Archive for February, 2010

Bab 2- Syarikat Hypernet Recources

HYPERNET RESOURCES adalah sebuah syarikat 100% bumiputra yang telah ditubuhkan pada 12 Jun 2008 dibawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 bernombor pendaftaran 001773825-M. Alamat syarikat adalah di No. 9-2, Jalan PJU 8/5A, Bandar Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Jenis Perniagaan yang didaftarkan adalah:

1. Perniagaan Jual Beli Teknologi Maklumat Dan Komunikasi,
2. Pengiklanan Di Laman Web,
3. Kursus Dan Latihan dan
4. Pembangunan Sistem Teknologi Maklumat

Pengarah HYPERNET RESOURCES terdiri dari:-

1. En. Mohd Faizal Bin Zainal – Pengarah Urusan dan Kewangan

Beliau adalah Pengarah Syarikat dan mempunyai pengalaman yang luas di bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi selain pengurusan, pentadbiran dan kewangan. Beliau pernah berkhidmat selama 8 tahun di Petronas, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat kepada beberapa syarikat swasta, beliau adalah salah seorang pelopor kepada sistem eUMNOSMS kepada UMNO di PWTC. Pengarah Syarikat Grand Gravity Sdn Bhd dan Strand Resources Sdn Bhd. Beliau adalah ‘programmer’ atau ‘the brain’ kepada kebanyakkan syarikat-syarikat dinyatakan tadi.

2. En. Hairul Nizam Bin Hashim – Pengarah Pemasaran

Beliau adalah Pengarah Syarikat dan mempunyai pengalaman luas di bidang rangkaian “networking” dan afiliate selama lebih dari 8 tahun dan Pengarah Syarikat Grand Gravity Sdn Bhd dan Strand Resources Sdn Bhd. Beliau mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan dari Universiti Putra Malaysia. Beliau telah mendambakan diri di dalam bidang rangkaian dan afiliate semenjak dari universiti sehingga sekarang.

3. En. Mohd Fareez Bin Zainal – Pengarah Pentadbiran

Beliau adalah Pengarah Syarikat dan mempunyai 5 tahun pengalaman di bidang Multimedia selain pentadbiran. Beliau berkelulusan Diploma Pengaturcaraan Multimedia dari Cosmopoint dan pernah berkhidmat di syarikat Panglima Aces Sdn Bhd di bahagian pentadbiran, pernah berkhidmat di syarikat swasta berhubungkait teknologi maklumat telekomunikasi, pernah berkhimat di syarikat yang mengendalikan eUMNOSMS kepada UMNO di PWTC dan Pengarah Syarikat Grand Gravity Sdn Bhd serta Strand Resources Sdn Bhd.

LOKASI SYARIKAT



Share

Add comment February 9th, 2010

Bab 1- Apa itu Hypro Bulk SMS?

Hyprobulksms merupakan satu sistem hebahan SMS Pukal (Bulk) melalui internet.Sistem ini sangat efektif dan dapat menjimatkan masa serta wang.Sistem HyprobulkSMS ini sesuai digunakan untuk tujuan promosi,pengiklanan dan hebahan kepada kumpulan yang anda sasarkan.Anda boleh menghantar bukan sahaja SMS,malahan MMS,Wap Push,Flash Message kepada semua rangkaian telekomunikasi tempatan dan antarabangsa dengan satu kadar yang rata iaitu serendah 9 sen.

SIAPA YANG PERLUKAN BULK SMS?

  • Agen MLM
  • Penerbitan
  • Hospitaliti
  • Jualan Runcit
  • Pendidikan
  • Pelancongan
  • Hiburan
  • Pengangkutan
  • Perdagangan
  • Korporat

Perkhidmatan Bulk SMS sememangnya sangat efektif dalam proses hebahan.Ia akan memberikan kelebihan kepada golongan PENIAGA/PENGUSAHA misalnya,untuk memberitahu tentang produk terbaru kepada pelanggan.Pihak SEKOLAH juga tidak lagi perlu menghantar surat melalui anak-anak mereka.Melalui Bulk SMS,semua info boleh dihantar terus kepada ibu bapa dengan hanya satu klik.Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk jemputan majlis,ucapan hari perayaan,majlis perkahwinan dan SMS harian semurah 9 sen.

PAKEJ SISTEM HYPRO BULK SMS


PAKEJ KREDIT SMS

Pakej Kredit SMS yang ditawarkan oleh HyproBulkSMS

PAKEJ A : 500 SMS = RM75 (15 Sen/SMS)
PAKEJ B : 1000 SMS = RM120 (12 Sen/SMS)
PAKEJ C : 2000 SMS = RM220 (11 Sen/SMS)
PAKEJ D : 3000 SMS = RM300 (10 Sen/SMS)
PAKEJ E : 4000 SMS = RM360 (9 Sen/SMS)

CARA GUNA HYPRO BULK SMS

Sila klik untuk melihat video penggunaannya:

  1. Penghantaran SMS
  2. Penghantaran MMS
  3. Penghantaran Bussiness Card
  4. Penghantaran SMS kempen
  5. Cara menambah sender ID
  6. Cara menjadual SMS / Reminder SMS
  7. Cara import contact dari handphone ke sistem
  8. Penghantaran SMS kumpulan
  9. Cara guna sistem Tell Me Feedback

Berikut adalah produk Hyprobulksms ini.Menyediakan perkhidmatan penghantaran sms secara pukal dengan hanya satu klik sahaja.Ianya sangat mudah dan amat menjimatkan kos.Selain itu juga Syarikat memperkenalkan satu sistem jana pendapatan secara lumayan sekiranya anda menjadi reseller kepada produk ini.Iaitu sekiranya anda memperkenalkan kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan ini, anda akan diberi komisyen mengikut pakej yang anda sertai.Lagi besar pakej yang anda ambil maka lagi besar la komisyen yang bakal anda terima nanti.

Seterusnya kita ke bab seterusnya untuk lebih memahami tentang hypro Bulk sms ini.Sekian..

Share

Add comment February 9th, 2010

Bekerja dari rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Gambar di atas adalah tuan punya badan blog ini.hehe.Tujuan saya menulis artikal ini adalah untuk berkongsikan sedikit maklumat tentang bekerja dari rumah.Saya masih bergelar seorang pelajar dan pada masa yang sama saya menjalankan satu perniagaan yang berkonsepkan home bussiness.Satu idea yang cukup baik untuk saya rebut apa juga peluang perniagaan yang ada di hujung jari sahaja.Bekerja hanya dari rumah adalah impian semua kerana ia sangat mudah untuk dilaksanakan dan apa yang pasti kos kehidupan yang seharusnya ditanggung akan berkurangan.Inilah peluang terbaik saya dan saya telah pun memilihnya anda pula bagaimana?

Di zaman ini kita diberikan kemudahan internet untuk mencari sesuatu maklumat yang diinginkan.Selain itu juga kemudahan internet yang disediakan membolehkan kita bekerja hanya dari rumah atau pun dimana-mana sahaja yang anda inginkan asalkan laptop atau pc kita boleh diakses dengan kemudahan internet.Selain dari rumah, kita boleh bawa laptop kemana sahaja tempat yang sesuai untuk jalankan perniagaan.Sebagai contohnya kadang kala saya akan ke taman atau tasik dan kemudian akses internet untuk apa jua tujuan.Nak berYM,berFB nak berbisnes itu hak semua.hehe.Lihat masa kita teramat bebas untuk kita bekerja dimana-mana sekalipun.Untuk pengetahuan ada diantara mereka yang hanya bekerja dari rumah mampu meraih pendapatan lumayan malah lebih dari mereka yang bekerja kerajaan atau dipejabat.Oleh itu jangan mudah perlekehkan orang yang menjalankan aktiviti mereka di rumah.

Selain itu,kita akan banyak memperolehi kelebihan dari segi masa kita untuk tanggungjawab yang lain.Sebagai contoh mereka yang sudah berkeluarga akan lebih mudah untuk  menguruskan anak-anak mereka.Secara mudahnya kita dan anak-anak serta isteri akan sentiasa berada disamping kita dan inilah sesuatu yang diinginkan semua.Anak-anak akan sentiasa berada di sisi dan mendapat lebih perhatian juga kasih sayang yang sempurna daripada kita sendiri.

Bagi mereka yang bekerja dipejabat ataupun syarikat tertentu,mereka juga boleh menjalankan perniagaan jika mahu menjalankannya.Mereka ini tidak perlulah  mengambil keputusan berhenti dari pekerjaan asal.Walaupun mereka yang bekerja dipejabat boleh juga menjalankan perniagaan yang berkonsepkan bekerja di rumah.Cuma mungkin dari segi kelebihan akan berpihak kepada mereka yang bekerja dari rumah kerana tidak perlu lagi untuk melayan jalan raya yang sesak pada waktu pagi,tidak perlu berhabis duit untuk membayar tambang bas mahupun LRT dan sebagainya.Kita juga tidak perlukan ruangan pejabat atau kedai-kedai yang perlu dibayar bulanan.Dengan bekerja dari rumah kita akan bebas dari segi kekangan masa dan dapat menjimatkan kos.Mahu bangun pukul 10 atau 11 pagi itu terpulang pada kita sendiri.Dirumah kita adalah bos kepada perniagaan kita sendiri.Walaupun begini keadaannya tetapi perniagaan kita tetap berjalan seperti biasa.

So,mana yang lebih mudah dan terbaik untuk kita buat pilihan?Bagi mereka yang berminat untuk jalankan perniagaan hanya dirumah anda boleh jalankannya kerana konsepnya yang begitu fleksibal.Juga mereka yang bekerja di pejabat anda tidak perlulah untuk resign jawatan anda.Walaupun begitu anda juga boleh menjalankan perniagaan dihujung jari ini.Ianya tidak menghalang impian kalau kita berikan peluang pada diri sendiri.Nak seribu daya tak nak seribu dalih.Jadi sebarang keputusan berpihak di tangan masing-masing,anda sendiri yang menentukannya.

Inilah pejabat saya.Menjalankan semua aktiviti perniagaan hanya di sini.Di sini lah juga saya buat assignment dan disini juga saya buat duit dinternet.Saya tidak memerlukan tempat yang bagus seperti di pejabat dan sebagainya.Cukuplah begini tempat saya bekerja dan paling penting apa yang diusahakan tetap juga dapat.hehe.Minggu depan (dari tarikh skrg) cuti semester tiba dan akan pulang ke kampung selama seminggu.Walaupun cuti selama seminggu tapi kerja saya tetap berjalan seperti biasa walau dimana saya berada.Itu yang best.Apa yang penting saya memerlukan hanya sebuah laptop dengan kemudahan internet.Itu sahaja yang diperlukan oleh orang yang bekerja seperti saya ini.

Bagi mereka yang pelajar seperti saya,boleh memulakan perniagaan yang berkonsepkan di rumah @ asrama @kolej @ rumah sewa.haha.Anda orang yang cukup-cukup rugi kalau melepaskan peluang ini.Internet kebiasaannya diberikan percuma bagi mereka yang tinggal di dalam kampus.Jangan buang masa dengan perkara yang tidak berfaedah yang tentunya tidak membawa apa-apa hasil pun.Fikir panjang tentang masa depan sendiri,lambat laun kita yang pelajar ini akan bergelar dewasa yang penuh dengan tanggungjawab.

Jadi itu sahaja sedikit perkongsian dari saya.Cuba menyedarkan mereka tentang hebatnya konsep bekerja dari rumah.Masa yang begitu fleksibal,kos 0%,jimat,boleh bercuti,pulang ke kampung,melancong.Semuanya boleh.Bestnya.Semoga apa yang dikongsikan bersama dapat memberi manfaat kepada semua.Sekian Assalamualaikum.

p/s: Mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan yang berkonsepkan bekerja dari rumah,anda boleh la intai-intai peluang di sini ye  KLIK SINI

Share

Add comment February 8th, 2010

Buat duit dengan blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Kepada pelawat yang berkunjung ke blog ini saya mengucapkan terima kasih dan ingin saya kongsikan sedikit info berkenaan buat duit dengan blog.Betul ker dengan blog kita boleh buat duit?Ya bagi mereka yang bergelar sebagai seorang blogger mungkin sudah mengetahuinya.Bagaimana pula bagi mereka yang masih baru dalam dunia blogger ini?mungkin ramai diantara mereka yang masih belum mengetahuinya.Buktinya setelah sedikit survey dijalankan,saya mendapati masih ramai pemilik blog yang membiarkan blog mereka kosong tanpa memasukkan apa-apa jua bisnes.

Jadi post kali ini akan membincangkan apa betul blog yang kita miliki untuk berkongsikan apa-apa maklumat kepada umum boleh jana pendapatan tambahan selain kita tulis artikal tentang peribadi mahupun berita atau apa saja.Jawapannya adalah ya dengan blog,anda boleh jana pendapatan sampingan.Anda boleh jalankan apa jua bisnes yang boleh dimasukkan ke dalam blog anda sendiri.

Apa pula jenis bisnes atau side income yang boleh anda perolehi di internet?Banyak jenis program yang boleh mendatangkan pendapatan secara percuma sahaja untuk anda sertai.Sebagai contoh anda boleh memasukkan iklan dari google adsense.Anda perlu register terlebih dahulu untuk mendapatkan akaun daripada adsense dan setelah akaun anda aktif,blog anda akan dimasukkan dengan iklan-iklan dari google yang akan disewa di dalam blog kita sebagai contoh boleh lihat dibawah ;

Google akan meletakkan iklan-iklannya di blog kita.Makna kata kita memberi sewa tapak kepada google untuk meletakkan iklan di blog kita.Untuk sertai program ini untuk makluman adalah percuma.Dan bagaimana kita boleh menjana pendapatan dengan adsense ini?Kita akan dibayar oleh pihak google apabila ada orang yang mengklik iklan diruangan blog kita.Itu saje.Mudah bukan?hehe.Kita dibayar mengikut PPC iaitu pay per click.Sesiapa saja yang mengklik iklan google berkenaan,kita akan dibayar.Kebiasaannya google akan membayar kita sekitar 0.05 sen untuk satu klik.Bayangkan kalau beribu yang klik berapa yang akan anda perolehi.Sudah tentu la banyak kan.

Untuk perolehi wang lumayan dengan adsense blog anda sudah tentulah memerlukan trafik yang ramai.Jadi adsense ini adalah program yang mudah dijalankan sambil-sambil anda berblogger.Rugi lah sekiranya kalau blog kita di biarkan kosong saja.Alang-alang berblogger tu ada baiknya kita buat sesuatu yang boleh mendatangkan hasil.betul tak?.

Selain itu juga anda boleh sertai program pengiklanan seperti google jgk tapi ia dinamakan sebagai program pengiklanan Nuffnang.Nuffnang juga menawarkan ruang niaga juga kepada kita yang sudi menyewakan kepada mereka tapak kita untuk beriklan.Program ini sama seperti mana gooogle cuma yang membezakannya dari segi bayaran.Google adsense dibayar dalam bentuk usd manakal nuffnang membayar kita dalam bentuk RM.Jagi kelebihan pada google la kerana matawang usd bila diconvertkan kpd Rm nilainya akan bertambah banyak.Ok contoh nuffnang yang menyewa tapak blog kita :

Contoh iklan nuffnang.Sape saje yang klik iklan tersebut kita akan dibayar dengan jumlah tertentu.Saya juga menggunakan iklan nuffnang ini.boleh lihat di bahagian sidebar saya ada disitu.Ramai yang menggunakan nuffnang ini untuk jana pendapatan sambilan saja sambil berblog tu.Kita tidak boleh melakukan sebarang penipuan sebagai contoh kita klik iklan kita sendiri.Pihak nuffnang akan dapat mengesan mereka yang melakukan penipuan dengan mengesan no ip pc atau laptop anda.Jadi sebarang penipuan kita tidak akan dibayar.Jadi caranya yang betul ialah naikkan trafik anda dan kemungkinan untuk orang mengklik adalah tinggi apabila ramai pelawat yang berkunjung ke blog anda.

Selain itu juga untuk menambahkan pendapatan tambahan dengan blog anda ialah dengan sertai program bisnes percuma seperti affiliate dan sebagainya.Anda boleh sertai affiliate tertentu dan buat duit secara bersahaja.hehe.Ada rezeki masuklah RM30 ker,50 ker bergantung pada  komisyen yg telah ditetapkan pada produk tersebut.Contoh anda ingin promosi produk kesihatan,register produk tersebut.Katakan harga produk dalam lingkungan RM40 anda akan dibayar RM20 apabila jualan terhasil.

Kebiasaannya owner produk akan memberikan komisyen 50% daripada harga produk kepada kita yang tolong menjual produk mereka.Kalau anda malas untuk promosi dimana-mana tempat tiru macam saya buat.hehe.Letak iklan atau banner produk tersebut di dalam blog anda.Mudah bukan,sekiranya pelawat yang datang ke blog anda merasakan produk tersebut bagus dan mereka membeli dan anda akan dibayar komsiyen.Jadi sambil-sambil berblogger anda dapat duit.Best tak?haha jadi jangan buang masa anda dengan buat sesuatu yang tidak ada hasil.Contoh iklan produk affiliate yang boleh disertai secara percuma :

Ok la saya rasa cukupla setakat itu perkongsian ilmu yang tersangat basic.rugi jika anda tidak cuba buat duit percuma di internet.Sebenarnya banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan wang sampingan percuma dengan blog.Anda boleh la search di google untuk mendapatkan info yang lebih detail.Saya hanya mampu berkongsikan secebis ilmu yang saya tau dan sampaikan kepada mereka yang belum mengetahuinya.Jadi rebutlah peluang ini.Ekploitasikan kemudahan interet yang diberikan pada kita.Saya juga melakukan banyak program bisnes yang mendatangkan pendapatan pada saya sendiri.Ada juga saya sertai secara percuma dan ada juga yang berbayar.Ikut kemampuan masing-masing ye.Bagi saya program bisnes yang berbayar ni komsiyen atau keuntungan yang bakal kita dapat adalah berganda-ganda dari program percuma tapi ianya bergantung kepada kemahuan masing-masing.Terpulang pada anda jenis bisnes mana yang anda berminat untuk anda jalankan.OK..Sekian saja dari saya…

Share

4 comments February 7th, 2010

Lawak lagi :Malam Jumaat

Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu

“Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat” kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka

” Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu”

” Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran” balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?

“BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM”

” Bang!! Anak dah tidur” Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat.

” SODAQALLAHULAZEEM ”

Tu lah dahsyat nya malam Jumaat….


kisah seterusnya..

Seorang salesman sedang mempromosikan produk perusahaannya kepada seorang pelajar kolej.. Dia menanyakan pertanyaan tentang produk yang dipakai pelajar tersebut.

“Sabun mana yang anda gunakan selama ini?”

Pelajar tersebut dengan selamba menjawab, “Sabun Baba.”

“Kalau deodorant, deodorant mana yang anda gunakan?”

” Deodorant Baba,” jawab pelajar itu.

“Minyak wangi?”

“Minyak Wangi Baba.”

“Shampoo?”

“Shampoo Baba.”

Akhirnya dengan kecewa si salesman bertanya lagi, “Ok, apakah
jenama Baba ini jenama tempatan atau luar negara kerana saya belum
pernah dengar? Siapa tahu Anda selama ini memakai produk yang tidak sihat.”

Pelajar itu menjawab, “Bukan jenama tempatan atau luar negara. Baba
itu rakan sebilik saya.”

Share

Add comment February 6th, 2010

Cerita Lawak : Kisah Suami Isteri

Selamat Berhibur di Malam minggu…

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra…

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang…

Pakwe: abang kan jadi Ultramannya

Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah

Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya

Makwe: gitu… kalau saya jadi bunga

Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya

Makwe: Kenapa bukan kumbang

Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari

Makwe: Wah! hebatnya abg nie… begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar… tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah…bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)

Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu… .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)… sayang takde apa2 ke?

Makwe: Takde sikit je bang… cuma luka sikit jer dahi nie

Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua… selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga… 2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?

Suami: Masakan abg boleh lupa

Isteri: Kalau saya jadi bintang

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Kenapa bukan Ultraman…

Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman… kat Jepun adalah… apa lah awak nie

Isteri: Kalau saya jadi bunga

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Apa abg nie… cakaplah betul2

Suami: Apo kono eh dongan ekau nie… dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu… .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu… .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo

Isteri: Abe nie tok supo dulu… .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi…

Suami: Takdo nak romantik kosmetik do… .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut… .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah…

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!

Suami: Apo kono eh awak nie… .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

Kahkah kahkah kahkah kahkah…….Pecah perut aku masa baca cerita ni.haha…

Share

Add comment February 6th, 2010

Masa bercinta semua suka

Di tengah kepekatan malam ni aku rasa macam kesunyian dan keboringan.Jadi aku layan website tu website ni tiba-tiba ada satu cerita yang aku jumpa dan nak kongsikan pada pelawat yang singgah ke blog ni.haha.Jadi saya masukkan cerita ni  ke post saya.Asyik berbisnes so apa kata berjenaka pula.haha…Selamat membaca..

engkau suka aku pun suka
ke mana pergi pun tak apa
yang penting jalan berdua
naik bas, basikal pun takpa
jalan tengah panas pun takpa
sampai melecet ketiak jadinya
semua suka tiada duka

masa engkau suka
aku pun suka
durian yg engkau suka aku pun suka
walaupun sebenarnya tak berapa suka
petai yg engkau suka,
aku pun telan juga
walaupun nak terjegil biji mata
kita sama-sama ketawa

masa engkau suka
aku pun suka
Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga
walaupun kau tak pernah makan sebelumnya

masa engkau suka
aku pun suka
pakai apa pun tak pe
baju merah tudung biru pun tak ape
tudung kau senget aku kata takpe.
gigi kena lipstik aku tak kisah juga
engkau tetap cantik jelita

masa engkau suka
aku pun suka
aku pakai apapun tak ape,
lupa pakai tali pinggang pun tak ape,
T shirt koyak kat ketiak pun tak ape,
Lupa cukur misai pun tak ape,
Kau kata aku tetap handsome seadanya.

Related Posts with Thumbnails

Share

Add comment February 6th, 2010


Sila masukkan email anda jika anda mahukan segala update di blog ini dipost terus ke email anda:

 

W3Counter

Sponsor

Pages

Categories

Archives

Recent Comments

Recent Posts

Blogroll

FacebookPages

Alexa Ranking