Archive for February, 2010

Bahaya mengadap laptop lama-lama

Gejala :

  • Rasa kebas, dan parasthesia (seakan-akan terbakar dan bergetar) di ibu jari, telunjuk, dan jari tengah, atau pada beberapa pasien terjadi di telapak tangan.
  • Susah menggenggam dan mengepalkan tangan.
  • Sering menjatuhkan barang

Anda perlulah mula mengambil langkah berjaga-jaga mulai sekarang. Dibawah telah dipaparkan teknik-tekniknya.

  • Berehat secara teratur setiap 15-20 minit dengan menggerakkan pergelangan tangan.
  • Jangan menempatkan keyboard pada posisi lebih tinggi atau lebih rendah daripada siku tangan.
  • Duduklah dengan tegak.

Ishh…..bahaya juga mengadap laptop lama-lama ni.Serius aku pun tak tau benda ni.Semoga ia memberi peringatan kt kita untuk lebih berhati-hati lagi..

Share

9 comments February 28th, 2010

Wahai mat rempit

Wahai mat rempit kenapa ko jadi mat rempit?Salam saya nak kongsi cerita cikit pasal mat rempit.Post kali ni bukan nak mengutuk geng-geng mat rempit tapi nak memuji cikit sesetengah golongan ni walaupun ramai yang membenci golongan ini kerana sikap samseng mereka di jalan raya.Itu memang tidak di nafikan saya sendiri pun kurang senang dengan sikap dorang ni bila berada di jalan raya (aku pun mat rempit juga dulu-hehe).

Tapi apa yang nak dikongsikan di sini ialah walaupun dorang ni bergelar mat rempit tapi aku cukup suka dengan satu sikap mulia dorang.Eh-eh mat rempit pun ada sifat mulia ker?Jangan terlalu cepat menghukum mereka ni semuanya jahat dan samseng.Percayalah bukan semua di antara mereka ini jahat (saya tau sebab saya pun dulu penah bergaul dgn mat rempit ni).Betul bukan semuanya jahat!

Apa sifat mulia dorang ni ek? Haa ni nak cite…Korang pernah nampak mat rempit tolong orang yang terlibat dalam kemalangan?(walaupun kemalangan ngeri).Kalau pernah nampak,jadi artikal ni adalah benar mengatakan bahawa mat rempit memang orang yang boleh diminta pertolongan.Buktinya sebelum ini saya pernah saksikan sendiri 4, 5 kes kemalangan dan korang tau tak mat rempit ni la orang pertama yang berhentikan kenderaan dorang tepi jalan dan bagi bantuan.Dorang plak yang sibuk-sibuk tolong angkat mangsa (kecuali mngsa yg hancur) ketepi,telefon ambulans,telefon keluarga mangsa.Nampak kan sifat mulia dorang ni?Ni la sifat yg saya puji dengan dorang ni.

Mana yang bukan mat rempit? Mana Orang biasa yang baik-baik ni?Kebanyakkan dari mereka yang baik-baik ni hanya mampu melihat saje dari dalam kereta masing-masing.Tengok dan berlalu pergi saje tanpa hulur sebarang bantuan walaupun bukan kesemuanya.

Petang tadi ada satu kemalangan berhampiran rumah sewa saya yang melibatkan orang tua.Benar pandangan saya ni, kenapa?Mat rempit juga yang sibuk-sibuk kawal lalulintas di kawasan kemalangan tu.Sanggup berhentikan kenderaan dorang semata-mata mahu beri bantuan.Bagus dorang ni ye walaupun kadang-kadang dorang ni dibenci masyarakat tapi inilah satu sifat yang harus dipuji oleh kita yang bukan mat rempit.Syabas..

Tapi untuk mat rempit ni cuba jugak fikirkan tentang bahayanya pemanduan secara melulu di jalan raya.Kalau nasib tidak menyebelahi dorang pada hari tu mungkin hospital la tempatnya untuk berehat selama berbulan2 lamanya.Sudah-sudahla merempit yang hanya membahayakan diri sendiri saje dan juga orang lain.Saya dulu pun pernah terlibat dengan kegiatan mat rempit ni dan pernah juga terlibat kemalangan yang hampir menghilangkan anggota penting.Saya bernasib baik dan sekarang good bye dunia rempit.Aku takut untuk merempit lagi.

Jadi tul lah sedikit perkongsian yang menceritakan tentang satu sifat baik dan buruk mat rempit ni.Mereka adalah golongan yang prihatin apabila ada kemalangan berlaku dan juga golongan yang tidak disukai di jalan raya.Oleh itu, kepada mat rempit cukup-cukup la tu merempit sebaliknya buat sesuatu yang lebih bermanfaat lagi ye.Buat bisnes ker haha lagi bagus.Ramai juga mat rempit kini sedar dan jadi budak yang sopan di jalan raya malah ada di antara mereka sudah jadi kaya…(lari tajuk plak ni-hehe..) Sekian..

KATAKAN TIDAK UNTUK MEREMPIT LAGI!!


Share

9 comments February 27th, 2010

Impian hanya sekadar impian je ker

Salam kawan-kawan,.Pertama sekali maafla kalau ada owner keta ni.Aku main snap je haha kereta sape ni entah aku pun tak tau.Post kali ni saje suka-suka cun beb keta ni.Kalau korang nak tau ni la kereta impianku dah lama aku suka tengok keta ni bukan main sporty lagi sape la yang tak gila kan.hehe.Entah kenapa aku terlalu suka sangat keta ni mungkin bentuknya yang amat sporty dan cukup sesuai untuk golongan muda seperti aku ni kot.Bila keta ni lalu jer depan aku kompem aku pasti tengok walaupun masa tu tengah makan.Ramai member-member yang cakap aku ni selera tinggi sangat walaupun poket kosong haha.

Tapi hanya sekadar impian je la kot ye la mana tak nya keta ni mahal beb!!!RM100K lebih.Itu pun untuk yang 1.8 belom tengok lagi yang 2.0 punya.Honda civic yang 2.o nak cecah RM200K tuh mahal tak.Maintainance sebulan 1k lebih tak termasuk servis lagi.Tapi bagi mereka yang kaya dan berduit kereta camni takde masalah untuk dorang ni ye la duit banyakkan simpan watpe.kan-kan? Ada lagi gambar yang dah dicuri oleh aku haha jom layan jer…

Muahaha!!!! cun sangat-sangat..Warna putih yang amat mantop. Tambah spoiler dengan skirt jenis sporty pergghhh meleleh tengok.Kalah muka siti nurhaliza yang cantik kalau nak di bandingkan dengan kecantikan keta ni hehehe.Tu belom tukar rim lagi tu kalau tukar hai memang betul-betul hao lioaw la.Biasala kalau da duk giler keta ni pempuan yang lawa pun jadi no 2.huhu.

Tapi kalau aku dapat guna keta ni dalam usia muda lagi pergghhh aku tabik spring la kt diri aku sendiri haha.Kompem la ramai awek yang tersangkut kat belakang spoiler tu.Mana tidaknya jarang orang muda pakai keta cam ni betul tak.Sebenarnya bukan untuk menunjuk-nunjuk pun tapi sebagai kepuasan diri.Kalau aku ada duit lebih kompem sambar satu keta ni sebagai hadiah diri sendiri.Tapi bila nak capai impian yang hanya sekadar impian ni ye.Apa-apa pun aku pasti sambar satu suatu hari nanti tak mustahil orang muda macam aku pun boleh pakai keta cam ni. Tapi kena usaha la kan.Sembang kosong sume orang boleh kan.hehe…Ada lagi gambar aku snap haha………..

Ini pun Eksklusif ni hitam bergaya melambangkan orang kaya.Aku snap gambar ni sebab rim dia tu cantik giler.heehe.Bila boleh pakai ini satu haa?mungkin before 30 kot umor aku insyallah..korang mungkin ada angan-angan jugak kan untuk berimpikan kereta idaman sendiri.Semua orang ada impian masing-masing mungkin ada diantara korang yang membaca artikal ni ada yang nak pakai evo ker,bmw ker blm ke haha mana tau kan.Jadi impian walaupun menggunung tidak mengapa asalkan kita sekarang dah bermula kan langkah berusaha mencapai apa pun impian kita tu kan.Kalau hanya sekadar angan kosong tak buat apa pun tak jadi jugak dengan impian kita tu betul tak?Apa pun usaha la.

Sebenarnya artikal kali ni bukan apa pun hanya sekadar memotivasikan diri aku ni jer yang kadang-kadang malas nak buat kerja dan down dengan bisnes,rasa tension pun.Kadang-kadang aku serabut dengan pengajian aku di kampus.Serius malas dah nak mengadap buku mentang-mentangla da tahun akhir kan.hehe. Jadi dengan benda-benda khayalan ni mungkin bole membantu aku untuk naikkan semangat untuk lebih bekerja kuat selepas ni insyallah.Kalau korang pun jenis yang macam aku ni ikut la cara aku ni macam mana nak naikkan semangat dan lebih dimotivasikan.Lihat kejayaan orang lain dalam perniagaan mahupun dalam pelajaran pun berguna juga untuk meningkatkan lagi motivasi kita yang kadang-kadang jatuh tersungkur dan lambat nak bangun.

Cuma cara aku ni lain cikit mungkin lebih dari segi material kot haha.Itu cara aku dan cara korang mungkin lain kan jadi terpulang kepada cara masing-masing.JAdi cukupla tu sembang-sembang kosong kat sini.Stop jom buat keje……..sekian.

Share

Add comment February 24th, 2010

Facebook medium pemasaran hebat

Bila sebut saje facebook ramai di kalangan korang yang dah tau apa itu facebook.Ada yang ketagih bila layan laman sosial ni sampai yang tidak tido malam pun ada.hehe.Kenapa ye sebabnya facebook adalah sebuah laman web sosial atau ruang untuk meluaskan kenalan dan juga bertujuan berkongsi maklumat.Dengan membina persahabatan di internet melalui laman sosial ini mereka dapat berkongsi sesuatu yang di inginkan  seperti berkongsi gambar menarik,video,berkongsi idea, cari pasangan dan sebagainya.Ada juga sebahagian mereka yang menggunakan facebook ini untuk hilangkan boring dengan layan game la apa-apa aplikasi yang disediakan oleh facebook ni untuk hilangkan boring diorang.Itu sebenarnya tidak salah selagi mana kita menggunakannya dengan cara yang elok.

Walaubagaimanapun ada golongan pintar yang cuba mengekploitasikan kemudahan di facebook ini sebagai contohnya ada di antara mereka yang cuba menggunakan laman sosial ni sebagai medium pemasaran untuk perniagaan mereka sendiri.Itu sebenarnya topik perbincangan kali ini.Ini yang nak di bincangkan untuk post kali ini.Saya yakin bukan semua yang sedar tentang hal ni dan korang tau tak setakat ini facebook adalah medium pemasaran perniagaan yang terbaik jika pandai menggunakannya.Sedar atau tidak itu lah hakikatnya yang ramai orang tak tau atau buat-buat tak tau.

Bagi mereka yang nampak peluang ini,mereka akan gunakan facebook sebagai salah satu lubang untuk mereka buat duit. Serius…facebook memang betul-betul boleh buat duit bagi mereka yang menjalankan apa-apa aktiviti jana pendapatan di internet dan boleh jana pendapatan lumayan.Tapi biarlah lakukan promosi secara beretika dan jangan sesekali melakukan spam untuk mendapatkan keuntungan yang cepat.

Kalau korang cuba buka mata,korang intai-intai la apa budak-budak bisnes buat dekat facebook dorang?orang macam ni tak akan buang masa dengan hanya mengomen status atau layan game atau apa pun.Memang benar facebook adalah ruang untuk bersosial tapi apa salahnya selain suka-suka dalam facebook tu sambil-sambil kita buat duit kan.Jadi golongan mana sebenarnya yang lebih pintar dan untung?Fikirkan-fikirkanlah..jadilah golongan seperti ini.hehe

Bagi mereka yang menjalankan apa apa pun bisnes sudah semestinya facebook adalah tempat untuk melakukan pengiklanan pertama yang akan di lakukan.Mana tidaknya,dengan kemudahan yang ada seperti ruangan status,message,note dan ruangan chat akan memudahkan lagi urusan untuk melebarkan lagi empayar perniagaan.Kepada mereka yang tidak tahu lagi,sekarang korang boleh cuba celikkan mata dan lihat peluang yang ada depan mata hanya tinggal untuk digunakan saje.Jadi gunakan facebook ini sebagai medium pemasaran yang terbaik selain kita bersosial di dalam facebook ini.Betul tak?

Apa-apa pun gunakanlah laman sosial ni dengan cara yang elok. Semuanya mampu di perolehi di sini kalau kita mahukannya.Ingat! gunakan untuk perkara yang baik saje.hehe..Ok la saya rasa itu je kot yang ingin dikongsikan bersama.Bukan apa, biar sama-sama celik dengan perkara-perkara semacam ni dan bukan hanya sekadar menjadikan facebook sebagai ruang untuk bersembang kosong saje.Sebaiknya jadikan facebook sebagai istilah  “sambil menyelam sambil minum air“.

Share

1 comment February 24th, 2010

Pentingnya ilmu sebelum menjalankan perniagaan

Salam dan selamat sejahtera kepada pengunjung yang datang ke blog ini.Baru sahaja saya jalan-jalan ke blog mereka yang menjalankan perniagaan untuk mendapatkan sedikit info atau ilmu.Apabila terbaca komen-komen di ruangan blog tersebut timbul rasa kesian pun ada.Mana tidaknya,ramai yang hanyut atau senang kata teraba-raba dalam perniagaan yang mereka jalankan.Saya tidak mahu menyebut bisnes mana yang saya maksudkan cuma sesiapa yang terbaca artikal ini diharap ambil iktibar dan dengar apa yang ingin saya perkatakan ini.Teruskan pembacaan..

Saya bukanlah pakar dalam hal-hal berkaitan perniagaan ini tapi sedikit sebanyak sudah memiliki ilmu asas yang sewajibnya ada pada setiap usahawan atau penggiat perniaggaan.Saya sudah ada asasnya walau sedikit dan cukupla walaupun kita tidak semestinya menjadi pakar dalam sesuatu perkara.Cukup kita tahu tentang bidang yang kita lakukan dan selalu menambah ilmu dari masa ke semasa.Pengalaman di dalam perniagaan networking yang saya jalankan sebelum ni selama 3,4 tahun cukup mengajar saya dalam erti perniagaan.Mengapa saya beberapa kali gagal dalam bisnes yang dijalankan mungkin disebabkan beberapa faktor.Terus kepada tajuk sebenar yang ingin dibincangkan ye.hehe.faktor mengapa saya gagal juga ada berkaitan dengan artikal ini.

Jadi bagaimana hendak bermula melakukan perniagaan?Tidak kira apapun bisnes yang ingin anda jalankan anda perlu ada ilmu ini.Saya akan cuba sampaikan setakat mana yang boleh berdasarkan pengalaman sendiri dalam bidang ini.Insyaallah.Bila sebut sahaja bisnes apa yang perlu anda miliki sebenarnya?Anda jangan sesekali ingin mencuba lakukan bisnes sekiranya anda tidak tahu bagaimana mahu menjalankannya.Jangan mudah terpengaruh dengan pujuk rayu dari mereka yang cuba jadikan anda sebagai mangsa perniagaan kecuali mereka menjanjikan sesuautu yang terbaik untuk anda seperti bimbingan dan bantuan itu tidak mengapa sekiranya anda ingin melakukannya terus.

Jadi perkara penting sebelum anda menjalankan sesuatu perniagaan tidak kira apa pun perniagaan yang ingin anda jalankan ialah anda perlu ada ilmu pengetahuan yang cukup tentang perniagaan yang anda jalankan.Jangan main belasah saja masuk.Kalau gagal melakukannya siapa yang harus dipersalahkan?sudah tentu diri sendiri bukan.Jadi perkara terbaik sebelum anda menjalankan sebarang bentuk pernigaan online mahupun offline anda perlu belajar dan belajar.Penuhkan ilmu di dada terlebih dahulu kalau anda tidak mahu dikecewakan atau pun gagal.Sebagai contohnya anda ingin menjalankan perniagaan ebook,ilmu berkaitan dengan perniagaan ebook seharusnya anda miliki contohnya bagaimana ilmu asas membina minisite,bagaimana mahu menulis surat jualan,bagaimana mahu jalankan promosi dan sebagainya.Ilmu dalam bidang yang berkaitan seharusnya cukup supaya perjalanan anda nanti di dalam perniagaan itu tidak lari dari landasan sebenar ataupun gagal.

Kalau anda mahu jalankan perniagaan networking sebagai contohnya anda perlu ada ilmu berkaitannya.Anda perlu tau bagaimana cara menarik prospek,bagaimana anda perlu menawarkan bonus atau bantuan dan juga melakukan promosi berkesan.Kalau anda tidak ada sebarang ilmu anda jangan bercakap soal perniagaan kerana ia sudah tentunya akan gagal sebaliknya perlengkapkan diri terlebih dahulu dengan ilmu sebelum buat bisnes.Pengalaman saya dalam perniagaan sebelum ini seperti inilah mudah terpengaruh dengan pujuk rayu mereka yang menawarkan sesuatu peluang tanpa ada sebarang ilmu yang akhirnya menemui jalan kegagalan.Jadikan pengalaman saya untuk dijadikan pengajaran untuk anda ye.Biarpun sebenarnya saya masih belum bergelar seorang yang berjaya tetapi saya yakin satu masa nanti kejayaan pasti akan datang juga.Saya yakin Allah tidak akan mengecewakan hambanya yang sentiasa berusaha mencari kejayaan.Saya akan sentiasa berusaha dan anda juga perlu lakukannya.

Saya lihat ramai di antara mereka yang menjalankan perniagaan tanpa ada sebarang ilmu berkaitan.Mungkin mahu cepat dapat duit kot.Buktinya saya terbaca komen dari beberapa buah blog bertujuan mencari maklumat sebenarnya tetapi lain pula yang jumpa hehe.Ada antara mereka sertai program bisnes yang mahal modalnya dan telah pun menjadi paid member iaitu ahli yang berbayar.Ada yang mengadu bagaimana hendak lakukan bisnes ini?bagaimana mahu promosikan bisnes ini?dan bermacam lagi soalan.Anda lihat soalan seperti ini sepatutnya tidak timbul kerana ia adalah perkara asas yang wajib tahu sebelum melakukan sebarang bentuk perniagaan.Kalau tidak ia akan mencacatkan lagi perjalanan bisnes anda kalau ilmu asas sperti ini tidak dipersiapkan.

Cuba kita lihat mereka yang otai diluar sana bagaiamana mudahnya mereka dapatkan jualan atau dapat prospek perniagaan mereka?Kita tidak pernah terpikir?Jawapannya ialah mereka ini adalah orang penuh ilmu di dadanya dan rajin berusaha juga mencari ilmu yang sepatutnya ada tentang apa bisnes yang mahu dijalankan.Faktor inilah yang menjadikan mereka mudah mendapatkan sale atau prospek dengan mudah.Anda lihat perbezaan orang yang berilmu dan tidak tahu apa-apa langsung tentang bisnes.Memang anda boleh belajar sambil-sambil jalankan perniagaan itu tapi sekurang-kurangnya anda perlu ada sedikit ilmu asasnya.

Perkara penting sekiranya anda mahu jalankan perniagaan berbentuk penjualan produk anda perlulah belajar dari mereka yang pakar.Rajin-rajinkan bertanya selain itu boleh juga buat sedikit kajian di search engine google dan sebaliknya.Begitu juga jika anda ingin menjalankan perniagaan berbentuk networking atau berbentuk rangkaian seperti MLM.Nasihat saya anda perlu mencari upline yang benar-benar mahu membantu anda dalam perniagaan bukan mahukan wang anda semata-mata.Ramai juga antara penaja-penaja yang lebih mementingkan wang dari tanggungjawab orang bawahan jadi sila ambil perhatian la ye.Cari upline atau penaja yang benar-benar mahu bantu anda menjana wang bersama-sama bukan meninggalkan anda setelah anda melaburkan modal untuk perniagaan itu.Perlu bijak dalam menilai orang, itu nasihat saya paling penting.Jangan mudah terpengaruh dengan janji pulangan wang lumayan tanpa melihat apakah tanggungjawab yang akan diberikan pada anda nanti.

Selain itu saya juga mahu menekankan dari aspek kemampuan kita sendiri.Jalankan perniagaan yang anda mampu dari segi kewangannya.Jangan disebabkan perniagaan itu memerlukan modal yang terlalu tinggi anda sanggup meminjam sana sini untuk dapatkan modal sebaliknya ikut kemampuan yang ada.Tidak salah kalau anda mahu berkorban sebaliknya biarla pengorbanan kita itu bertempat dan kena caranya.

jadi saya rasa mungkin itu saje maklumat yang ingin dikongsikan sebagai renungan bersama dan diharap ia dapat membantu bagi mereka yang mahu bermula menjalankan perniagaan online mahupun offline.Konsepnya adalah sama saje.Anda memerlukan ilmu pengetahuan sebelum melakukan sesuatu perkara kalau mahu perjalanan perniagaan tanpa ada cacat celanya.Saya hanya bercakap berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui dahulu tetapi ianya bukan bermakna saya sekarang sudah berjaya.Saya juga seperti insan lain yang sentiasa berusaha menempah kejayaan satu masa nanti  insyallah kita buat yang terbaik untuk diri kita.Kejayaan tidak akan datang dengan begitu mudahnya tanpa berusaha dan pengorbanan.Apa yang penting jangan mudah berputus asa dalam melakukan apa juga perkara.Semoga berjaya….

Share

3 comments February 13th, 2010

Bukti cek bukan omong kosong

Saya cuba postkan di sini bukti cek lumayan di hyprobulksms.Pendapatan lumayan 4@5 angka seminggu bukan lagi mustahil untuk dikecapi.Ini adalah screenshot dalam sistem ep-wallet

Dan apabila kita mengarahkan sistem untuk lakukan withdrawal,syarikat akan mengeluarkan sekeping cek pada kita seperti di bawah :

Lagi bukti cek 4@5 angka secara mingguan di hyprobulksms terbukti.

p/s: Jom sertai hypro bulk sms bersama team kami.Peluang jana pendapatan lumayan insyaallah mampu diperolehi.

p/s: Dapatkan bonus kami iaitu nama domain anda sendiri (www.namaanda.com).Anda tidak perlu lagi guna id yang panjang seperti ini http://www.hyprobulksms.net/index.php?id=khaibiz .Ianya kelihatan seperti tidak pro.Jadi nama domain percuma untuk anda kami berikan satu.

p/s: Dan banyak lagi bonus tawaran dari kami.Bahan untuk promosi anda JIMAT!!

p/s: Dapatkan bonus (laporan percuma buat duit di hypro) di sini http://student-kaya.com

p/s: Daftar percuma dahulu di sini http://www.hyprobulksms.net/join.php?id=khaibiz

Share

Add comment February 10th, 2010

Koleksi video mereka yang berjaya meraih pendapatan lumayan

Jom saksikan video mereka yang telah pun berjaya meraih pendapatan lumayan di hypro bulk sms.Di hypro bulk sms untuk meraih pendapatan 4 angka seminggu tiada lagi mustahil untuk dikecapi.lihat sendiri buktinya….layan……….!!!

Dan video di bawah ini pula ialah temubual khas di RTM1 baru-baru ini (3/2/2010).Ianya membuktikan bahawa hypro bulk sms adalah sebuah perniagaan yang hebat…saksikan…

Dan sekarang anda lihat bagaimana orang biasa buat duit di hyprobulksms raih pendapatan lumayan.Dahla tak pandai cakap,tergagap-gagap pun ada tapi mengapa mereka juga boleh dapat pendapatan lumayan?rahsianya ialah teknologi maklumat terkini membantu mereka dalam membuat kerja promosi.Hanya melakukan perniagaan hanya di internet tanpa keluar berjumpa dengan sesiapa pun..hebat…

So sekarang jangan buang masa anda,cukuplah kita melihat kejayaan orang lain.Sekarang giliran kita pula untuk jadi seperti mereka ini.Insyallah kita juga mampu kalau orang biasa seperti mereka pun boleh lakukannya.Apa yang penting ialah tindakan kita sendiri untuk buat keputusan yang terbaik dengan menyertai program terhebat ini.

Bagi anda yang berminat boleh daftar percuma dahulu di sini : http://www.hyprobulksms.net/join.php?id=khaibiz

Kalau anda ingin tahu bagaimana untuk menjadi ahli dan jana komisyen 100% di hyprobulksms ini sila dapatkan laporan percuma di sini http://student-kaya.com . (website ini juga akan diberikan percuma pada anda)

Laporan ini penting untuk anda tahu bagaimana pelan pemasarannya,anda akan ketahui step by step apa yang perlu anda lakukan.Dan paling penting ialah tawaran bonus yang tidak ada di rangkaian lain hanya saya berikan percuma untuk rangkaian kami sahaja,Ketahui BONUS HEBAT yang akan diberikan percuma pada anda yang sertai rangkaian kami.Bonus tersebut diberi bagi memudahkan anda menjalankan aktiviti promosi anda nanti.Tutorial video promosi juga disediakan.

CEPAT DOWNLOAD SEKARANG di sini http://student-kaya.com

lakukan pendaftaran secara percuma dahulu di sini : http://www.hyprobulksms.net/join.php?id=khaibiz

khairul

usahawan hyprobulksms

ym- str_nkk@yahoo.com

Related Posts with Thumbnails

Share

Add comment February 9th, 2010


Sila masukkan email anda jika anda mahukan segala update di blog ini dipost terus ke email anda:

 

W3Counter

Sponsor

Pages

Categories

Archives

Recent Comments

Recent Posts

Blogroll

FacebookPages

Alexa Ranking