1. MELENGAH Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda “nanti” setiap kali anda ingin merokok.
2. MENARIK NAFAS PANJANG Tariklah nafas panjang tiga kali dengan perlahan-lahan.
3. MINUM AIR Minum air banyak-banyak, sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafin seperti kopi atau teh, keranan minuman ini biasanya membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.
4. MEMBUAT SESUATU Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.
5. MENGUNYAH SESUATU Mengunyah sesuatu seperti gum,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula.
6. MANDI ATAU BASUH TANGAN Kalau berada di rumah,mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.
7. MELAKUKAN SENAMAN REGANGAN Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.
8. MEMOHON DOA Mohonlah doa agar Tuhan kuatkan azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya. Insya Allah..
Bukan si isteri sahaja yg akan mengidam macam-macam, bahkan si suami tu yang minta makanan ataupun teringin makan yang bukan-bukan.
Bahkan, adakalanya si isteri tu maintain jer… si suaminya pulak… bukan main lagi dia, loya-loyalah… muntah-muntahlah…
morning sickness, start pada minggu ke 7
sakit perut rasa macam perut ni kembung, kalau baring mengiring pun akan rasa sakit.
Period tak datang atau keluar sedikit jer darah
Sakit belakang
Constipation. This symptom is caused by hormone changes, and the growing uterus pressing against the bowel.
Breast nipple kehitaman.
Muntah2
Anda Hamil?
Syukur Alhamdulillah, tentukan anda berjumpa doctor secepat munkin. Mengapa? Anda perlu mengesahkan kehamilan, disamping kehamilan terletak didalam rahim, bukan diluar rahim ( Ectopic! Bahaya! ), ia normal dan janinnya hidup, bukan luarbiasa saperti hamil anggor (Molar pregnancy – juga bahaya! )
Tiga bulan pertama sangat penting !
Ini adalah tempoh janin dibentuk, dari nutfah ( air mani) kepada alaqah, seterusnya menjadi mugdah, akhirnya menjadi janin yang lengkap dengan organ2 serta anggotanya. Organ yang pertama dibentuk ialah jantong. Denyutan jantong dapat dikesan oleh ultrasound se awal 6 minggu kandongan.
Cegah keguguran !
Dianggarkan 10-20 % dari semua kehamilan akan gugur secara spontan.
Lebihkan rehat, cukupkan tidur ( 8 jam ) tidur awal dan bangun awal. Jauhkan stress, fizikal dan mental. Jangan buat perjalanan jauh atau berpanjangan. Kurangkan pendedahan terhadap penyakit berjangkait, suhu panas, pencemaran udara, racun sembur, bahan kimia, Xray, ubat2 moden atau tradisional tanpa nasihat pakar.
Bagi mereka yang pernah gugur atau berulang kali gugur, dapatkan cuti medical atau tanpa gaji yang panjang. Jika perlu rehat dihospital. Hubungan seksual perlu dikurangkan, diperlahankan atau gunakan sarong kondom pada tiga bulan pertama kandongan. Doktor mungkin beri suntikan atau ubat hormon untuk kuatkan kandongan.
Cegah Kecacatan bayi !
Makan ubat folic asid 5-10 mg, Iron dan multivitamin. Setiap hari dua bulan sebelum dan terus menerus hingga akhir kandongan. Makanan yg ada folic acid ni: Nasi, roti, asparagus, orange juice, kekacang(soya bean, tempe), sayuran hijau dan lain2. Minum susu untuk pembentukan tulang baby dan makan buah2an banyak kerana bdn perlukan vitamin untuk menyerap zat2 makanan yg you makan tu.
Tentukan sudah mendapat pelalian terhadap Rubella. Jangan cuba gugurkan kandongan dengan apa cara pun. Jika gagal bayi boleh cacat. Jangan makan ubat2 saperti tranquilizer, ubat kanser tanpa nasihat doctor. Jika ada sejarah kecacatan dalam kekuarga, dapatkan khidmat genetic counselling. Jauhkan hamil jika umor melebihi 45 tahun.
Berserah dan tawakkal kepada Allah swt. Doa setiap masa Rabbi habli miladunka zuriatan tayiba inaka sami u doa. Ya Allah kurniakanlah kami zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau mendengar doa kami. Lakukan suruhan Allah tanpa lalai, banyakkan membaca Quran, berzikir dan bertasbih sentiasa. Bacakan surah Fatihah, 3 Kul, dan ayat Qursi kepada bayi dalam kandungan setiap malam sebelum tidur.
Petua orang tua2
Ketika isteri hamil, suami janganlah memburu, menganayia atau membunuh binatang. Kononnya amalan ini boleh menyebabkan anak yang dikandong isteri akan lahir cacat.
Minum air kelapa untuk bersihkan lendir-lendir masa bersalin nanti.
Tak boleh duduk di akar kayu – dikhuatiri uri tertinggal
Bila nak mandi towel usah lilit di sekeliling leher – dikhuatiri tali pusat melilit leher bayi
Suami jangan berlaku kasar pada haiwan – mengenan kat bayi
Petua org cina minum air sarang burung, sehari sebotol kecil -> kulit dan mata cantik.
Nasihat lain
Tidak perlu jalani ujian2 untuk mengesan janin cacat, kerana jika benar demikian , undang2 negara dan hukum islam tidak membenarkan menggugurkan kandungan walaupun janin cacat.
Dipercayai roh ditiupkan kedalam jasad bayi antara 4-5 bulan umor kandongan. Ketika inilah pergerakkan bayi mulai dirasa oleh ibunya.
Rerajin amalkan membaca Al-Quran dari surah2 Maryam, Yusof, Lukman dan sebagainya…semoga kita sesemua dapat bersalin dgn mudah.
Dengar lagu muzikal seperti mozart dll. Kalau gi kat kedai CD mesti jumpa koleksi khas lagu2 untuk org mengandung ni, mendengar lagu2 ni boleh merangsangkan sel2 otak baby supaya lebih pandai. Kalau ikut petua org islam ni perbanyakkan baca surah al-Yusof, luqman. kalau boleh suruh hubby bacakan sambil pegang perut wife. Biasanya buat bila baby berusia 7 bulan sebab masa tu sel otak tengah develop. So masa ni baby akan cepat menangkap bunyi dari luar.
Kafein buleh merencatkan pembesaran bayi manakala nenas mengandungi bhn kimia yg berbahaya pd bayi. Cuma buah mcm nangka, cempedak tu kalau boleh elakkan sbb berangin.
Jangan simpan kucing sbb najis dia boleh menjejaskan bayi.
P/s: jangan pelik pula ye saya post kan artikal camni.hehe.saje untuk sebarkan kepada umum.Bukan semua yg tau kan lagipun dalam laptop ni banyak sangat maklumat,jadi ada baiknya juga saya letakkan di dalam untuk pembacaan umum.sekian
Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu? Gadis ltu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan ‘gadis’ juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar; sudah tiada gadis’ atau ‘sudah tiada dara’. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.
Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita….aiseh!! malas aku nak taip korang boleh aje donlod kt sini terus ye.Walaupun ianya pemberian percuma hargailahnya sebagai satu ilmu yg tersangat bermanfaat.
Sedikit perkongsian tips untuk para wanita.Namun ia hanyalah hanya secebis info yang berguna juga lah untuk kekal sihat dan cantik.Andai kata saya buat sebuah ebook yang berpuluh-puluh muka surat saya takut tak larat nak dibaca pula.so memadai dengan sedikit info dan ringkas dan ianya percuma untuk di download.haha
Mungkin dua tiga hari ni saya akan bagi tips secara percuma untuk korang yang memerlukan.Jadi korang yang berminat dengan tips free ni bolehla singgah blog saya ni.Ianya sekadar memenuhi ruangan blog saya yang masih baru dibina.Sebelom ni blog ni dah dibina pada bulan 8 tahun lepas entah kenapa tiba-tiba tak dapat buka.Baru sekarang boleh dibuat semula blog ni.hehe.
So korang yang nak tips ni boleh la dapatkannya di sini ye Ok KLIK SINI (klu xblh copy paste kt browser) copy ni http://khairulizuan.com/tipskesihatandankecantikan.zip then paste kt browser.Sekian selamat membaca..
p/s:Klu korang berkesempatan leave a comment mana tau ada yg perlu diperbaiki dan ada cadangan ke.ok jangan lupa blog ni untuk dikunjungi dimasa free korang nanti.salam..
Zaman 2010 adalah zaman internet dimana segala aktiviti seperti bersosial,pembayaran segala bil-bil,bekerja,berbisnes semua dilakukan dengan hanya menggunakan internet.Jadi post ni bukanlah nak bercerita pasal semua tu tapi saya kecikkan skop nak bercerita tentang perihal manusia yang sering menjadikan internet sbagai medium untuk mencari pasangan masing-masing.Memang tak dinafikan ada yang dah mendapat jodoh dengan hanya berkenalan di ruangan sembang.Tapi kita perlu lihat dari segi negatifnya juga bukan semua orang berniat baik
Memang tak dapat disangkal lagi bahawa dengan adanya kemudahan internet sekarang memudahkan lagi golongan yang tidak bertanggungjawab melakukan aktiviti dengan niat jahat mereka,mencari mangsa yang mereka nak untuk memenuhi tuntutan nafsu dan sebagainya.
Perlu diingat apabila korang melayari internet untuk menghilangkan boring diruangan sembang seperti ym,fb dan sebagainya hanya pada mulanya mau hilangkan boring tapi lain pula jadi.Jadi saya ada dapatkan sedikit tips untuk disampaikan kepada korang yang sudi membacanya.Korang boleh donload tipsnya disini ye. DI SINI
Salam kepada pelawat yg singgah ke blog ni.saya rasa petang ni nak kongsikan sedikit tips bagaimana korang boleh promosikan program buat duit free iaitu dengan affiliate.First korang mestila kena tau apa itu affiliate dan bgaimana buat duit mlaluinya.klu ada yg xtau boleh refer kt cini http://khairulizuan.com/affiliate/apa-itu-affiliate/…affiliate ni sape-sape pun boleh join sbb 90% utk sertainya adalah percuma saje.
Tapi ramai yang tak cuba ambil peluang ni mungkin gaji dorang sudah cukup kot dan tak perlu lagi nk berbisnes-bisnes ni.hehe tak pe la go on dorang.Saya pun bukanlah seorang yang pakar dalam affiliate cuma walau tak banyak,saya pernah terima komisyen hasil dari program affiliate yang saya sertai.Bila dah dapat komisyen baru kita akan rajin dan bersemangat untuk teruskan promosi affiliate ni.Ok topik kita bagaimana nak promosi affiliate setelah korang mendaftar dimana-mana web produk yang mnawarkan program affiliate.Saya cuba ceritakan yang asas sahaja cukup untuk korang tau dan paham seterusnya terus korang praktikkannya.
Ok cara mudah saja.Bagaimana promosi seperti:
laman web social (facebook)-anda boleh promosikan dengan meletakkan status berkaitan bisnes yg korang jalankan.Jangan melakukan spam.Selain tu juga anda perlulah ramai kawan dalam list fB tu.Andai kata friend korang ramai kebarangkalian untuk orang membeli adalah tinggi.Selain tu juga korang kena target juga buat ssuatu.contoh korang promosikan produk yang berkaitan dengan rahsia bisnes MLM,korang search group yg berkaitan dengan MLM dan join as a fan or member.Then boleh la postkan promosi korang tu.Korang juga boleh bina group sendiri dalam fB tu dan bermacam-macam lagilah caranya
Friendster-korang boleh postkan buletin berkenaan bisnes korang.Penting juga korang mesti ramai kawan untuk kebarangkalian orang membeli.
Email marketing-korang juga boleh gunakan email sebagai medium untuk menyampaikan sesuatu.Hantar email pada kenalan korang sendiri.Sekiranya korang ada bajet lebih,bolehla sewa autoresponder pula sebab autores ni akan memudahkan lagi kerja korang dengan menghantar email secara automatik terus ke email dengan.Tapi korang nak kena ada mailing list (org yg subscribe utk dptkan ssuatu con ebook free ker) dahulu untuk guna autores ni.
Blog-blog adalah medium terbaik untuk mempromosikan perniagaan.korang tau?dengan blog korang boleh buat duit macam2 dengan internet.Bukan affiliate saje yang boleh anda promosikan.Contoh boleh lihat di sidebar blog saya itu semua adalah program affiliate yang saya jalankan.Dengan trafik yg tinggi korang juga akan dapat keuntungan yg lumayan jugalah melalui blog ni.
Ok lah saya rasa cukup disitu sedikit ilmu yang saya sampaikan.Sebenarnya banyak lagi cara-cara promosi yang boleh dilakukan cuma korang kena la rajin2 mencari dlm internet dan juga bertanya pada orang.Insyallah untuk mendetailkan lagi cara mempromosikan affiliate saya akan cuba buat satu artikal khas yg menerangkan bagaimana mempromosikan affiliate.Sekian jumpa de next post…Salam
Assalamualaikum..insyaallah next post saya akan brkongsi sedikit ilmu dan rahsia bagaimana kita boleh cari first income kita di internet.Saya bukanlah pakar tapi cuma nak kongsikan sedikit saje ilmu yang saya tau.Lagipun saya juga dalam proses pembelajaran lagi dan memerlukan banyak lagi ilmu untuk memantapkan lagi diri.Di samping belajar saya cuba sampaikan apa yang tau.Cukup sekadar perkongsian.
Bagi yang tak tau pape tentang online bisnes ni dan ada rasa nak buat tapi tak tau nak mulakan korang boleh la selalu singgah ke blog ni insyaallah saya akan kongsikan ilmu yang asas bagi orang yang zero tentang online bisnes ni.Saya pun baru jer terlibat dengan bidang IM ni bulan 7 tahun lepas dan sampai sekarang masih lagi belajar,belajar dan terus belajar.Kita kalau nak berjaya apa yang harus kita buat ialah usaha,belajar dan terus belajar insyallah boleh berjaya.Tu kata IM yang dah berjaya la.
Ilmu-ilmu yang berkaitan IM (internet marketer) korang mesti tau sebelum terlibat dengan mana-mana program bisnes kalau korang tak nak rugi besar la.hehe.Jangan bila ada orang bercerita tantang buat duit internet terus nak join sebaliknya kaji dulu.Bukan apa takut korang tertipu la dalam intenet ni macam-macam ada unsur penipuan kita harus sentiasa berhati-hati.
Eh2 panjang plak saya bercerita kalau berkongsi ilmu cukup da ni untuk satu artikal.hehe.Tapi malam ni macam tak larat aje nak menaip,jd ambil peluang untuk sembang dan taip apa saje yang saya suka.huhu.Sebenarnya tengah boring ni tak tau nak buat ap.Ok la saya akan post artikal asas tentang ilmu IM sikit sebanyak ni nanti asalkan selalu ke blog ni.Insyallah kita sama-sama belajar.Katanya org klate “maghi pakat-pakat blaja”.hehe.ok sekian..