnya hanya untuk mereka yang buat duit di internet dengan menggunakan platform blog.Maksudnya sambil-sambil blogging kita dapat duit.Haa ini lah sedikit tipsnya.Tapi bagi mereka yang tidak buat duit pun boleh aplikasikannya ke dalam blog.Tiada masalah.
Ok tipsnya ialah kalau kita mahukan pelawat yang ramai ke blog kita dan menukarkan pelawat kepada pembeli produk kita ialah cuba kurangkan penggunaan widget-widget yang boleh memberatkan seperti penggunaan video ataupun widget di sidebar blog yang terlalu banyak. Ini secara tak langsung boleh melambatkan proses untuk webpage di buka.Cuba bayangkan apa akan jadi pada mereka yang datang melawat blog kita dengan keadaan loading yang terlalu lambat?Sudah semestinya mereka bosan menunggu dan akhirnya mereka berlalu pergi saje.Rugi kan..Walaupun perkara ini tampak remeh tapi impaknya sangat besar jika kita tidak mengendahkannya.
Selain itu juga,kalau mahu meletakkan banner-banner dari program affiliate yang sedang kita jalankan di blog kita itu, saya nasihatkan jangan letakkan banner yang terlalu banyak sehingga diruangan blog tersebut hanya dipenuhi dengan banner saje.Jadi kurangkan atau letakkan banner yang di rasakan penting. Memadai hanya 3 hingga 4 banner produk sahaja.Ini adalah kerana tujuan pelawat yang datang ke blog kita adalah untuk mengetahui informasi di blog.Jadi beri keselesaan (tidak sakit mata memandang) kepada pengunjung yang datang.(tips:Lagi sikit banner yang di letakkan lagi tinggi untuk org mengklik banner tersebut)
Seterusnya ialah artikal yang di hasilkan janganlah terlalu panjang sehingga menyusahkan para pembaca untuk scroll down.Kalau boleh perenggan pertama atau kedua setiap artikal kita guna aplikasi ‘read more’.paham kan?.Dan kita set up kan jumlah artikal yang hendak di publishkan.Janganla sampai 20 artikal di publishkan sehingga menyusahkan pembaca untuk scroll down.So,set up hanya 5 atau 6 artikal saje mengikut kesesuaian dan gunakan aplikasi insert more tag (read more).
Jadi saya rasa cukupla kot perkongsian ilmu berblogging.Ada banyak lagi tapi masa sebenarnya tidak mengizinkan memandangkan semasa artikal ini di tulis jam sudah menunjukkan 6 pagi,subuh sudah masuk waktunya,mata pula sudah kuyu.time to rest.hehe.Jadi saya rasa walaupun sedikit moga ianya bermanfaat untuk mereka yang baru dalam dunia blogging.Kalau ada masalah tentang perihal blogging jangan segan dan malu tanya saya.malu bertanya sesat jalan.hehe…sekian
p/s: Kalau mahu mengikut perkembangan blog ni boleh subscribe je.Bila artikal di blog ni di update,artikal akan terus dihantar ke email.
p/s: Dapatkan 10 ebook percuma tentang asas perniagaan internet.belajar dan dapatkan ilmunya kalau serius dalam perniagaan internet KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD EBOOK
ini adalah contoh produk digital (ebook) yang hanya boleh di baca menerusi laptop dan juga komputer dengan menggunakan format pdf
Bagaimana kita orang biasa dan tiada pengalaman dalam menjual boleh juga menjana pendapatan walaupun tanpa memerlukan produk sendiri(produk digital)?Ya itu yang saya cuba kongsikan di sini.Tanpa produk sendiri kita juga berpeluang menjana wang di internet.Tak percaya?Haa teruskan membaca…
Ok kita lihat bagaimana kita boleh menjual tanpa ada produk sendiri.Bagi mereka yang tidak berkesempatan dari segi masa untuk menghasilkan produk sendiri boleh belajar ilmu yang akan saya sampaikan di sini.Walaupun ramai sebenarnya yang sudah tau tapi saya percaya masih ada lagi yang kurang faham tentang konsep berniaga tanpa perlukan produk sendiri.Lihat antara peluang-peluang yang boleh kita gunakan:
Join program affiliate
Menjual produk RR,MRR dan PLR
Join program affiliate
Affiliate adalah suatu program di mana kita menjadi agen untuk mempromosi produk orang lain dan perolehi komisyen apabila jualan terhasil.Untuk menyertainya adalah percuma.
Kita boleh buat duit dengan sertai program affiliate yang di tawarkan oleh pemilik produk.Sebagai contohnya kita boleh mencari produk digital seperti ebook panduan kuruskan badan ke contohnya la.Dan kebiasaannya di bahagian bawah website ada link yang bertulis affiliate dimana kita boleh register untuk menjadi agen produk tersebut.Apabila dah register sebagai agen kita akan diberikan bahan-bahan promosi,link affiliate dan banner untuk memulakan promosi di blog,forum dan sebagainya.Dan jualan yang terhasil dari aktiviti promosi tersebut kita akan dibayar dengan jumlah komisyen yang tertentu.Kebiasaannya komisyen dalam lingkungan 50% dari harga produk ebook tersebut.
Ok begitulah caranya jika ingin merasa pendapatan di internet dengan menjual tanpa adanya produk sendiri.Tolong menjual produk orang lain dan terima komisyen.Dan penyertaannya adalah percuma.Simple kan bisnes ni.hehe
Menjual produk RR,MRR dan PLR
RR-Resale Right MRR-Master resale Right PLR-Private label right
Ok sekarang bagaimana pula kita boleh buat duit dengan produk RR,MRR dan PLR.Konsepnya adalah sama seperti join affiliate cuma yang berbeza adalah kita perlukan sedikit modal dari pembelian produk ini dan jualnya semula dengan perolehi keuntungan 100%.Jika tadi komisyen hanya 50% sahaja manakala dengan menjual produk ini kita dapat menjana keuntungan 100% lagi bestkan?hehe..
RR-Anda boleh menjual produknya semula pada org lain tanpa mengubah kandungan ebook tersebut
MRR-Anda boleh menjual produknya semula dan orang yang membeli pun akan dapat sama lesen untuk menjual semula tanpa mengubah kandungan ebook tersebut.
PLR-Anda boleh menjual produknya semula dan anda boleh edit serta ubah nama asal kepada nama anda dan jadikan ebook tersebut seperti milik anda sendiri.
p/s: Anda perlu ada domain dan hosting sendiri untuk menjual produk ini.Macam mana nak letak barang kalau tapak kedainya tiada.begitulah contohnya.
Bagaimana caranya? Mudah sahaja kita perlu dapatkan terlebih dahulu produk ini dari mereka yang memiliki lesen ini (RR,MRR,PLR).Setelah kita membeli ebook yang disertakan bersama dengan lesen ini (RR,MRR,PLR) maka proses seterusnya adalah mengedit bahagian akaun iaitu tukarkan maklumat pembayaran asal kepada maklumat kita sendiri.Contohnya di bahagian pembayaran,tukarkan nama kita dan nombor akaun kita sendiri.Setelah semuanya selesai di edit maka kita perlu piindahkannya ke bahagian servernya pula (hosting).Kalau tak pindah macam mana orang nak tengok produk yang kita jual ni di internet kan.Jadi kita perlukan hosting untuk memindahkannnya ke situ.Kalau sudah ada blog ker,kita boleh jer tumpangkan produk tersebut dalam blog kita tu dengan buat subdomain.Tak paham ok ini contohnya saya tumpangkan produk yang saya jual dalam blog saya :
Sekarang paham?Jadi untuk menjual produk yang ada lesen menjual semula ini kita perlu sedikit ilmu teknikal.Korang perlu tahu bagaimana nak edit dan tukar maklumat asal kepada maklumat kita sendiri dan proses pemindahan file ke hosting bertujuan produk dapat di lihat dalam internet.
p/s: Kalau korang nak buat bisnes jenis ni dan raih keuntungan 100% tetapi tak tahu tentang ilmu teknikalnya seperti cara nak pindahkan @ upload file keserver atau nak edit file maklumat jangan risau boleh jer upah saya.hehe..Asalkan korang dah ada hosting atau tempat utk pidahkan file (file produk) ke server.
Kesimpulannya, perbezaan di antara affiliate dan produk RR,MRR,PLR ialah affiliate kita tolong menjual produk orang lain dan dapat komisyen (50%).Manakala Produk berlesen ini kita beli dan jual semula dan raih keuntungan 100%.Paham kan.
Begitulah cara-cara nak buat duit di internet tanpa perlu ada produk sendiri.Bagi yang kesuntukan masa boleh-bolehla mencuba cara ni.Asalkan ada minat nak buat duit.Eh-eh ada jugak ke yang tidak minat?hehe…Dari segi teknikalnya pula jangan risau saya sedia membantu.
Harap apa yang saya kongsikan di sini bermanfaat dan berguna untuk semua.Jom pakat-pakat buat duit di internet sambil-sambil aje!Sekian…
Assalamualaikum kepada rakan-rakan bisnes terutamanya.Artikal ini ditujukan kepada mereka yang menjalankan bisnes secara online.Berdasarkan tajuk yang diberikan di atas perniagaan adalah bukan suatu perkara yang boleh di buat main-main dan sekiranya kita betul-betul serius menjalankan aktiviti buat duit di internet sudah tentu ada perkara penting dalam melakukan bisnes ini.Adanya elemen ini bisnes kita boleh bergerak jauh ke depan.Apa yang nak di bincangkan di dalam artikal kali ini ialah tentang sistem automasi dalam perniagaan online iaitu autoresponder.
Ok lah mungkin ramai yang masih tidak mengetahui rahsia sebenar kejayaan dalam menjalankan perniagaan internet jadi saya cuba kongsikan di sini lihat maksud apa tu autoresponder? di bawah:
“Sistem autoresponder adalah merupakan satu sistem yang digunakan untuk mengurus segala aktiviti penghantaran email secara automatik kepada pelanggan yang telah mendaftar ke dalam sistem tersebut.
Sistem autoresponder turut digunakan untuk mengurus dan menyimpan rekod pelanggan seperti nama pelanggan, alamat email, no.telefon dan sebagainya mengikut kumpulan kempen pemasaran yang ditetapkan oleh pemilik sistem.
Sebagai contoh jika anda ingin membina 2 kumpulan kempen pemasaran iaitu satunya adalah untuk mendapatkan senarai prospek produk kesihatan dan satu lagi adalah untuk senarai prospek produk pakaian, maka dengan mudah sistem autoresponder dapat melaksanakannya.”
Haa itulah sedikit penerangan tentang apa itu autoresponder. Sistem ini tersangat penting dan perlu digunakan sekiranya kita betul-betul ingin automatikkan perniagaan.Jangan ketinggalan kerana sekarang dah terlalu ramai yang menggunakannya dan mereka jauh lebih ke depan maju dari yang tidak menggunakan sistem ini.Sistem ini sesuai untuk kesemua jenis bisnes.Apa saja bisnes yang kita buat boleh gunakannya.Takde masalah…
Apa kelebihan menggunakan sistem autoresponder ini? Bagi saya ianya dapat memudahkan kesemua kerja kita.Makna kata sistem ini mampu bekerja untuk kita selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu pendek kata 365 hari setahun ianya akan beroperasi secara automatik selagimana kita berikan makan padanya.(bayar bulan-bulan la.hehe).Saya juga menggunakan sistem ini kerana kita hanya buat kerja sekali sahaja dan yang seterusnya adalah kerja P.A kita iaitu autoresponder.
Apa maksud buat kerja sekali sahaja? Ok macam ni, kita dah buat awal-awal email yang nak di hantar kepada bakal prospek atau pembeli produk kita ni sebanyak 30 set email (katakanla) untuk proses follow up atau info berkaitan produk pelanggan selama sebulan.Contoh andai kata kita buat bisnes produk kesihatan dan dan email yang kita set tu mesti la berkaitan dengan produk yang kita jual tersebut. Ok di laman web kesihatan tersebut ada form (form inilah autoresponder) yang mengarahkan supaya mengisikan nama dan email kita dengan tujuan untuk dapatkan ebook percuma ker atau laporan berkenaan produk kesihatan tersebut dan kemudian setelah di isikan dan subscribe, nama dan email ini telah direkodkan di dalam sistem autoresponder kita. Jadi tugas autoresponder ialah menghantar kesemua email yang dah kita buat awal-awal tadi kepada mereka yang mengisikan nama secara berkala ataupun setiap hari.Ok paham?hehe..
Jadi tidak pelikla kalau jam 3 pagi pun masih ada email yang sampai yang sebenarnya email tersebut adalah email yang dihantar secara automatik.Mungkin masa tu pemilik sistem ini tengah syok tido dan tiba-tiba ada duit masuk pembelian produk dari pelanggan.haha hebatkan.
Sekarang dunia perniagaan semakin canggih dengan terciptanya sistem secara automasi ini yang sekali gus memudahkan kerja kita. Relak-relaks minum kopi tiba-tiba duit masuk best kan.Jadi kepada mereka yang belum mendapatkannya boleh la perlahan-lahan meghitung bajet untuk melanggan autoresponder ni. Kita boleh pilih service mana yang kita nak ada yang mahal seperti aweber dan get response dan ada juga yang murah seperti norabots.Murah mahal sebab ada la tu kelebihan dan kekurangannya.
Saya agak apa yang saya cuba sampaikan ni korang paham dan kalau tak paham juga boleh berkomen di bawah.Malu bertanya sesat jalan.hehe.Artikal ini di tulis secara spontan dengan sedikit pengetahuan yang ada dan semestinya ada kekurangan.Jadi kalau ada otai yang masuk kesini boleh juga berikan info tambahan yang mungkin ada kekurangan dari segi maklumat yang disampaikan.Jadi itu lah serba sedikit mengenai sistem hebat automatikkan perniagaan iaitu sistem autoresponder.
p/s: sekiranya ada yang bermasalah dalam nak memulakan bisnes internet ni boleh la bertanya pada saya atau nak dapatkan pandangan secara direct tak kiralah dari aspek teknikal mahupun yang berbentuk tips.Saya akan cuba membantu dari yang termampu.Free of charge..
Sekarang aku, laptop dan juga broadbandku mungkin tidak boleh dipisahkan.Kalau boleh ke mana saja aku pergi ingin di bawakan bersama.kenapa macam tu sekali? Sudah tentu ada sebabnya.Akhir-akhir ini aku rasa laptop begitu serasi dengan cara hidup baru aku ni.
Dengan laptop dan broadband aku juga boleh menyiapkan segala tugas yang diberikan pensyarah,juga boleh menghilangkan rasa boring.Mungkin bagi korang pun begitu juga kan.Dunia sekarang laptop adalah penting dan boleh dikatakan ramai di kalangan kita yang memiliki laptop atau dikenali komputer riba sendiri tidak kira lah korang adalah seorang pelajar di universiti mahupun pekerja di jabatan kerajaan atau swasta.Dengan adanya laptop juga broadband segala urusan mudah dilaksanakan.(cari bahan buat assignmnt pon senang hehe)
Mungkin ada diantara korang menggunakan laptop hanya sekadar untuk menyiapkan kerja masing-masing dan jika ada kemudahan internet mungkin digunakan untuk bersosial di laman web sosial seperti facebook, friendster dan main game juga sebagainya.Tapi aku memerlukan laptop untuk menimba ilmu tentang perniagaan,melakukan latihan selain bersosial di facebook dan lain-lainya.(al-maklumlah aku sekarang budak bisnes )
aku akan jadi macam orang bodoh dan tak tentu arah kalau laptop aku rosak atau broadband aku buat hal.Tak senag duduk dibuatnya.
Begitulah pentingnya laptop dan juga kemudahan internet pada aku.kalau terputus kemudahan internet hidup aku umpama tidak ada arah tuju.Apa aku nak buat kalau tak de internet?Mungkin altenatif lain aku cuba membaca pula tapi bukan membaca tentang pelajaran di kampus (hehe) tapi membaca buku-buku tentang perihal berniaga.Nak buat camana bidang ni yang aku minat kan.Jarang sekali aku membaca tentang pelajaran di kuliah kalau tidak ada arahan dari pensyarah dan selagi belum tiba peperiksaan.hehe
Bangun tido buka laptop (internet), lepas makan buka internet, lepas solat, waktu petang,lepas makan malam sampai la subuh aku asyik melayan internet.Begitulah rutin kehidupan aku sekarang.kalau tak buat sesuatu seperti beriadah ker atau jalan-jalan ker itulah keje aku akan buat.Tapi aku bukan seperti budak lain yang hanya membuang masa layan benda yang tidak beri faedah macam berYM atau berFB.Bukan tidak boleh buat semua tu cuma jangan melampaui sangat sampai benda lain tak dibuatnya.Masa terbuang macam tu jer.Masa itu emas kan.hehe.So aku pun berFB juga berYm juga tapi ada tujuannya bukan sekadar suka-suka.Yang penting pandai bahagikan masa.Ye tak?
Macam-macam benda yang lebih bermanfaat boleh dilakukan.Jadi aku gunakan kemudahan internet yang ada ni bukan sekadar suka-suka tapi ada tujuan tertentu sperti belajar (tentang bisnes) selain bersosial.Jadi secara tak langsung apa yang kita buat jadi seimbang,ilmu kita dapat kawan pun dapat juga kan.
JAdi kat sini aku cuba kongsikan cara hidup aku sekarang dan terlalu berbeza dari yang dahulunya.Mana taknya asyik duduk depan laptop je kan.Tapi yang bestnya risiko untuk berkulit hitam hampir tiada.hehe.Cerita-cerita jugak kan tapi rasanya ada juga diselitkan nasihat dan artikal begini pun rasanya ada manfaat juga kan untuk yang membaca.
Di kala artikal ini ditulis jam telah pun menunjukkan 4.24 pagi dan aku rasa cukupla tu sembang-sembang di awal pagi ni.Fuhh mengantuk!! subuh pun lambat lagi.Buat dulu apa yang patut.Assalamualaikum kawan-kawan..